Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Siapkan Bekal Makanan Harian Untuk Anak


Siapkan Bekal Makanan Harian Untuk Anak

Siapkan Bekal Makanan Harian Untuk Anak 1
Mungkin sedikit pengalamaan saya boleh dikongsikan bersama anda semua. Selain bekalkan susu ibu yang saya kumpul dengan pam / perah menggunakan teknik marmet setiap hari. Saya juga sediakan bekal anak ke rumah pengasuh walaupun pengasuh itu adalah mak mentua saya. Hehehe. Setiap hari saya akan bangun awal pagi sediakan bekalan makanan harian untuk anak saya.



Siapkan Bekal Makanan Harian Untuk Anak 2
Salah seorang kawan saya pernah ajukan soalan kepada saya, "Apa yang awak masakkan untuk anak awak?, awak buat bento ke?".

Hehe. Anak saya tak suka makanan yang lembik-lembik. Nasi impit pun dia tak suka inikan bento. Huhu.

Setiap pagi saya akan masak sarapan pagi dan menu berlauk untuk makan tengah hari dan malam. Saya masak menu berlauk untuk 2 kali makan iaitu tengah hari dan malam dan saya simpan dalam dua bekas yang berasingan yang kemudian disimpan dalam peti sejuk di bahagian bawah.

Kemudian saya akan sediakan snek untuk anak saya pula. saya potong kepingan buah-buahan secara nipis dan kecil supaya mudah untuk anak saya makan dan mengurangkan risiko tercekik. 

Saya juga sediakan cornflakes @ kuih sepit @ kerepek pisang sebagai alternatif keropok untuk anak saya. Sebab kasihan melihat air mukanya yang terliur melihat orang-orang dewasa makan keropok, krupp krapp krupp krapp, macam sedap sangat rasanya..hehe

Oh ya, makanan yang saya masak dan buah-buahan yang saya potong saya akan sediakan dalam saiz yang kecil sebesar saiz isi kacang tanah. Biasala kanak-kanak yang baru belajar makanan, nampak makanan kegemaran, terus teruja dan tidak mengunyah makanan dengan sempurna.

Siapkan Bekal Makanan Harian Untuk Anak 3Kemudian saya bekalkan juga biskut buatan sendiri khas untuk anak saya menggunakan resepi biskut mudah dan cepat. Biasanya saya akan sediakan biskut semasa hujung minggu dan saya suka buat dengan anak-anak saya. Tapi biasala, bila chef kecil menolong kerja yang cepat jadi lambat dan adunan tumpah-tumpah tu perkara biasa. Tapi saya tak kisah, yang penting dia seronok dapat tolong saya, dan sungguh bersemangat bila bercerita kepada abahnya dengan sebutan yang masih pelat lagi. Hehehe


Jika hujung minggu saya tidak sempat sediakan biskut untuknya saya akan bekalkan kuih bahulu atau roti untuk anak saya. Roti pilihan saya adalah Gardenia, dan biasanya saya akan belikannya roti kismis sebab anak saya sukakannya. Jika tidak membeli roti keluaran Gardenia saya suka beli roti di kedai kek. Roti jenis ini pun anak saya suka. Mungkin disebabkan teksturnya yang lembut dan segar berbanding jenama lain. Ahaks.

Inilah rutin saya setiap hari sediakan bekal susu dan juga makanan kepada anak saya, Disamping curi-curi masa menjalanjkan bisnes dari rumah online setiap pagi.^__^

Siapkan Bekal Makanan Harian Untuk Anak 4


0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry