Lemak badan adalah penting untuk bahagian sistem saraf dan membantu menentang elemen-elemen yang merosakkan korpuskel darah merah. Walaubagaimanapun kita terutamanya orang dewasa hanya memerlukan sedikit lemak sahaja dalam tubuh. Lemak juga penting sebagai agen semulajadi pemanas badan.
Namun bahaya apabila kandungan kolestrol terlalu banyak dalam tubuh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menghalang pengangkutan nutrien dan udara dalam salur darah. Ini amat membahayakan kerana boleh menyebabkan risiko kesihatan seperti darah tinggi dan jantung serta melibatkan nyawa.
Makanan Penyebab Kolestrol Tinggi Dalam Tubuh
Jadi ada baiknya jika kita mula dari sekarang untuk mengurangkan makanan yang mencetuskan peningkatan lemak lipid dalam badan. Pertama sekali kurangkan makan daging merah. Daging merah adalah tinggi kolestrol. Lebihkan makanan yang kaya dengan omega seperti ikan dan minyak zaitun yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam tubuh.
Makanan laut seperti kerang-kerangan, udang yakni selain ikan juga meningkatkan tahap kolestrol. Oleh itu, biasanya orang yang suka makanan laut seperti ini tinggi kandungan kolestrol dalam tubuhnya. Juga lemak terdapat dalam telur, susu dan produk-produk makanan yang menggunakan bahan-bahan ini.
Penggunaan minyak juga tak ketinggalan. Malaysia kaya dengan pelbagai variasi makanan. Tetapi biasanya minyak adalah bahan utamanya. Tak salah guna minyak sawit tetapi mana-mana jenis minyak jika diguna dan diambil dengan banyak akan menyebabkan masalah kesihatan suatu hari nanti.




























