Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu Ketika Dalam Perjalanan

Atas permintaan seorang kakak cantik yang masih menyusukan bayinya, saya kongsikan di sini cara menyimpan perahan susu ibu.

Kebanyakan ibu menyusu tiada masalah menguruskan perahan susu ibu jika berada di tempat kerja dan juga di rumah. Tetapi mempunyai sedikit masalah jika terpaksa berpergian terlalu lama sehingga terpaksa bermalam atau pun tanpa dirancang anda perlu ke suatu tempat atas urusan kerja melebihi waktu kerja anda.

Sudah tentu "ice pack" anda tidak mampu bertahan melebihi 12-14 jam. 

Nak buat macamana? Buntu?

Jalan terakhir terpaksa buang perahan susu ibu. Sayang oooo..penat pam perahan susu ibu. Ada yang dapat 2-12oz setiap kali mengepam. Meleleh air mata. Serius!! Saya faham perasaan anda. Sebab saya pun pernah lalui keadaan yang hampir serupa dahulu. Huhuhu.

Ada cara terakhir sebelum buang perahan susu ibu anda. Dapatkan beg plastik bersih , ais batu, dan garam (garam perlu sebanyak mungkin). 



Isikan ais batu dan garam berselang seli hingga penuh plastik bag. Sediakan ais batu dan garam dalam sekurangnya 3-4 plastik bag bersih sebesar saiz ice pack anda . Plastik bag yang orang jual air tebu tu pun boleh atau apa-apa sahaja plastik yang bersih^_^. Lepas tu boleh la susun elok-elok botol-botol perahan susu ibu anda mengikut kebiasaan anda.

Peranan garam adalah mengekalkan lebih lama suhu ais batu walaupun ais batu sudah sedikit mencair tapi suhunya tetap sejuk dan boleh tahan hingga 5-7 jam perjalanan. 

Tapi jangan dibiarkan dalam kereta yang diletakkan di tempat panas. Nanti cepat cair dan cepat hilang sejuk.

Cara menyimpan perahan susu ibu ini juga sesuai ketika waktu bekalan elektrik terputus juga.

Semoga Dapat Membantu^__^



Sharing Is Caring
Atiqah (ID Shaklee: 882854)
Atiqahaziz84@gmail.com

SMS: 012-5770682

1 comments:

Unknown berkata... Reply Comment

info yg bagus. sgt² membantu..
thanks. =)

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry