Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Biskut Roti Gummy Bear

Sebenarnya saya kalau masak memang jenis campak-campak. Bukan kata saya ni kalau masak pasti sedap. Tapi saya nak cepat, lebih suka sesuatu yang simple, mudah dikemaskan nanti, suka sesuatu yang semulajadi dan kalau boleh organik serta suka juga mencuba. 

Jadi inilah biskut homemade saya untuk Abu Ayyub. Abu Ayyub dah lebih setahun setengah jadi pengenalan untuk biskut yang ditambah sedikit gula dan juga koko. Masa jenguk-jenguk almari dapur jumpa acuan bear ni. Tulah yang lagi gatal tangan nak buat biskut untuk bayi ni. 







Ok, nilah bahan-bahannya. Sukatan, agak-agak dengan hati. hehe. Dah banyak bereksperimen, jadi saya guna nearly organik, tanpa pengawet, penambah perasa dan pewarna dan stok mudah didapati, jadi saya pilih Brand Nuttelex sama ada Sunflower ataupun Olive Oil.





Jadi inilah bahan-bahannya

Mentega Nuttelex
Tepung Gandum Faiza
Gula Organik ataupun Gula Perang
Sebiji Telur Selenium Organik atau 2 biji Telur Ayam Kampung
Sedikit Serbuk Coklat Delfi (lebih kurang 2 cubit gitu) - 100% natural cocoa
MealShake

Pertama, ikut suka saya, mentega Nuttelex dalam 5-6 sudu. Biarkan dalam suhu bilik sekejap. Em, anggaran lepas sarapan pagi tu saya dah mula proses buat biskut bayi ni. Tambahkan gula organik dalam 2-3 sudu besar. (Kalau gula organik kena kisar kering dulu sampai halus)

Pukul gula dan mentega sampai sebati, lepas tu tambahkan sebiji telur dan pukul sampai kembang. Lepas tu tambahkan sedikit serbuk koko. Tambahkan tepung, sedikit demi sedikit sambil uli sampai agak-agak adunan lembut dan sesuai dibuat biskut (ikut gerak hati).

Dah siap uli bentuk-bentukkan ikut suka. Selalu saya buat bulat-bulat dan tempek-tempek kat tangan. Nak cepat punya pasal. Masa Deepavali tu ada terlebih rajin sikit, tu yang guna penggelek dan guna acuan bear. Datang Yaya jadi mandur di dapur diberinya nama biskut tu Biskut Gummy Bear.

Lepas tu, disebabkan oven rosak tak beli-beli lagi. Jadi saya cuma masak guna magic pan Are-Ikan tu. Caranya lapikkan satu tempat letak periuk yang berkaki sangat rendah. Lepas tu letakkan pinggan aluminium rata / acuan kek yang muat dengan pemanggan Are-ikan tu. Susun biskut tu. 

Dengan guna api sederhana, tunggu biskut tu sampai keluar bau wangi. Dan cekla. Kalau dah masak elok, ambil dan gaul dengan Mealshake rata-rata. Siaplah. Hihi.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry