Tempoh Susukan Abu Ayyub

Lilypie Breastfeeding tickers

Tempoh Susukan Yaya

Lilypie Breastfeeding tickers

Sabtu, 3 November 2012

Resepi Biskut Untuk Anak Paling Mudah Dan Sedap

Resepi Biskut Untuk Anak Paling Mudah Dan Sedap

Hari ini saya nak berkongsi cerita pasal masak-memasak dengan anda semua. Saya suka sediakan makanan sendiri untuk anak saya termasuk melapangkan masa menggunakan resepi biskut mudah untuk    sediakan biskut sebagai snek ringan si manja ku sayang.


Tetapi saya ni jenis suka buat guna resepi biskut yang mudah dan menjimatkan masa sahaja. Ye la, masa itu emas bagi saya.^_^. 

Kenapa saya suka buat biskut sendiri untuk anak sebab bagi saya tersangatlah bosan makan biskut bayi yang asyik sama sahaja rasa dan tekstur. Tambahan apabila menggunakan resepi biskut yang mudah ini saya boleh tambah apa-apa bahan kegemaran anak dan buat macam-macam bentuk biskut mudah yang anak saya suka. Dan yang terpenting sekali saya boleh sukat gula yang digunakan untuk membuat biskut menggunakan resepi biskut mudah ini

Kalau anda hendak tahu saya suka buat biskut bersama anak saya. Tak sabar tau tunggu dia berumur dua tahun. Kali pertama saya ajak si manja saya buat biskut masa umurnya hampir dua tahun. Nampak sangat saya tak sabar dan terujakan. ^_^

Saya sediakan bancuhan biskut menggunakan resepi biskut mudah. Hanya campur semua bahan dan gaul sahaja. Sangat mudah bukan.


Resepi Biskut Mudah

Bahan-Bahan Biskut Mudah

200gm Tepung Gandum (Diayak)
200gm  Mentega
100gm  Gula halus (icing sugar) - saya kurangkan sedikit penggunaan gula
150gm   Oat

(Credit to: En. Hairul)


Kemudian campurkan semua bahan dan bentukkan ikut kreativiti anda.

Masa bentuk membentuk biskut ini saya ajak si manja saya bentukkan biskut. Saya basuhkan tanganya terlebih dahulu. Saya tunjukkan cara bentukkan biskut dan saya beri sedikit adunan biskut minta si manja buat bulat-bulat dan penyekkan sedikit. WAHHH..tersenyum lebar anak saya ni tau. Abah dia balik kerja dia bercerita tlong mama buat biskut sambil tunjuk cara penyekkan biskut. hahaha

Sebenarnya selain mahu buat biskut yang mudah dan menjimatkan masa, inilah salah satu cara saya bermain dengan anak. ^_^






Antara Entry Menarik:






1 comments:

  1. Tanpa Nama17:44

    resapi ini paling bagus untuk budak budak yang masih kecil saya sokong orang yang membuatresepi ini

    BalasPadam

Hai, dipersilakan untuk komen atau sebarang kritikan. Kalau ada terlintas apa-apa difikiran terus je bagi komen ok;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...