Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Pulangkan Hak Susu Ibu Kepada Anak Anda

Pulangkan Hak Susu Ibu Kepada Anak Anda

Mungkin tajuk saya agak kasar, tapi saya tidak berniat mengguris perasaan anda semua.  Ada sebab kenapa saya tulis entry ni. Dan ianya berkaitan hak seorang anak dinafikan oleh ibu bapa sendiri atas alasan tak munasabah

Saya bertemu seorang bapa muda yang ceria dan periang. Beliau mempunyai seorang anak yang berusia setahun lebih dan dia berkongsi pandangannya mengenai susu ibu. Isterinya adalah seorang suri rumah tangga. 

Dia bercerita anaknya memang tidak diberikan susu ibu kerana pada pendapatnya, memberi susu ibu adalah sesuatu yang melecehkan terutamanya jika ingin berpergian ke mana-mana. Dia memberi contoh kepada saya, perlu mencari waktu dan ruang untuk mengepam susu. Saya katakan padanya, sebenarnya, tidak menjadi kesusahan pada saya untuk memerah susu dan memberikan susu kepada anak saya walau di mana sahaja. 

Sehingga hari ini anak saya sudah berusia dua tahun dua bulan dan saya masih berusaha hinggakan fasilitator yang mengajar menganggap anak saya baru berusia beberapa bulan. Nampak di sini? Fasilitator itu melihat semangat dan usaha saya serta sibuknya saya mengepam susu ibu seolah-olah saya baru saja melahirkan anak. Kalau saya yang kasar ini boleh menyusukan anak, anda juga boleh menyusukan anak anda lebih baik dari saya.

Tidak dinafikan 20-30 tahun dahulu sumber pengetahuan mengenai susu ibu kurang serta kemudahan untuk penyimpanan dan mengumpulkan susu ibu tidak semudah sekarang. Sekarang terlalu banyak sumber pengetahuan mengenai susu ibu dan kemudahan untuk menyimpan dan mengumpulkan susu boleh didapati dengan mudah. 

Tambah pula dengan kemudahan internet hanya klik saja jutaan 'entry' mengenai susu ibu boleh dirujuk. Anda juga boleh menyertai pelbagai forum penyusuan di internet. Tanya sahaja soalan-soalan yang anda ingin  tahu, dan dalam beberapa minit sahaja anda mendapat jawapan serta boleh berkongsi pengalaman dan pengatahuan dunia penyusuan dengan rakan-rakan yang berpuluh-puluh ribu kilometer jauhnya dari anda.



Sangat mudah untuk anda menjayakan penyusuan sehingga anak berusia dua tahun jika dibandingkan dengan zaman mak kita atau makcik kita. Berusaha terlebih dahulu sekiranya anda ada mengalami masalah penyusuan. Ada pelbagai cara yang boleh digunakan seperti mengambil vitamin ibu menyusu.

Saya tahu semua wanita boleh menyusukan anak masing-masing. Setiap kelahiran anak Allah berikannya makanan melalui susu ibu. Allah beri kelebihan susu ibu pada wanita ada sebabnya. Susu ibu penuh dengan khasiat dan manfaat kepada anak dan juga manfaat kepada diri ibu sendiri. Allah tidak akan mencipta sesuatu tanpa sebab dan faedah. Semua haiwan menyusukan anak mereka hingga cukup suatu tempoh. Hanya kita sebagai manusia sahaja yang menafikan hak anak untuk mendapatkan nikmat susu ibu yang Allah telah beri kepada mereka.

Menyusukan anak adalah momen paling indah yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Anda semua boleh lakukannya. Saya akan bantu anda...Chayok-chayok ^__^



0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry