Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Bihun Goreng Sihat dan Cepat Untuk Si Manja

Resepi Bihun Goreng Sihat dan Mudah Untuk Si Manja

Kanak-kanak ni cepat teruja tetapi cepat jemu dengan apa yang ada disekeliling mereka termasuk makanan. Sebagai ibu bapa kita perlu kreatif menukar menu harian dan juga mengubahsuai rupa hidangan anak anda. 

Nampak mudah tapi sebenarnya sangat mencabar. Saya juga tak terkecuali seperti anda semua. Ada ketika saya juga bingung apa menu yang patut saya sediakan untuk anak saya setiap hari. Tambahan pula, ketika itu saya kesuntukan masa.

Selalunya saya hanya sediakan menu menggunakan resepi yang ringkas, sihat dan cepat untuk anak saya yang semakin bijak mengenal isi makanan dia setiap hari.^_^

Seperti hari Jumaat baru-baru ini saya sediakan Resepi Bihun Goreng Sihat Dan Cepat kerana hari itu saya sudah agak terlewat bangun dan juga kebetulan Yaya sudah menunjukkan tanda-tanda jemu dengan nasi. 

TAK SEMPAT TANGKAP GAMBAR.. AMBIL GAMBAR ORANG LAIN
SEBAGAI GAMBARAN RESEPI BIHUN GORENG SIHAT DAN CEPAT UNTUK SI MANJA

Ya, saya selalu sediakan menu berlauk untuk Yaya kerana Yaya suka makan nasi. tetapi adakalanya dia juga kebosanan jika hampir seminggu asyik makan nasi untuk waktu makan tengah hari dan malam..hehehe



Bahan-bahan Resepi Bihun Goreng Sihat Dan Mudah

Sedikit bihun (dicelur terlebih dahulu)
1-2 Sudu Makan - Isi ayam / Udang Cincang
Secubit Kecil -Serbuk Lada
Sediki Sayur-sayuran (ikut kegemaran anak anda)
Sedikit garam

1 Biji - Bawang kecil (dicincang / kisar)
1 Biji - Bawang putih (dicincang / kisar) 
Beberapa ekor ikan bilis (dicincang / kisar)
[Bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis boleh dikisar bersama]
Sedikit minyak masak untuk menumis



Cara Sediakan Resepi Bihun Goreng Sihat Dan Mudah

1. Tumis bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau
2. Masukkan isi ayam atau udang. tumiskan seketika
3. Sambil itu, masukkan juga secubit kecil serbuk lada
4. Jika menggunakan lobak merah dan bunga kobis, masukkan juga hirisan lobak merah.
5. Kacau seketika lagi dalam 5 min
6. Masukkan bihun dan sayur yang cepat dimasak seperti kacang buncis atau kobis 
    panjang.
7. Akhir sekali, sebelum tutup api masukkan sedikit garam sebagai perasa


Nota:
1. Masukkan garam sebelum menutup api dapat mengelakkan perasa garam hilang 
    semasa tengah-tengah waktu memasak.
2. Selain itu, tabiat menambah garam diakhir masakkan dapat mengurangkan 
    penggunaan garam.


Harap sedikit ilmu yang saya kongsikan ini dapat membantu anda menguruskan pemakanan sihat si manja anda dengan lebih ceria^_^



Entry Menarik

1. Bantu Anak Cerewet Makan

    Penyerapan zat dan nutrisi membantu proses tumbesaran & perkembangan yang sihat 
    dan normal. Apabila anak-anak mendapat zat pemakanan yang mencukupi, sistem imun 
    tubuhnya bertambah dan ini dapat mengelakkannya daripada jangkitan penyakit.

2. Resepi Mudah Dan Cepat Mashed Potato Untuk Bayi
    Hari ini teringin nak berkongsi resepi mudah dan simple Whipped potatao yang jadi 
    kegemaran Yaya. Lebih berkhasiat dan segar dari ladang. Hahaha

1 comments:

mrsroslidayusof.blogspot.com berkata... Reply Comment

Subhanallah..info yg amat bermanfaat buat ibu2 muda lebih2 lagi..masyaAllah..semoga admin mendapat rahmat dan nikmat dengan perkongsian berguna ini...jom visit my blog http://mrsroslidayusof.blogspot.com/

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry