Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Tak Suka Minum Susu Tapi Kaki Selalu Cramp Apa Nak Buat?

Siapa tak suka minum susu boleh geng saya. hehe. Tak suka minum susu formula ke? atau fresh milk?. Eh, ada juga orang tak suka minum minuman berwarna putih macam susu tau. Haruuuuu. Jadi kena campur dengan milo ke atau perasa strawberry ke.

Sebenarnya kalau tak suka susu, bukan masalah besar sangat pun kalau kita ambil makanan pengganti yang berunsurkan kalsium secukupnya dan dipastikan cukup keperluan kalsium hariannya. 

Masalahnya rata-rata antara kita tak mampu nak dapat secukupnya kalsium setiap hari pun. Nak pulak belum tentu semua sumber kalsium yang kita makan atau minum tu diserap oleh badan dengan sempurna.




Selain kaki cramp sedantidur tengah malam. Ada banyak lagi tanda kita kurang kalsium dalam badan


Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

  1. Mudah patah tulang bila berlaku sebarang kemalangan (kecil atau besar)
  2. Masalah sakit sendi
  3. Masalah osteoporosis
  4. Gigi luruh pada usia muda (penghujung 30an-40an) - ibu melahirkan bayi
  5. Keliru
  6. Gusi berdarah
  7. Sakit dada
  8. Kejang otot
  9. Tekanan darah tinggi
  10. Kencing manis
Orang yang kurang kalsium dan ibu mengadung biasanya kerap terjadi keadaan kejang kaki ni. Termasuk saya, sebelum ni masa bujang-bujang dan mengandungkan anak sulung dulu selalu cramp dibahagian kaki. Kadang-kadang kedua-dua belah kaki. 

Selepas fenomena cramp selama beberapa minit tu dengan rasa sakit yang melampau terasa nak cabut je kaki tu, akan berlanjutan dengan sakit seperti rasa bengkak pada betis selama beberapa hari. 


Bagaimana Kekurangan Kalsium Terjadi

Kalsium tak boleh dihasilkan oleh tubuh dan lebih 1.5% berat tubuh adalah dari Kalsium yang terdapat dalam tulang dan juga dalam tisu-tisu badan. Orang dewasa lebih banyak kehilangan kalsium dalam 400-600mg sehari.

Kenapa Kalsium Dalam Badan Mudah Hilang

Penyerapan yang kurang berkesan disebabkan kekurangan daily intake mineral-mineral yang bantu serap kalsium dengan sempurna iaitu Vitamin D, Magnesium, Zinc, Copper dan Mangan. Selain tu, sememangnya kita kurang ambil kalsium secukupnya setiap hari.


Hentikan Masalah Kejang Kaki!

Bagaimana cara elak kejang otot kaki hampir setiap hari ni?

Pengambilan supplement kalsium setipa hari sangat disyorkan oleh nutritionist untuk elak kaki cramp dari berulang dan mengelakkan kejadian kurang kalsium. Sedari awal kita kena ambil setiap hari supplement kalsium untuk mencukupkan keperluan calcium harian.

Sangat penting pilih pil kalsium yang lengkap dengan agen penyerapannya supaya makanan pengganti/tambahan kalsium yang kita ambil tidak sia-sia.

Hasil pengalaman saya dan juga ramai lagi penggemar Shaklee, Ostematrix terbukti berkesan dalam memperbaiki masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kekurangan kalsium.

Kerana Ostematrix telah dilengkapi dengan semua mineral-mineral penyerap kalisum yang paling unggul dengan sukatan yang tepat untuk keperluan tubuh manusia mengikut saranan RDA. Iaitu Vitamin D,  Magnesium, Mangan, Kuprum dan juga zinc. Kesemua mineral ini berasaskan sumber semulajadi.


Bagaimana Pilih Supplement Kalsium Yang Bagus?

  • Pilih produk supplement kalsium yang ada vitamin D dan magnesium secukupnya untuk setiap kandungan kalsium yang ada dalam tablet tersebut.
  • Elakkan pil kalsium yang diperbuat daripada tulang dan dolomite kerana mengandungi racun plumbum
  • Elakkan yang ada kandungan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Jadi Ostematrix Shaklee lah pilihan yang paling terbaik, berkesan dan selamat. Harga sebotol Ostematrix ni sangat murah sebenarnya bila beli dengan harga ahli berbanding bila beli harga biasa. Jadi nasihat saya, kalau nak jimat beli Ostematrix ni jadilah ahli, bukan nak menjual, makan sendiri je






Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com




0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry