5 tahun lebih menyusu adalah tempoh yang panjang. Kadang-kadang rasa malas itu datang menerjah. Biasalah manusia biasa, Life Is A Test. Sekarang saya nak cerita macamana dalam tempoh 5 tahun ni, walaupun pengeluaran susu ibu badan ada turun naik tapi tetap maintain dapat support keperluan anak.
Saya cerita dari pengalaman anak kedua ni, sebab dah expert sikit banding anak pertama dulu. (Tapi masih gali ilmu lagi ni). Pertama sedari dalam pantang dah mula latih merajinkan diri yang tak berapa nak rajin ni pam susu lepas anak tidur, dan awal pagi sebelum anak bangun.
Bila dah kerja tu campur waktu pergi balik adalah dalam 10-11 jam, saya tak kira sangat ketepatan masa 2 atau 3 jam. Tetapi satu perkara yang sangat pasti. WAJIB PAM EMPAT KALI SEHARI DALAM TEMPOH 10 JAM BERJAUHAN DENGAN ANAK.
Kedua, Wajib Makan. Sebaiknya makan sikit tapi kerap.
Bangun pagi - Sebelum mulakan hari minum air masak segelas dan bancuh cereal atau ESP segelas
Sarapan pagi - Wajib ambil ye, kemudian ambil supplement ibu menyusu - Eat like a King
Minum Pagi - Biasanya ambil lepas pam susu kali kedua dalam 10am-11am (yang 1st masa on the way pergi kerja), sekeping roti pun jadilah. Eat like a queen
Lunch hour - Wajib ambil makanan berat - Eat like a prince
Minum Petang - Lagi sekali sekeping roti atau dengan secawan minuman cereal dah memadai. Eat like a princess
Makan Malam - Wajib ambil - Eat like a beggar. Biasakan makan sebelum pukul 7pm atau kalau tak sempat sebelum 8-9pm.
Balik rumah terus menyusukan anak, lepas tu siapkan semua kerja plus makan malam, solat maghrib dan, mandi bagai semua (ikut waktu masing-masing), sebelum tidur selepas solat isyak menyusukan anak lagi sekali, atau lebih baik luangkan masa antara waktu-waktu bersiap atau melayan anak ni kita menyusukan lagi sekali. Tengah malam susukan anak dalam 2-3 kali sehari.
Ok, lagi satu RAHSIA BESAR saya adalah
.
.
.
.
.
Saya ambil FULL SET VITAMIN IBU MENYUSU. Kenapa set penuh? kenapa tak boleh ke ambil Set Asas Menyusu ke? ok, meh nak cerita pasaipa.
Pertama, kena faham konsep supplement banyakkan susu ibu ni. Ianya bukan semata-mata terus boosterkan susu ibu.
Sebaliknya supplement ni melengkapkan keperluan vitamin dan mineral yang ibu menyusu perlukan. Iaitu untuk kelestarian tenaga dan penjanaan sel-sel tubuh seharian, pengaktifan sistem imun, mengawal tekanan, kesihatan dalaman dan awet muda.
Suka saya cakap pasal awet muda. Senang je, bila tubuh kita awet muda, jarang sakit kita lebih cergas dan rajin. Rajin ni konteks dia luas termasuk rajin mengorbankan masa untuk menyusu dan pam susu badan untuk anak.
Jadinya, sebab itu Vita-Lea sebagai multivitamin, B Complex yang lengkap dengan asid folic untuk perkembangan minda anak dan juga ibu dan Vitamin C dalam Sustained Release Vita-C Plus sangat membantu mencukupkan keperluan vitamin dan mineral untuk ibu menyusu ni.
Ibu menyusu ni perlukan lebih lagi khasiat dalam pemakanan sebab dia perlu mengisi ruang-ruang lompong dalam sel-sel tubuh untuk diri sendiri dan juga menyediakan keperluan susu ibu untuk tumbesaran anak.
Bayangkan, ibu tetap ada susu sebab ambil milk booster dan juga kerap menyusu, jaga makan tapi belum tentu dapat serap 100% khasiat yang ibu menyusu perlukan. Tetapi dalam jangka masa panjang, ibu bukan sahaja kekurangan nutrisi dalam badan akibat diserap untuk menghasilkan susu ibu. Tetapi juga ibu khasiat susu tidak segrad A jika ambil suplement tambahan yang membantu melengkapkan keperluan.
Bila tubuh dah aktif dan sihat. Barulah supplement ini bantu boosterkan susu ibu. Mekanisma utama penghasilan susu badan adalah protein dan kalsium. Tetapi sel-sel tubuh juga memerlukan sumber protein sebagai bahan utama penstrukturan dan juga kelinciran tugas sel-sel badan.
Oleh sebab itu ibu yang menyusukan anak perlu lebih protein berbanding wanita lain. Dan sebab itu pengambilan konsisten supplement protein dalam ESP sangat membantu boosterkan pengeluaran susu dan juga sentiasa cukup untuk keperluan anak.
Supplement kalsium juga sangat penting untuk tampung keperluan diri ibu menyusu dan juga anak yang disusukan. Sebab kalsium juga kompenen utama penghasilan susu badan. Komposisi tulang ibu akan berkurang jika kekurangan kalsium dan juga diserap untuk penghasilan susu badan. Lama-lama masalah osteoporosis akan cepat berlaku.
Pengambilan Ostematrix yang konsisten setiap hari bukan sahaja membantu penghasilan susu ibu yang berkualiti dan penuh, tetapi juga membantu memperbaharui, menguatkan dan memampatkan jisim tulang ibu. Jadi masalah-masalah yang berkaitan kekurangan kalsium juga dapat dikurangkan.
Pengambilan Alfalfa Complex pula terkenal sebagai milk booster kerana khasiat 10 biji Alfalfa bersamaan khasiat kalsium dalam segelas susu iaitu 300mg. Juga membantu penghasilan susu badan yang berkhasiat. Selain itu kepentingan Alfalfa Shaklee yang diambil setiap hari kepada ibu yang menyusukan anak adalah membantu detoksifikasi tubuh setiap hari.
Oleh itu, Alfalfa Complex Shaklee membantu menyihatkan tubuh, tubuh lebih ringan dan juga memudahkan sistem perkumuhan. Selain daripada ini, Alfalfa Complex membantu ibu-ibu yang sibuk menjaga dalaman hal-hal kewanitaan, seperti merapatkan miss-V, mengurangkan masalah keputihan, dan juga membantu dalam menghangat hubungan kelamin
Maka sekiranya anda memilih Full Set Vitamin Ibu Menyusu, anda akan dapat pulangan yang sangat berbaloi sekiranya anda konsisten mengikut jadual pengambilan vitamin serta juga kerap menyusu dan mengepam susu badan.
Suka saya ingatkan, supplement adalah bukan ubat, jadi anda memerlukannya setiap hari kerana tak semua jenis vitamin dan galian boleh tersimpan dan dihasilkan oleh tubuh. Tambahan tubuh kita menerima toksin setiap hari tanpa kita perasan. Selain pengambilan zat makanan yang tak seimbang, tekanan juga mampu merosakkan vitamin yang ada dalam tubuh.
Shaklee Independent Distributor-ID: 882854
Atiqah Aziz
Whatsapps: 012-5770682
Facebook: Atiqah Aziz
Emel: atiqahaziz84@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan