Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Tips Menjaga Tahap Kolestrol Tubuh

Lemak badan adalah penting untuk bahagian sistem saraf dan membantu menentang elemen-elemen yang merosakkan korpuskel darah merah. Walaubagaimanapun kita terutamanya orang dewasa hanya memerlukan sedikit lemak sahaja dalam tubuh. Lemak juga penting sebagai agen semulajadi pemanas badan.

Namun bahaya apabila kandungan kolestrol terlalu banyak dalam tubuh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menghalang pengangkutan nutrien dan udara dalam salur darah. Ini amat membahayakan kerana boleh menyebabkan risiko kesihatan seperti darah tinggi dan jantung serta melibatkan nyawa.



Makanan Penyebab Kolestrol Tinggi Dalam Tubuh

Jadi ada baiknya jika kita mula dari sekarang untuk mengurangkan makanan yang mencetuskan peningkatan lemak lipid dalam badan. Pertama sekali kurangkan makan daging merah. Daging merah adalah tinggi kolestrol. Lebihkan makanan yang kaya dengan omega seperti ikan dan minyak zaitun yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam tubuh.


Minyak, Ikan, Omega 3, Omega, Khasiat, Lemak, Jahat, Kolestrol, Paras, Jantung, Sihat


Makanan laut seperti kerang-kerangan, udang yakni selain ikan juga meningkatkan tahap kolestrol. Oleh itu, biasanya orang yang suka makanan laut seperti ini tinggi kandungan kolestrol dalam tubuhnya. Juga lemak terdapat dalam telur, susu dan produk-produk makanan yang menggunakan bahan-bahan ini.

Penggunaan minyak juga tak ketinggalan. Malaysia kaya dengan pelbagai variasi makanan. Tetapi biasanya minyak adalah bahan utamanya. Tak salah guna minyak sawit tetapi mana-mana jenis minyak jika diguna dan diambil dengan banyak akan menyebabkan masalah kesihatan suatu hari nanti.


Lemak yang paling selamat adalah dari tumbuh-tumbuhan. Ini termasuk santan kelapa. Hasil kajian saintis Jepun, santan kelapa membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh dan sekiranya diambil dalam tempoh yang lama dapat membantu menurunkan risiko darah tinggi dan jantung, meningkatkan metabolisma dan lemak santan ini tidak akan disimpan dalam tubuh, Walaubagaimanapun, seimbangkan dan bersederhanalah dalam pengambilan makanan.

Untuk membuang semua lemak dalam tubuh adalah tidak patut kerana anda juga masih memerlukan lemak dari haiwan tetapi dalam junlah yang sedikit dan terkawal. Kolestrol penting untuk penghasilan hormon kelenjar, pembentukan sel tisu membran, penciptaan sel dan tisu yang baru. Kolestrol juga melindungi gentian saraf yang dipanggil selaput Meilin.

Lemak juga akan ditukarkan kepada asid hempedu yang membantu proses pencernaan. Oleh itu, kadar lemak tidak baik yang tinggi membebankan tubuh kerana harus berkerja keras meningkatkan metabolisma untuk menghuraikan kolestrol dalam badan dan ini memendekkan lagi usia anda.


Penawar Masalah Kolestrol

Penawar kepada masalah kolestrol adalah makanan juga iaitu pemakanan yang seimbang adalah sangat penting. Apakah jenis makanan yang menurunkan paras lemak tepu dalam tubuh? antaranya adalah 

Terung - apabila dimakan akan membebaskan elemen yang mengikat kolestrol lemak dalam usus dan mengangkutnya keluar melalui sistem pembuangan sebelum sempat lemak menempel dalam salur pembuluh darah. Oleh itu, elemen dalam terung bertindak sebagai penampan kolestrol yang baik dalam tubuh. 

Tambahlah terung dengan lebih kerap dalam hidangan anda terutama apabila ada menu dari lemak haiwan sepeti daging, keju dan telur. Terung adalah penentang lipid yang berkesan. Banyak jenis terung diseluruh dunia. Anda boleh cuba menikmati kepelbagaian rasa terung-terung yang berlainan. Dengan teksturnya yang manis dan berlemak memang sangat menyelerakan.



Sayuran, Turun, Turunkan, Paras, Lemak, Sayur,, Alternatif, Petua



Bawang - Kaya dengan vitamin A, walaupun orang tak suka makan sebab nanti badan dan mulut berbau. Tetapi khasiatnya sangat penting dalam menurunkan paras kolestrol bahaya. Khasiat bawang membantu membuang timbunan lemak-lemak tepu yang dah berkurun lama melekat di sepanjang dinding arteri. 

Bawang putih pula apabila dimakan akan membantu menentang longgokan lemak dan membantu memecahkan plak kolestrol yang degil dan menghapuskanya terus dari badan. Karbohidrat semulajadi dalam bawang putih dan segala jenis bawang merah memberikan tenaga metabolisma yang sangat membantu dalam menguraikan timbunan kolestrol yang banyak dalam tubuh.

Bagusnya berkenaan bawang ni, bahan aktifnya tidak rosak oleh haba. Oleh itu anda boleh makan secara mentah seperti salad atau dimasak.


Petua Turunkan Kolestrol Disebalik Bawang Putih Dan Merah Yang Tak Ramai Orang Suka Makan



Lecitin - Lecitin biasanya diekstrak dari soya. Kandungan yang terpenting yang berguna kepada kesihatan manusia adalah phosphatidyl choline atau PC. Banyak kepentingan PC dalam tubuh manusia antaranya merupakan kandungan utama mitochondria iaitu kilang tenaga dalam sel-sel tubuh, yang mana bertindak membakar makanan menjadi tenaga. Jadi Choline membantu manusia membina tenaga dan menghilangkan kelesuan juga meningkatkan kecerdasan minda.

Apabila choline dalam badan kita mencukupi maka ia akan membakar lemak-lemak dengan jayanya. Oleh sebab itu Shaklee memperkenalkan Lechitin yang mana lecithin dalam produk Lecithinnya sangat pekat cukup untuk menampung keperluan harian manusia untuk meningkatkan metabolisma tubuh dan juga mengemulsi lemak-lemak degil yang dah bertempek lama dalam tubuh dan dibawa keluar melalui sistem perkumuhan.

Jika anda perasan sesiapa yang mengambil Lecithin Shaklee dalam jumlah yang betul. Anda akan perasan najis besar anda akan sedikit melekit. Itu tandanya lemak terbebas sekali dengan najis.

Peranan Choline Yang Mencairkan Lemak dan Mengusir Lemak Dari Tubuh



Protein Soya - Protein soya dalam ESP membantu kekal bertenaga a.k.a meningkatkan metabolisma, tiada kolestrol dan juga merendahkan paras kolestrol serta mengurangkan rasa lapar. Protein yang mencukupi membantu isipadu otot kembali mampat akibat daripada proses kehilangan liputan lemak sebelum ini. Jadi protein amat penting bagi sesiapa yang ingin menurunkan paras kolestrol dalam badan selain membantu tubuh menjadi lebih awet muda.


Tips Maintain Kolestrol Dengan ESP


Bagi orang yang pertama kali ingin mencuba regim pembersihan kolestrol secara serius anda perlu mengambil Alfalfa Complex. Alfalfa Complex membantu membuang toksin tepu dalam tubuh yangpmenghalang penyerapan vitamin dan mineral. Juga menyebabkan proses pembuangan kolestrol kelak kurang berkesan disebabkan sel-sel tubuh tidak cukup kuat untuk menjalankan prosesnya.

Selain daripada perlu seimbangkan dengan aktiviti bersenam, kadar kolestrol boleh dikawal melalui penawar-penawar makanan dan juga membantu mengekalkan kebersihan dan kelancaran arteri dan jantung kita. Bersama-sama menjaga kesihatan dan paras kolestrol demi orang-orang yang tersayang.




Shaklee Independent Distributor-ID: 882854
Atiqah Aziz
Whatsapps: 012-5770682
Facebook: Atiqah Aziz
Emel: atiqahaziz84@gmail.com

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry