Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Anak Tak Nak Menyusu Botol Dan Cara Tanganinya

Mama cari yang potongan lubang puting berbentuk X atau Y je. Sebab anak-anak mama minum susu badan dah biasa flow banyak macam air hujan. kiki. Kalau lubang bulat tu teramat slow dan terus taknak langsung. 

Masa menyusukan Yaya dulu tak banyak pilihan potongan puting macamni. Gigihla mama mencari dari satu kedai ke kedai. Kalau beli online tu tak puas hati sebab tak dapat belek lubang puting. Hehe. Jadi mama biasa cuba puting jenama Puku, dan Pegion eristaltic nipple potongan Y. Ada lagi 2-3 jenis tapi mama lupa dah. Maklumlah 5 tahun sudah punya cerita. Hehe

Masa menyusukan Abu Ayyub pulak, bila mama nak borong 4 set puting Pegion macam kakak dia tu, habis stok la. Macam berpakat pulak semua kedai termasuk hypermarket yang mama pergi semua habis stok. Jadi mama ambil puting Avent lebih kurang macam Pegion jugak, Tapi Pegion lagi best.

Adik nak menyusu pakai puting tu lah. Yang puting Tommy Tippie ke Mimi Jumi ke, Mam ke say sorry adik tak layan. Hehe. Lepas tu 6 bulan tu (sebab mama beli 4set X 2 pieces, sehari semua 1 kali je puting adik guna), mama tukar dan kali ni adik seronok guna puting Pegion peristaltic nipple sama macam kakak Yaya. Mama buat macam ni sebab nak senangkan opah.

Botol mama cari asal BPA free dan jenama yang mama yakinlah sebab mama tukar 6 bulan sekali dan dapat jimat sikit. Kalau pakai 8-6 botol Pegion kan membazir.

Tiba-tiba takda angin tak da ribut masa Abu Ayyub umur 1 tahun 6 bulan setengah, pagi tu dia taknak minum susu guna botol langsung. Padahal dia tak tau pun mama tukar puting Pegion yang baru dah. Yang lama belubang sana sini sebab dia syok gigit, konon nak asah gigi-gigi baru kot. 


Masuk mulut pun tak sempat lagi, dia geleng-geleng kepala. Bila opah pujuk suruh minum lagi, dia rimas, dia lempar je botol susu tu! susu badan mama tu dik T___T. Tengahhari masa hantar Yaya opah pun berceritalah. Mama pun investigate, takde pape yang pelik semua ok. Cuma taknak minum susu badan guna botol.

Mama mintak opah bagi adik minum guna straw dan syringe. Ada dua sebab, umur macam ni dia suka mencuba, dia pernah tengok mama bagi kakak makan ubat demam (demam tinggi masa tu), dan dia teringin. Masa tu mama bagi adik minum air masak. Seronok kan kemain.

Kedua straw. Lain dari yang lainkan. Rare. Adik tak pernah cuba, tapi adik dah pandai minum air masak dalam botol yang ada tiub/straw. Ha, guna straw ni selama 4 hari dia mau minum walaupun lambat dan sikit-sikit. Kesian opah kena tunggu lama. 

Masa hari kedua dia tak nak minum tu tergerak hati nak mintak air penawar kat Ustaz Azman. Asalkan berusaha dan tak syirik dibolehkan. Hari-hari bagi adik minum air penawar dijadikan pengganti air minum air tapis water pitcher dia tu. Hmm, sebenarnya air penawar tu pun asalnya bekalan air yang ditapis guna Water Pitcher Shaklee tu jugak.

Minumlah hari-hari termasuk hari cuti. Masuk hari semalam dah seminggu dia minum air penawar tu dan kiranya semalam adik menyusu sepenuhnya guna botol, pegang sendiri. Alhamdulillah. Lega sangat. Tak lupa jugak, dalam tempoh ni juga mama berdoa kat Allah hari-hari, dan pujuk adik hari-hari.

Jadi mama lega sangat dah. Mama sebenarnya tak kisah kalau adik tak nak minum susu mama guna puting botol, tapi mama kesian dekat opah, dan jugak rugi kat setiap titis susu ibu yang mama perah hari-hari untuk adik tu. Biasalah budak suka mencuba. Mahu minum tapi main-main tu ada juga.



1 comments:

Rizziela berkata... Reply Comment

saya selalu tukar2 botol sampai dia suka satu2 botol...tp memang jenuh gak lah

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry