Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Runsing Susu Badan Sikit? Nak Banyakkan Susu Badan?

Kelmarin bos dari headquarters datang ke ofis. Seperti biasa dia sangat memahami macam bos-bos yang lain. Syukur.

Katanya “Atiqah, you nak pi pam susu you pi la, your manufacturing is still bukak is it?”.

Saya jawab “ Ya, saya masih pam susu badan, tapi sekarang bukan waktunya lagi nak pam susu” hehehe.

Dia cakap, “Wahhhhh, Atiqah, you very strong mommy”.

Hehehehe.  Senyum sampai telinga sambil bersyukur pada Allah je lah.

Eh, dah berapa lama saya menyusukan anak kedua saya ni? Setakat hari ni dah 1 tahun 9 bulan dan 8 hari saya menyusukan anak lelaki saya ni.

Memang perjalanan yang panjang. Macam-macam cerita pahit manis juga yang terpahat selama menyusukan anak.

Tapi, semua ni serius saya cakap, saya takkan mampu berjaya hingga hari ni kalau tiada penggalak. Penggalak terkuat saya suami saya lah. Tu memang tak dinafikanlah.

Tapi ada penggalak kedua yang memang banyak stabilkan perjalanan penyusuan susu badan kepada Abu Ayyub ni. Nak tahu?

Iya, taklah BIG SURPRISE pun. Ambil Set Menyusu Shaklee sampai sekarang saya senang hati pam susu setiap hari. Hasil susu perahan juga mencukupi dan mampu mengeyangkan Abu Ayyub setiap kali selesai minum susu ibu melalui botol. Susu badan saya masih pekat lagi dan masih banyak lemak susu yang terhasil.

Pam yang bagus juga satu perlaburan yang tak merugikan langsung. Malah membantu kejayaan penyusuan saya sehingga hari ni dan insyaallah sehingga dua tahun kelak.

Kalau orang lain mampu hasilkan susu badan tanpa supplement dan jaga pemakanan, itu rezeki ibu dan anak. Tapi tidak bagi saya, supplement tambah susu badan memang membantu saya dan ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang bermasalah untuk banyakkan susu badan.

Saya tak perlu try dan error lama sangat dan makan sebanyak-banyaknya dan macam-macam jenis setiap hari makanan penambah susu badan dengan konsisten makan set tambah susu badan ni.

Maksud saya makan tetap makan, makanan berkhasiat dan makanan yang banyakkan susu badan. Tapi taklah pulun orang utara cakap, masa pun terkekang. Jadi supplement yang mudah ditelan, dibawa kemana sahaja nilah teman terbaik untuk saya sebagai ibu yang menyusukan anak.

Anda pun ada masalah susu sikit? Nak banyak susu badan macam saya? Cubalah Set Ibu Menyusu ni.
Secara asasnya set menyusu yang lengkap terdiri daripada Vitalea, ESP, B Complex, Sustained Release Vita-C Plus, Alfalfa Complex dan Ostematrix.

Percayalah anda ambil set menyusu penuh ni, anda takkan menyesal. Susu badan anda pasti banyak semula dengan panduan-panduan yang saya bakal berikan nanti.



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry