Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Mudah dan Cepat Mashed Potato Untuk Bayi

Resepi Mudah dan Cepat Mashed Potato Untuk Bayi

Hari ini saya tak berapa sihat. Jadi agak terlambat nak tulis entry baru. Hari teringin nak berkongsi resepi mudah dan simple Whipped potatao yang jadi kegemaran Yaya. Lebih berkhasiat dan segar dari ladang.Hahaha


Bahan-Bahan Untuk Mashed Potato Yang Mudah dan Cepat

1 Biji  - Kentang
1 sudu makan  - Butter / mentega
Secubit kecil  - Garam (jika suka atau anak sudah melebihi satu tahun)
Air - Untuk merebus / kukus
1-2 sudu makan -  Susu segar / susu ibu 
(jika anak suka dicampur susu ibu atau tiada alahan susu lembu)



Cara Penyediaan Mashed Potato Yang Mudah dan Cepat

1. Kukus atau rebus kentang yang telah dikupas dan dibasuh selama 20 minit
2. Pindahkan kentang ke dalam mangkuk bersih
3. Campurkan garam, butter / mentega bersama susu ibu atau susu lembu mengikut 
    kesukaan anda
4. Lenyekkan kentang bersama bahan-bahan lain yang telah dicampurkan menggunakan 
    pelenyek khas atau paling mudah guna garpu sahaja. (janji kentang boleh dilenyek)^_^
5. Bolehlah dihidangkan ikut kreativiti anak anda.


Aktiviti melenyek kenteng ni boleh dibuat bersama anak tapi jadi kerja yang mudah jadi lambatla sebab ada penolong kecil yang suka membantu ni. hehe

Saya suka buat resepi mudah dan cepat mashed potato untuk bayi ni sebab ianya kegemaran Yaya dan juga saya boleh sediakan resepi ni sambil lakukan kerja lain seperti mandi, botolkan susu ibu yang diperah untuk keperluan Yaya semasa saya keluar bekerja.

Kalau anak anda tiada selera makan, sebelum hidangkan kepada anak anda boleh campurkan satu sudu Mealshake Shaklee ke dalam mashed potato. Ketika ini amat sesuai dicampur Mealshake Shaklee kerana suhu mashed potato sudah pun sejuk. Mealshake Shaklee dapat membantu meningkatkan selera si manja, menambahkan tenaga seharian dan juga meningkatkan tahap kecerdasan minda si manja.

Oppss..Mealshake Shaklee hanya sesuai untuk dinikmati oleh anak anda yang beusia dua tahun ke atas sahaja^_^
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya, Atiqah Aziz di 012-5770682 atau emel ke atiqahaziz84@gmail.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.

Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.





1 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply Comment

hi saya nak bertanya..brp harga untuk meal shakes shaklee nie yer? u leh reply to snurshida@gmail.com.

thanks!
ida

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry