Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Home Made Nugget Ayam Tempura Untuk Anak Tersayang

Resepi Home Made Nugget Ayam Tempura Untuk Anak Tersayang

Hari ni arasa malas nak cerita pasal vitamin Shaklee..ekeke..Mood Cuti. Nak cerita pasal makan pulak.^_^

Pernah tak sediakan nugget ayam kat anak?

Ha, kali ni saya nak bagitau resepi home made nugget ayam tempura sesuai untuk anak-anak dan yang penting berkhasiat dan segar dari ladang..hehe

Sesuai untuk anak anda berusia 1 1/2 tahun dan ke atas.

Idola Chef saya Chef Jamie Oliver dan Chef Michael Smith. Saya suka cara mereka masak. Simple dan sedap. Tak de protokol sangat pun. Yang best sekali cara mereka masak 'campak-campak' je. Hehehe




Bahan-Bahan Isi Nugget Ayam Tempura

Bahagian Dada ayam (ambil isinya sahaja - potong kecil-kecil)
Secubit garam
Secubit kecil serbuk lada hitam
Secubit kecil oregano kering (kalau ada)
2 biji bawang besar (potong kecil-kecil)
(boleh tambahkan apa-apa sahaja bahan yang anda suka)

Bahan-bahan Kulit Nugget Ayam Tempura 

3 sudu tepung gandum (isikan dalam pinggan -boleh tambah secubit kecil garam jika suka)
1 biji telur putih (isikan dalam pinggan lain)

Cara Buat Nugget Ayam Tempura

1. Campurkan kesemua bahan-bahan Isi Nugget Ayam Tempura ke dalam blender. Dan 
    kisar hingga lumat dan sebati. (tanpa ditambah air). Blender biasa yang kita guna 
    kat rumah tu pun boleh tau. 
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng dengan api kecil

3. Kemudian pindahkan isi ayam yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk bersih. 
    Buatkan bentuk yang anda suka. (Agak melekat dan melekit sedikit). Saya suka 
    tambah dan gaulkan dengan isi jagung.

4. Golekkan ke dalam putih telur dan kemudian  golekkan pula ke dalam tepung 
    gandum.

5. Tukarkan api kecil kepada api sederhana besar. (orang yang tak terer masak macam 
    saya kene jaga api selalu -nanti rentung nugget ku)

6. Gorengkan Nugget Ayam Tempura hingga ke kuning-kuningan.

7. Siap untuk di hidangkan kepada anak anda ^_^



Tips Sediakan Nugget Ayam Tempura Untuk Si Manja

Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah sangat kuat deria rasa lidah mereka. Oleh itu hanya sedikit sahaja herba yang digunakan sudah mencukupi dan mereka sudah dapat merasai rasa herba itu. 


Selamat Menyediakan Home Made Nugget Ayam Tempura untuk anak-anak kesayangan anda^_^


11 comments:

Unknown berkata... Reply Comment

1 biji putih (isikan dalam pinggan lain),
putih ni ni ye cik puan? hehe. bawang putih ke?

Unknown berkata... Reply Comment

~masalifah~..terima kasih bagi komen..typing error..huhu..bukan bawang putih..putih telur..hehe..nak buh bwg putih pun boleh kalo suke=)

Blog Ilmu berkata... Reply Comment

mohon share dalam blog saye ye.. saya akan link kan sumber post ni.
tq

Unknown berkata... Reply Comment

boleh dear Ummi MRA

Unknown berkata... Reply Comment

nak try la.. tq atas resepi.

mr.superSimple berkata... Reply Comment

wow bikin ngiler , http://adhi.rahmawan10.student.ipb.ac.id/

nora~sakura berkata... Reply Comment

Anak sy belum ada gigi. keras tak hasilnya ni. kena buat sebab pengasuh dia duk bg nuget biasa tu. T_T

shidasanmil berkata... Reply Comment

Dah cuba tp sy derhaka sikit...xcelup tepung n telur sbb grill..hehehe thanks share resepi sonang sgt ni..;)

Salam singgah...;)

Mak suka main masak2 berkata... Reply Comment

wahh sedapnya, silap2 mak pun tumpang sekaki..., home cooked is da best...

Nur Zahirah & Hafizan Lutfi berkata... Reply Comment

Sukaaa😀

Unknown berkata... Reply Comment

dah try buat dah .. mmg jadi ... dah jadii hobi time cuti buat kudap2 nih

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry