Resepi Untuk Kanak-Kanak Rendang Tomato Yang Tak Pedas
Lama kongsi resepi untuk anak-anak ni. Hari ni teringin nak kongsi resepi Rendang Tomato Yang Tak Pedas. Aha, selalu rendang bahan utama mesti ada cili boh atau cili kisarkan. Tetapi rendang untuk anak ni tak perlu pun guna cili pes.
Resepi rendang tomato ni juga mudah, dan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja. Tak perlu tunggu-tunggu sangat rendang ni sementara nak masak. ^__^
Ini Bekal Nasi Yaya. Sebelah Nasi Putih itulah Rendang Tomato Yang Tak Pedas |
Bahan-bahan Rendang Tomato Yang Tak Pedas
- Isi Ayam yang dipotong kecil-kecil dan dicuci bersih
- 3 biji tomato
- 1 @ 1/2 biji labu bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1cm (lebih kurang) halia
- 5 sudu makan santan
- Sedikit gula organik (seimbangkan masam tomato)
- Secubit garam
- Sekuntm bunga lawang dan sedikit kayu manis dibasuh bersih
Cara Memasak Rendang Tomato Yang Tak Pedas
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan tomato dengan dua sudu minyak masak.
- Panaskan kuali dengan api kecil, masukkan bahan kisar, bunga lawang dan kayu manis tumis selama 5 minit atau hingga naik bau.
- Masukkan santan, ayam, gula dan kacau beberapa kali untuk elakkan lauk hangit.
- Masak selama 20 minit atau sehingga ayam bersalut kuah yang pekat seperti rendang biasa.
- Sebelum tutup api, masukkan secubit garam.
- Sedia dihidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan