Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Kuih Tiram Mudah dan Cepat Untuk Anak

Resepi Kuih Tiram Mudah dan Cepat Untuk Anak

RESEPI KUIH TIRAM MUDAH DAN CEPAT UNTUK ANAKPagi tadi bangun awal buat kuih tiram dan biskut untuk Yaya. Siap telefon mak malam tadi mintak Resepi Kuih Tiram lagi. Hehehe.

Nanti cuba la resepi kuih tiram mudah dan cepat ni sesuai juga untuk anak-anak makan, ganti keropok.^_^

Tak susah. Saya yang tak terer masak rupanya jadi jugak kuih tiram ku. Hehehe


Bahan-bahan Kuih Tiram Mudah dan Cepat Untuk Anak

 Tepung gandum yang diayak (tak nak ayak pun boleh)
 Garam secubit
 Minyak masak atau mentega (dipanaskan)
 Air secukupnya
 Tepung ubi (untuk sapuan)


Cara Membuatnya:

1.  Ramas sedikit tepung ubi bersama sedikit minyak panas hingga jadi serbuk tepung 
     kembali dan letakkan di tepi dahulu.
2.  Ambil mangkuk lain. Masukkan tepung dalam mangkuk bersama garam secubit.
3.  Masukkan pula air dan minyak panas sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga jadi doh
     (tak melekat di tangan)
4.  Ambil sedikit doh kuih tiram dan canai hingga leper. Sapukan doh kuih tiram yang sudah 
     dicanai dengan sedikit tepung ubi yang telah ditambah minyak panas tadi.
5.  Gulung tepung yang sudah dicanai dan potong-potong lebih kurang 1cm panjang.
6.  Canai lagi hingga betul-betul nipis, dan goreng hingga kuih tiram berwarna kuning.
7.  Gaul kuih tiram dengan sedikit sahaja icing sugar. Asal ada sedikit rasa manis sudah 
     memadai. (Kurangkan gula untuk kesihatan dan gigi anak anda..hehehe)
8.  Siap dihidangkan.
    (Stok gula dah habis jadi saya guna gula perang je ^__^)


Nota:
Kuantiti tepung, gula, minyak dan lain-lain tu ikut suka. Campur minyak dan air sedikit demi sedikit dalam adunan doh kuih tiram. Sebabnye saya sangat malas nak sukat menyukat. hehe



SELAMAT MENCUBA^_^



Sharing Is Caring
Atiqah (ID Shaklee: 882854)
Atiqahaziz84@gmail.com
SMS: 012-5770682

2 comments:

Ct INa berkata... Reply Comment

salam...cuba tambah (santan yg dah dmasak n disejukkan) dalam resepi kuih tiram ni..rasa lemak sangat..sedap :)

Ct INa berkata... Reply Comment

salam...cuba tambah (santan yg dah dmasak n disejukkan) dalam resepi kuih tiram ni..rasa lemak sangat..sedap :)

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry