Perlukah Probiotik Untuk Bayi Yang Minum Susu Ibu
Sekarang ramai wanita mula menyedari kepentingan menyusukan bayi. Semakin ramai wanita juga yang telah berjaya menyusukan bayi mereka sehingga genap dua tahun. Satu perasaan yang sangat terharu bercampur bangga apabila dapat menyusukan bayi sendiri selama dua tahun dan melalui pelbagai cabaran mental dan fizikal.
Walaubagaimanapun semua bayi sama ada yang minum susu ibu atau minum susu tepung mensti pernah mengalami muntah-muntah dan cirit-birit pada tahun-tahun pertama usia mereka.
Pernahkah doktor yang merawat anak anda membekalkan probiotik kepada anak anda selain ubat diarrhea dan juga anti-dehidrasi?.
Anak saya juga pernah diberi probiotik oleh doktor sewaktu dia mengalami muntah-muntah dan cirit-birit dahulu. Pada awalnya, saya berasa hairan kenapa perlu diberikan lagi probiotik kepada anak saya sedangkan doktor pakar tersebut tahu anak saya masih menyusu badan.
Tapi apabila membaca tulisan Dr. Zubaidi yang menjelaskan pengambilan probiotik kepada bayi baru saya faham^_^
1 comments:
Artikel yang menarik. Antara kebaikan probiotik ialah ia dapat melegakan masalah sembelit kerana probiotik dapat menstabilkan koloni-koloni bakteria sihat yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
Catat Ulasan