Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Beza Menjaga Anak Lelaki Dan Perempuan

Topik ni biasa je kot. Tapi nak share juga lah pengalaman jaga anak sepasang ni. Yang sulung perempuan dan yang bongsu lelaki. Beza umur mereka tiga tahun. Dan inilah ceritanya

Anak perempuan saya sangat manja. Perlu berteman, sentiasa cari mama dia kalau tak nampak depan mata. Setiap setengah jam saya duduk di SOHO pada waktu tengah malam mesti dia akan terbangun. 

Kadang-kadang bukan nak menyusu sangat. Lebih kepada hangatnya dan bau badan mama tiba-tiba takde sekejap. Hehe

Anak lelaki dah kenyang dia buat hal sendiri, main dengan kakak atau abah bersama-sama. Tapi bila nampak kelibat mama je.."Huaaaaaaaaa, nenen time mama".

Anak lelaki jenis tak kisah sangat. Tapi lasak dia, eksplorasi dia lebih dari anak yang perempuan. Anak perempuan dapat main masak-masak, main anak patung melukis, menari, lompat lari sana sini sikit dah ok. Yang anak lelaki. Semua ceruk, semua benda yang kakak tak pernah usik dia akan pergi dan mencuba.

Bukan kakak tak reti tapi bila kita terangkan jangan main atau usik barang tu nanti dot dot dot, dia pun pahamlah. Anak bujang saya? "Ada aku kesah?" katanya T__T. 

Selalunya bila dia dah macam detective conan atau macam askar nak pegi perang tu, meligat sangat, Abah dia la yang tolong calm down dia. Lelaki dengan lelakikan, Abah jadi abah tahulah nak control anak lelaki dia. Hehe.

Anak-anak saya ni kadang-kadang macam oggy and the cockroaches, kadang-kadang baik pulak macam doraemon dengan nobita. 

Tapi part yang paling diorang bersatu hati, bila nak makan vitamin. Tak gaduh, tak kedekut! Siap tolong pergi bagikan lagi. Haaa...Kalau kakak makan vitamin adik pun mesti makan jugak.

Itula dia serba sikit beza anak lelaki dengan perempuan saya. Nanti-nanti ada cerita best saya share di sini lagi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry