Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Kenapa Tak Boleh Menyusu Di Luar Kediaman

Menyusukan anak tu bukanlah perkara yang memalukan malahan ianya perkara yang membahagiakan bagi ibu.

Saya masih ingat lagi semasa saya menyusukan anak di ruang tamu pertama rumah mertua saya, biras lelaki tegur supaya saya menyusukan anak dalam bilik.

Masa tu saya agak terkejut dan sedang menyusukan anak sulung. Pengalaman pertama orang kata. Sedangkan kita bersopan ketika menyusukan anak apabila berada di tempat umum. 

Dan saya sedang menyusukan seorang anak manusia yang bernyawa bukan anak patung yang mana anak-anak kecil ini banyak karenahnya. 

Pasti ada sebab kenapa saya bawa anak saya menyusu di ruang tamu pertama yang jarang orang duduk di situ. 

Apa yang saya nak ceritakan di sini sepatutnya anda-anda, patut beri kami ibu-ibu menyusu peluang dan ruang untuk menyusukan anak dengan sempurna dan dapat mendamaikan si anak.

Bukan kami tidak tahu nak berfikir, bukan kami sengaja nak tayang, bukan kami sengaja nak menunjuk. 

Kadangkala kami tiada pilihan. Tiada tempat yang sesuai untuk menyusu, anak meragam, dan ibu yang agak kalut dan runsing nak tenangkan bayi dan perlu tunaikan fitrah menyusukan bayi.

Jadi anda-anda yang ada pilihan tolong beri ruang pada ibu menyusu dan fahami keadaan kami.

Bukan kami yang perlu menyorok untuk menyusukan anak sedangkan kami dah pilih itu tempat yang sesuai untuk menyusukan anak dengan tenang. Sebaliknya anda-anda yang melihat dan ada pilihan untuk pindah tempat yang perlu beri kami ruang. 

Apa daya kami juga nak sekat pemikiran orang orang-orang yang melihat walaupun kami menutup aurat dan bersopan apabila sedang menyusukan anak.

Jenuh nak risau perspektif orang-orang dewasa yang macam-macam ragam, kelaparan dan dahagalah anak kami yang masih kecil. Bukankah itu dah kategori menganiaya anak yang masih lemah?

Takkan sepanjang dua tahun menyusukan anak tak boleh keluar rumah?. Itu dah menzalimi dan mendiskriminasikan ibu menyusu dan anak yang sedang disusui.

Menyusukan anak bukan perkara senang sesenang lembu menyusukan anak lembu. Tetapi ianya perkara yang sangat berbaloi dan kepuasaan kebahagiaan yang tak terhingga apabila berjaya menyempurnakan penyusuan sehingga dua tahun

Anda akan faham jika anda seorang ibu dan sedang atau pernah menyusukan anak.
 

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry