Cuti-cuti ni cari tajuk entry yang ringan-ringan sikit. Sebenarnya sambal tempoyak ni dah buat dua minggu yang lalu. Hari ni mama Yaya buat menu ringkas je, masak lemak ikan temenung dengan tumis air sayur watercress dah cukup, Yaya boleh makan, mak bapak pun boleh makan. Adik menu lain, baby lagi. Mungkin kalau rajin tambah satu menu lagi petang nanti.
Hari bermalas-malasan separuh hari. Ada novel baru, jadi habiskan novel dulu khatam 2-3 kali dalam masa satu hari baru hati tenang nak buat kerja lain. Kipas susah mati kat novel memang susah nak kikis.
Dapat idea resepi sambal tempoyak ni tiba-tiba je. Tiba-tiba feeling macam Chef Jamie Oliver. Macam je. huhu. Ok kalau nak mencuba boleh salin resepi ni. Kalau tak nak baca je lah sampai habis ok.
Bahan-bahan Sambal Tempoyak Kahwin Orang Putih
- Mesti ada tempoyak. Yang jual kat kedai-kedai tu tak sedap tak original. Beli durian buat sendiri tempoyak. Yummy.
- Mesti ada cabai burung a.k.a cili padi a.k.a cabai melaka orang utara habaq
- Sedikit garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
- Daun Dill.
Cara buat. Wajib ada lesung batu. Baru sedap. Tapi kalau tiada, guna aje blender. Guna aja apa yang ada. Kalau tiada dua alatan ni. Ha, pisau wajib ada kan, jadi yang wajib dicincang, cincang jelah sampai dapat kehalusan yang kita mahu. Yang penting masa itu emas. Janji sedap, air tangan sendiri.
Ok kalau ada lesung batu. Mula tumbuk cabai burung tu dalam lebih kurang 10-15 biji ikut tahap pedas yang kita nak. Tumbuk sampai halus. Campurkan 3-4 sudu tempoyak dalam lesung batu. Mak saya pernah cakap kalau kita gaul semua bahan dalam lesung batu lagi sedap banding kita gaul dalam mangkuk.
Lepas tu, cincangkan daun Dill, ambillah dalam dua helai daun Dill tu. Kat Tesco, Jusco dan pasaraya yang ada ciri-ciri orang putih ni adalah english herb ni. Cincang halus daun Dill dan campurkan dalam adunan tempoyak tu.
Kemudian tambah secubit garam dan gula untuk keseimbangan rasa. Sebab tekstur rasa cabai sedikit pedar dan pedas, tempoyak pula lemak-lemak masam. Manis tu ada sikit-sikit je. Daun Dill pula rasa dia menyegarkan sesuai jenis dia sebagai herba dan sedikit rangup dan sedikit wangi tau, ala-ala ulam raja gitu.
Ok dah gaul sebati dan dah rasa kesedapan Sambal Tempoyak Kahwin Orang Putih ni, boleh la cedok pindahkan ke dalam piring yang sesuai. Dan mencicah la kome dengan apa-apa jenis ulam-ulaman pilihan. Kalau taknak ada ulam pun takpe. Anggap je herba Dill dalam sambal tempoyak tu sebagai ulam. Hehe. Ok,Selamat mencuba
Masa ni juga Abu Ayyub tidur lama jadi sempat buat sambal sotong untuk mak bapak, sotong goreng tepung dan tiada dalam gambar tumis air sayur kobis ungu untuk Yaya, Ikan bakar ni buat tak pedas jadi mak bapak dan Yaya boleh makan. (Dalam gambar ni setengah ekor ikan dah takde kena ngap dah)
Sambal tempoyak ni nak makan dengan ulam raja. Ulam raja ni hasil tanaman sendiri tau (bangga sekejap berbudi pada tanah). hehe. Tengok-tengok ada lebihan timun, potong ikut suka jelah, sebab anak-anak dah datang terjah. Ni lah menu simple kami. Campak-campak je janji lagi berkhasiat dari makan kedai kan.
0 comments:
Catat Ulasan