Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Susu Ibu Beracunkah Sampai Anak Kena Stop Menyusu

Tak tahulah dari mana salahnya, tapi kebahagian ibu ketika menyusukan anak telah diragut. Diragut dengan keraguan "awak tak boleh menyusukan anak lebih dua tahun tau!"

Tang mana salahnya? Kenapa tak boleh? Tak baik untuk anakkah atau tak baik untuk ibu untuk teruskan penyusuan susu badan?

Dilema-dilema seperti inilah yang kadangkala meragut kebahagian dan keselesaan anak untuk minum susu ibunya. Cukup-cukup dua tahun je, ibu kena kalut hentikan penyusuan badan. Kalau sebab mengandung dan ibu ada masalah kesihatan tu lainlah ceritanya.

Sebenarnya takde dalil sahih pun yang mengatakan bayi tak boleh minum susu ibu lebih dua tahun umurnya. Dalam Al-Quran pula menyatakan jika mahu menyusukan anak, sempurnakanlah penyusuan sehingga dua tahun. 

Maksudnya dalam tempoh dua tahun susu badan adalah gizi utama anak-anak. Masuk tahun ketiga keperluan menyusu badan hanya sebagai sampingan sahaja. Pemakanan yang seimbang adalah yang paling penting.

Kenapa tak boleh menyusukan anak lebih dua tahun? ada racunkah? Ni semua kita telah sebati percaya susu formula lebih baik untuk anak dan penting dalam proses tumbesarannya. Iklan-iklan telah berjaya membeli kepercayaan ibu bapa seluruh dunia. 

Kalau kata susu ibu ada racun takkan dicatat berkali-kali dalam Al-Quran yang para nabi dan rasul peristiwa mereka menyusu dengan ibu atau ibu susuan masing-masing. Seperti Nabi Isa, Nabi Musa dan juga Nabi Muhammad s.a.w.

Sedangkan anak dan ibu itu dari fitrah yang sama - manusia. Jadi tang mana pula kena ada hadnya nak minum susu badan ni? Kenapa pula minum susu formula yang kita tau fitrahnya tak sama "haiwan vs manusia" boleh pulak kita beri anak-anak minum susu formula tu sampai ke besar?

Sebenarnya tak salah dan tak menyebabkan kemudaratan ibu dan anak pun kalau si anak tu masih lagi enggan putus susu. Enjoy your moment. Janji ibu menjaga pemakanan dan kesihatan sebaik mungkin. Dan ibu perlu pastikan anak dapat makanan yang berkhasiat dan seimbang. 

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu lebih dua tahun sebenarnya antibodi mereka dan IQ dan keyakinan mereka lebih tinggi berbanding anak-anak yang menyusu badan sekejap sahaja atau yang tak minum susu ibu. Wallahualam.



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com


2 comments:

Rizziela berkata... Reply Comment

sy x peduli pun..sampai anak dah x nak baru stopkan

Atiqah abd aziz berkata... Reply Comment

@Rizziela:

alhamdulillah..Bagus Rizziela;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry