Keperluan Omega 3 Untuk Ibu Mengandung
Kenapa ibu mengandung perlu mengambil supplement omega 3?
Omega 3 mengandungi EPA dan DHA yang bernilai untuk tumbesaran janin dan juga perkembangan otak janin. Yang menariknya, ibu mengandung yang mengambil omega 3 secukupnya akan melahirkan anak yang lebih cerdik dan lebih cepat belajar daripada anak dari ibu yang kurang mengambil omega 3 secukupnya sewaktu mengandung.
Pengambilan omega 3 secukupnya ketika mengandung dapat membantu merendahkan risiko eczema bayi. dan juga mengelakkan kelahiran pra-matang. Omega3 juga membina sistem imun bayi yang lebih kuat dan dapat mengurangkan risiko selesema dan batuk di bulan-bulan pertama selepas kelahiran mereka.
Ibu-ibu yang mengambil omega 3 secukupnya semasa mengandung juga, dalam tempoh enam bulan pertama selepas kelahiran akan mendapati bayi mereka lebih cepat bertutur, kemahiran motor halus yang lebih baik, serta tingkah laku-sosial yang lebih baik dan terkawal.
Sumber omega 3 adalah seperti telur, tauhu, walnut, susu soya dan ikan. Sumber omega 3 yang terbaik adalah ikan laut sejuk seperti tuna, salmon dan trout. Anda juga boleh melengkapkan keperluan omega 3 harian anda dengan mengambil supplement omega 3 tambahan.
Walaubagaimanapun anda harus menjadi pengguna bijak, pilihla omega 3 yang mempunyai kandungan bahan berbahaya seperti merkuri yang rendah. Omega Guard Shaklee adalah supplement omega 3 yang tebaik untuk pilihan ibu mengandung kerana tidak mengadungi toksik, plumbum, merkuri, arsenik, dioksin, PCB dan kadmium.
Waktu yang paling sesuai untuk mengambil Omega 3 adalah semasa trimester ketiga kandungan. Ketika ini, omega 3 mudah diserap ke dalam tubuh bayi untuk perkembangan otak yang normal dan bijak.
0 comments:
Catat Ulasan