Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Simpan Susu Ibu Dalam Plastik

Bab penyimpanan susu ibu ni saya boleh sharekan sedikit untuk panduan ibu-ibu yang musykil ataupun baru pertama kali ingin buat stok ebm beku. Ada dua kaedah simpan susu ibu dalam bekas dan juga simpan dalam plastik.

Simpan susu ibu dalam bekas ada pelbagai pilihan samada menggunakan botol susu, bekas dadih dan juga bekas cube khas untuk simpan stok susu ibu. Mana-mana pun boleh asalkan bekas tersebut dibasuh bersih BPA Free dan mana yang boleh di steril, perlu disteril terlebih dahulu.

Bekas simpann susu ibu menggunakan plastik juga popular dikalangan ibu-ibu yang menyusukan anak. Biasanya breastmilk plastic bags ni biasanya BPA free dan juga dah pre-sterilized. 

Bagi saya pula, saya lebih suka gunakan samaada botol susu perahan atau plastik simpan susu ibu.Tapi kebanyakkannya saya simpan susu ibu dalam plastik khas susu ibu. Hanya jarang-jarang apabila keadaan tak mengizinkan barulah saya bekukan terus susu yang telah dikumpul dalam botol susu perahan

Kebaikan dan Kekurangan Simpan Susu Ibu Dalam Botol Susu Perahan

  1. Jimat masa, lepas sejukkan minima setengah jam boleh dibekukan terus
  2. Beli berdozen sekali dan boleh digunakan berulang kali antara 6-12 bulan
  3. Tidak mudah tumpah/bocor
  4. Makan ruang yang banyak dalam peti ais
  5. Susu ibu lambat cair
  6. Perlu basuh botol setiap kali selepas diguna


Kebaikan dan Kekurangan Simpan Susu Ibu Dalam Breastmilk Plastic Bags

  1. Jimat ruang peti ais (freezer
  2. Lebih mudah untuk urusan 1st in 1st out
  3. Lebih cepat cair
  4. Lebih banyak stok yang boleh disimpan dalam freezer
  5. Tidak perlu basuh plastik untuk pakai semula (pakai buang)
  6. Berisiko bocor/plastik pecah (minima)
  7. Perlu ambil masa sedikit untuk pindah susu dari botol perahan ke dalam plastik susu ibu
  8. Perlukan sedikit keluarkan lebih sedikit kos dari bekas simpan susu ibu yang lain kerana tidak boleh diulang guna

Cara Simpan Susu Ibu Dalam Plastik Susu Ibu

  1. Isi susu ibu antara 2oz - 4oz sahaja
  2. Buang semua lebihan udara dalam plastik bag
  3. Anda boleh letakkan plastik susu secara menegak atau mendatar/baring seperti kertas
  4. Jika memilih mendatar seperti kertas pastikan disimpan ditempat yang rata dalam freezer supaya kemudian hari stok susu yang baru boleh disimpan susun di atas stok yang lama dengan cantik
Jadi mana satu nak guna untuk simpan stok susu ibu yang sangat berharga tu? ikutlah pilihan hati masing-masing asalkan ibu bersemangat dan seronok untuk terus buat EBM frozen untuk anak terus menerus sehingga anak berusia dua tahun. 

Bila ibu seronok dan teruja, hormon oksitosin bertambah maka pengeluaran susu ibu pun turut bertambah.



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry