Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Pengalaman Pertama Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Pertama kali masa saya menyusukan anak iaitu anak sulung masa dalam labour room selepas melahirkan. Walaupun tak sampai 5 minit sebab ada komplikasi lain, tapi masa tu saya tak rasa geli. Tapi lihat matanya yang khusyuk tidur selepas dimandikan buat saya jatuh kasih. Ini anak saya. Saya mahukan yang terbaik buat dia.

Kemudian selepas itu, bila kena pam susu dalam bilik wad khas (lupa dah nama apa wad tu). Masa tu saya seorang je dan dengan bantuan nurse, pun tak rasa apa-apa, saya fikir, cukuplah anak minum susu saya 3 kali sehari. Eh, ingat perut orang dewasa ke?. Betapa zero nya saya masa tu, lain sangat bila dah ada anak sendiri depan mata berbanding kononnya dah penuh ilmu di dada bila membaca atau dengar pengalaman orang lain.

Masa pertama kali kena menyusukan anak depan suami pun maintain aje. Suami kita kan. Luar dalam dah tengok kitakan. Tapikan rasa satu perasaan sangat tenang, momen yang sangat manis walaupun sekejap, bila suami duduk sebelah kita buat pertama kali apabila saya menyusukan anak.

Lepas tu keluarga suami dan keluarga saya pun datang. Masa ni saya pun rasa segan sangat nak bagi susu kat anak depan orang, duk tangguh-tangguh bagi susu walaupun keluarga suruh kerap dan banyakkan susukan anak. Kata mereka nanti kena sakit kuning. 

Suami pula sokong saya, cakap biar anak tidur, ha, nampak tak zeronya kami, semuanya first time, tak tahu pula esoknya paras jaundis anak sulung dah tinggi. Huhuhu. Lepas tu, serik dah kerap menyusukan bayi saya tapi masih cari tempat-tempat yang tersorok. 

Kalau pergi kenduri atau pergi mana-mana akan cari bilik kosong, ruang tersembunyi atau makan kenduri cepat-cepat lepas tu masuk kereta sambung nyusukan anak. Hmmm, itu pengalaman pertama menyusukan anak.

Tapi semua tu berubah bila dapat anak kedua. Hahaha. Masa ni expert dah. adik lahir-lahir je lepas dibagi mandi, saya terus susukan adik. Tak payah nurse bagi green light. Dalam wad pun, dah pandai cover nak nyusukan anak walaupun doktor dan nurse silih berganti datang.

Masa ni, bukan rasa malu tu dah takde, tapi lebih kepada kesedaran, menyusukan anak bukan perkara memalukan dan kotor. Ini adalah satu perkara yang murni tanda kasih dan pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Sementelah ramai lagi ibu-ibu yang tak dapat/gagal menyusukan anak sendiri. 

Masa adik kena prolonged jundice, kena follow up checkup di klinik setiap hari dan juga ke hospital, saya tetap ikut suami pergi bawa adik untuk follow up. Saya menyusukan anak sambil duduk, berdiri dan berjalan.

Kadang-kadang orang perasan. Kadang-kadang orang tak perasan. Tapi biasanya orang akan nampak saya tengah pegang sesuatu maklumlah anak-anak saya baka besar. Huhuhu. Ramai juga yang tanya "eh, boleh ke menyusu sambil berjalan?", "oh, senang ya ada baju menyusu ni". 

Seorang nurse pernah bekerja kepada saya suruh menyusukan anak dalam bilik menyusu yang disediakan bila perasan saya susukan bayi sambil berjalan pulang dengan diringi suami. Katanya nanti timbul rasa tak selesa pada orang-orang yang lalu lalang di sekitar saya sebab baju saya terselak sana sini bila saya sedang menyusui anak. J

Saya cakap, mereka takkan perasan, baju menyusu muslimah dah dapat melidungi aurat saya, tak pelu selak-selak baju dari pinggang ke atas. Wah, nurse tu pun terkejut, "Oh, iya?. Sekarang dah ada baju menyusu ya. Tak tahu pulak". Lepas tilik-tilik kami dia pun lepaskan kami. Memang tak nampak macam sedang susukan anak. Lebih kepada sedang mendakap anak.

Moga lebih ramai lagi ibu-ibu yang menyusukan anak lebih terbuka seperti saya untuk menyusukan anak di tempat-tempat awam. Selagi kita menjaga aurat dengan betul. Sekarang boleh pakai nursing cover, baju menyusu, shawl, baby carrier, baby sling wrap dan pelbagai lagi alatan yang beri kemudahan untuk menyusukan bayi walau di mana sahaja.

Juga saya boleh membeli-belah dan melawat zoo sambil anak menyusu dalam baby carrier. Seronokkan. Aktiviti menyusukan anak bukanlah satu kesusahan dan keterbatasan untuk pergi kemana jua kita mahu.

(saya akan letak gambar kemudian, internet connection di rumah semput-semput)


Shaklee Independent Distributor-ID: 882854
Atiqah Aziz
Whatsapps: 012-5770682
Facebook: Atiqah Aziz
Emel: atiqahaziz84@gmail.com


Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry