Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Hilangkan Selesema Anak Dengan Chewable Vita C 100mg

Cara Hilangkan Selesema Anak Dengan Chewable Vita C 100mg


Banyak cara nak pulihkan selesema ringan anak. Maksud saya selesema yang tak melibatkan demam dan suhu yang tinggi. Sekiranya anak anda mendapat jangkitan selesema berserta demam haruslah dibawa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

2 minggu lepas anak saya mendapat selesema. Puncanya siang hari yang panas, kurang minum air dan di malam hari terkena angin sejuk pula. Maklumlah, Yaya kena mandi sebab berpeluh-peluh dan agak comot selepas asyik bermain semasa acara "barbeque" kecil-kecilan yang dibuat di rumah opah Yaya. Balik rumah pulak naik motor, duduk di hadapan pula. Kena angin sejuklah jawabnya.

Esok siangnya, tengok hidung yaya asyik meleleh je dengan hingus jernih. Jadi apalagi, saya pun mulakan bagi Yaya chewable Vita C 100mg dan setiap hari dan juga omega guard shaklee. 

Oleh kerana Chewable Vita C 100mg ni supplement maka tindakannya amat lembut. Bukan bagi makan hari ini esok terus baik. Tambahan pula, perangai anak masa tengah tak sihat ni berubah-ubah. Selesema kali ni Yaya tak nak buang hingus (hembus), sekadar lap hingus yang meleleh sahaja yang dia mahu.

Jadi, selain vitamin C 100mg, saya juga berikan Yaya petua minum madu yang dicampur dengan pati delima. Saya beri dua kali sehari. Ambil madu untuk elakkan pengumpulan kahak dalam dada. Saya juga perbanyakkan beri Yaya buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah oren dan juga jambu batu. Ya, sebenarnya kandungan vitamin C dalam jambu batu jauh lebih banyak dari buah oren.

Alhamdulillah selepas 4-5 hari selesema Yaya sudah mengering. Tetapi selang dua hari kemudian, selesema Yaya datang semula. Pun tak demam juga kali ni. Saya berikan Yaya nutriferon shaklee beserta chewable vita c 100mg kali ni. 

Pemberian madu saya tangguhkan seketika. Hal ini kerana madu dan nutriferon meransang kekuatan antibodi tubuh dan suhu tubuh meningkat sedikit yang bertindak memperlahankan pembiakan virus atau bakteria. Jadi cukup sekadar pemberian nutriferon dan chewable vita C 100mg sahaja. 

Cuma yaya nak minum pati delima saya beri tapi bancuh dengan gula organik sikit bagi kurangkan masam pati delima. Bagus Yaya ni. Dia tau khasiat pati delima, madu, omega, vitamin c, nutriferon (saya suka ceritakan kebaikan makanan dan juga vitamin sesuai dengan pemahaman pada umur dia). Jadi setiap hari dia akan panjat bangku nak amik vitamin dia. Bila dia rasa tak sihat macam selesema baru ni, setiap hari dia akan mintak mama dia buatkan air campur madu atau air pati delima. ^__^

Alhamdulillah. Selesema Yaya baik sepenuhnya selepas 3 hari. Pengambilan chewable vita c 100mg tu tetap Yaya ambil. Tak perlu ingatkan dia sendiri suka ambil dan makan sendiri. Minyak ikan shaklee lagi lah, mentang-mentang dah dapat green light dari mama setiap hari boleh makan, jadi setiap harilah dia nak makan ^__^

CHEWABLE VITA C 100mg, CHEW VITA C, VITAMIN C SHAKLEE, VITAMIN C 100mg, VITAMIN SHAKLEE, SEMBUHKAN SELESEMA ANAK, PETUA SEMBUHKAN SEL



Nak cuba? SILA KLIK BUY NOW ^_^


CHEW VITA C, VITAMIN C, KANAK-KANAK, SUPPLEMENT, SELESEMA, SHAKLEE, PRODUK, PRODUCT, ORDER, BUY, PAYMENT, PRICE, HARGA, VITAMIN, SHAKLEE, ONLINE

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry