Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Tips Kurangkan Berat Badan Tak Perlu Berdiet

Tips Kurangkan Berat Badan Tak Perlu Berdiet

Jika anda seorang yang suka makan dan ingin mengurangkan berat badan, tentu sukar untuk mengikuti rejim tahan nafsu makan. Kebiasaannya anda hanya akan berjaya dalam tempoh yang pendek sahaja apabila anda memutuskan untuk berdiet dengan cara mengurangkan makanan. Maka, impian anda untuk kurangkan berat badan dan mendapat berat badan yang lansing tidak tercapai. 

Kini anda tidak perlu berdiet lagi untuk kurangkan berat badan dan mendapatkan tubuh yang lansing serta cergas.  Ada beberapa tips mudah yang membantu anda mengurangkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Tips Kurangkan Berat Badan

1. Pilih Sarapan Rendah Lemak

Anda wajib mengambil sarapan. Sarapan adalah permulaan hari yang ceria. Tanpa sarapan anda kurang fokus dan berisiko untuk mendapat gastrik. Pilih sarapan yang membantu anda kurangkan berat badan iaitu dengan mengambil menu rendah lemak, mengandungi karbohidrat kompleks, protein dan kaya dengan serat.


2. Pilih Makanan Rendah Kalori

Antara makanan yang rendah kalori adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat kompleks. Makanan seperti ini mampu membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lama.


3. Ambil Sup Sebagai Permulaan Makan Tengah Hari dan Makan Malam

Tambah menu sup dan sayur-sayuran dalam menu tengah hari dan makan malam. Menikmati sup sebelum makan makanan lain dapat mengurangkan rasa lapar dan dapat elakkan diri daripada makan makanan tinggi kalori.


4. Masak Sendiri Di Rumah

Amalan memasak makanan sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan malah membantu membakar kalori tubuh. Selain itu, anda boleh merancang menu yang lebih sihat dan membantu anda kurangkan berat badan.


5. Ambil Supplement Untuk Membantu Tingkatkan Metabolisma Tubuh

Peranan Supplement bukan sekadar meningkatkan kesihatan dan menambah tenaga malahan supplement meningkatkan metabolisma tubuh dan membantu mengurangkan berat badan anda.


Ada satu pepatah inggeris yang boleh dipraktikkan dalam usaha mengurangkan berat badan.

Ambillah Sarapan Seperti Anda seorang Raja
Ambillah Makan Tengah Hari Seperti Anda Seorang Puteri
dan, Ambillah Makan Malam Seperti Anda Seorang Pengemis


Sebenarnya untuk berjaya kurangkan berat badan, tabiat tidak mengambil sarapan menyebabkan anda cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan pada waktu tengah hari.  Sedangkan anda wajib mengambil sarapan kerana anda perlu menggunakan banyak tinggi pada permulaan hari dan semakin berkurangan tenaga yang diperlukan apabila hari semakin menginjak ke malam.

Seperti pesanan pemain squasy lelaki nombor satu Malaysia; Mohd Azlan Iskandar berkenaan tips mudah untuk mengekalkan berat badan yang ideal adalah:

"Makan banyak, tenaga yang perlu dikeluarkan juga banyak,  Makan Sederhana dan anda tidak perlu keluarkan banyak tenaga"

(lebih kurang macam ni beliau cakap masa jadi tetamu undangan Suria.FM)

Mudah sahaja bukan untuk kurangkan berat badan anda. Semoga berjaya dapatkan tubuh yang lansing, tegap dan bertenaga ^_^


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya, Atiqah Aziz di 012-5770682 atau emel ke atiqahaziz84@gmail.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.

Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.






0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry