Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Rugi Makan Shaklee Tidak Berkesan Pun

Ramai orang makan Shaklee namun ramai juga yang merungut amik supplement Shaklee tak berkesan pun. Anda fikir begitu anda silap sebenarnya. Bukan nak agung-agungkan produk keluaran Shaklee ni tiada tolok bandingnya. Tetapi ada sebab kenapa saya berkata begini.



Semua orang tahu yang Shaklee ni 100% semulajadi, non-gmo, proses penghasilan produk sangat dititik beratkan untuk mengawal mutu dan khasiat daripada dibuang begitu sahaja. 

Apa yang anda harapkan dari belian produk Shaklee yang ramai juga cakap produknya mahal?. Ya, semua nak effect yang cepatkan. Ngaku jelah.

Tetapi anda tak boleh harapkan nak effect sepantas dalam masa 3 hari atau dalam masa seminggu macam yang dalam iklan-iklan TV yang berulang kali ditayangkan.

Jika anda rasa  nak sihat dan faham konsep vitamin dan juga natural, anda akan bersabar. Sabar itukan separuh dari iman. Hehe. Sebenarnya lagi banyak toksin dalam badan, lagi kuranglah keberkesanan apa-apa yang anda makan dan berharap untuk lihat kesannya secepat yang mungkin.

Toksin umpama cacing pita yang aktif menyerap segala zat yang kita terima dari mulut. Oleh itu tubuh kurang mendapat khasiat daripada makanan yang kita ambil.

Apabila sel-sel tubuh tidak mendapat makanan yang mencukupi bagaimana ianya nak bereaksi seperti rambut sihat, kulit cantik, tubuh sihat dan sebagainya.

Semakin umir meningkat semakin tepu toksin dalam tubuh dan semakin kurang keberkesanan sesuatu yang anda ambil. 

Jadi bila anda mula makan supplement, jika contoh tujuan anda untuk cantik dan turunkan berat badan anda tak boleh nak harap dalam masa seminggu dah nampak kesannya. Ini adalah supplement.  Apabila anda sihat baru tujuan anda tercapai. Tambah-tambah dengan gangguan toksin dalam tubuh.

Tujuan utama pengambilan supplement adalah membantu menampung kekurangan vitamin dan mineral dalam tubuh. 

Seperti yang saya selalu cakap sebelum ni. Sel-sel tubuh memerlukan vitamin dan mineral untuk terus berfungsi dengan baik dan bekerjasama antara satu fungsi sel dengan fungsi sel yang lain dalam membina tubuh badan yang sihat dan awet muda gitu.

Tapi dah guna produk Shaklee dah dekat habis sebotol, takde kesan apa pun?.

Sejak makan Shaklee, saya rasa saya makin selalu sakit, masalah muka saya makin teruk, jerawat, kulit berminyak. Argghhhhh, makin tension. 

Adakah Shaklee tak serasi dengan anda? Sebab dah ramai yang cakap macam gini kan. Shaklee ni bukan semua orang serasi.

Silap cakap-cakap orang-orang sebegitu. Sebarang supplement yang 100% semulajadi tanpa ditambah sebarang bahan kimia buatan memang tindakan dia sangat lembut dan memang akan memberi kesan positif kepada pengguna.

Tetapi bagi orang yang mempunyai kadar toksin yang tinggi walaupun anda rasa anda jarang sakit dan sihat, bila makan Shaklee anda akan rasa healing crisis itu berlaku.

Lagi banyak toksin dalam tubuh. Lagi lama proses penyembuhan itu berlaku. Lagi teruk rasa sakit atau masalah kulit dan lain-lain healing crisis yang berlaku.

Biarkan. Malu dengan kata-kata orang?. Ada diorang nak bagi sponsor duit nak bantu masalah kesihatan kita? Takkan jadi pekakkan telinga je. Biasalah, kutuk-kutuk manja gitu.

Jadi apa yang perlu anda lakukan bila anda rasa.......
"makan Shaklee takde rasa beza apapun" 
"Teruknya makan Shaklee, jadi bertambah sakit ni. macam tak berkesan pun ye"

Anda perlu  ===>

Konsisten ambil suplement Shaklee mengikut jadual yang diberi seperti yang disyorkan oleh SID yang dipilih oleh anda (beli barang dari dia).  

Minum air 3 liter sehari untuk penyerapan vitamin dan mineral yang berkesan oleh tubuh. Kepentingan air ni juga membantu sistem pembuangan tubuh membuangkan segala toksin yang berjaya dinyahkan oleh sistem-sistem sel tubuh yang bekerja dengan efisien.

Anda juga boleh membantu tubuh mengeluarkan toksin dengan menyediakan minuman lemon juice atau teh herba yang sesuai. Untuk tindakan pengeluaran toksin yang lebih cepat anda boleh cuba kaedah akupuntur dan juga berbekam. 

Berbekam darah lebih baik untuk kesihatan berbanding berbekam angin sahaja. Kerana darah kotor yang sudah terpusat di kawasan cawan bekam yang ditekap tidak mengalir keluar dan kembali mengalir dalam tubuh.

Akupuntur pula sinonim dengan masyarakat cina. Tapi khasiatnya sangat banyak membetulkan urat-urat darah yang tepu. Membantu memperbaiki masalah-masalah kesihatan kita. Kini ada pusat bekam yang membekalkan kaedah akupuntur sekali.

Pengalaman saya berbekam sangat seronok walaupun terpaksa tahan sakit sikit. Tak sakit macam proses nak bersalin pun. Serius!. Lupa nak mintak tukang buat bekam tu tangkap gambar darah kotor tu. Pengamal bekam tu beritahu (perempuan), darah kotor saya tak hitam sangat (semakin gelap, semakin tinggi kadar toksin dalam tubuh). 

Ini tandanya detoksifikasi yang saya amalkan selama ini dengan Herblax dan juga Alfalfa Complex benar-benar berkesan!

Dan selepas itu, saya perasan kadar penyerapan suplement oleh tubuh kini semakin tinggi dan terasa lebih berkesan. Cubalah. Bagi yang rasa Shaklee ni tak berkesan. Saya syorkan anda pergi berbekam dan buat akupuntur seluruh tubuh dulu. Kemudian cuba makan Shaklee balik dan tengok samaada anda perasan atau tidak perbezaan sebelum dan selepas mengambil supplement Shaklee

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry