Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Urus Masa Di Pagi Hari Bagi Ibu Berkerja

Sekarang ni ramai ibu yang rata-ratanya bekerja. Tak kiralah jawatan tu majistret ke, doktor ke, laywer ke, ahli muzik ke kebanyakkannya akan sibuk kalut-kalut nak ke tempat kerja. Bagi yang menyusukan anak lagi mencabar nak siapkan bekal susu ebm ke tempat jagaan harian.

Tapi macamana nak sempat buat semua tugasan tu sebelum pergi kerja? siapkan anak, pastikan rumah tak macam tongkang pecah sebelum pergi kerja, bawak bekal anak, sarapan pagi dan lain-lain urusan lagi.

Mula-mula kita kena buat eksperimen. Tak semua orang ada waktu yang sama. Kalau Kak Jemah boleh settle semua kerja dalam masa satu jam. Kak Ton mungkin perlukan 3jam. Apa yang penting cara kita kendalikan tugasan dan situasi harian.


Pertama, semua patrol dalam rumah termasuk General kena amik bahagian. Kalau General ni liat-liat sikit, ha yang ni kita kena rajin-rajin bangun solat tahajud dan hajat sikit doa lembutkan hati suami. 

Tiap kali lepas solat pun boleh doa. Selain secara tersurat whatsapp, sms ke pm ke pillow talk supaya mesej minta bantuan tu sampai ke hati dan otak general anda. Kalau kat telinga nanti boleh keluar balik ikut telinga lagi satu. hehe.

Memang serius tak boleh tak seorang ketua keluarga memang tak boleh jadi Raja Kapoor macam orang dulu-dulu. Jadi atas kreativiti isteri la nak gerakkan hati suami tolong isteri tu bagaimana sebenarnya. Lain orang lain cara. Ok tutup bab ni.

Next. Sebelum tidur pastikan anak-anak kemas apa yang diorang dah sepah-sepahkan. Latih diorang ni sedari kecil. Sebagai dorongan awal ibu bapa boleh tolong sama. Boleh juga buat game sambil bergelak ketawa siapa cepat kemas dapat full hugs. Contohlah.

Pastikan dioarangni lepas buat apa-apa letak kat tempatnya balik. Macam tuala, lepas makan pinggan letak kat sinki (bagi anak kecil), dah tadika boleh train basuh pinggan sendiri dah. Sediakan tong sampah khas untuk diorang buang sampah atau sisa-sisa makanan yang tumpah.

Main-main juga nak buat rumah macam kubu pertahanan pun boleh anytime, tapi disiplin tu perlu ada supaya anak-anak ni lebih bertanggungjawab, ada rasa kasihan pada ibu bapa dan menyenangkan ibu bapa kemudian hari. hehe. part ni saya suka.hehe.

Ok. Rumah dah teratur sebelum tidur walaupun tak kemas setiap masa (adat orang ada anak). Jadi suka hati mak-maklah. Asal kemas, bersih dan boleh solat dengan yakin.

Kalau rajin nak mop, lap dan sapu hari-hari pun boleh. Tak salah. Atau kalau tak larat, rumah sikit-sikit je habuk seminggu sekali pun boleh. Take it easy. Tak pun mintak tolong robot sapu rumah yang bulat-bulat tu (Tetiba lupa nama saintifik dia (*_*!!). Kat Lazada banyak yang murah-murah boleh ikut bajet.

Part rumah dah ok. Sebelum tidur, basuh baju dulu. Guna anak dara Jepun memang mudahkan kerja. Ada cloth dryer lagi satu bonus. hehe.

Sebelum tidur juga usahakan sepantas dan sesimple mungkin menu dan sediakan bahan basah untuk masak keesokkan harinya. Atau bagi yang selesa siapkan semuanya hujung minggu pun boleh.

Kelebihan orang perempuan ni boleh buat multitasking. Tapi kalau ada suami mintak tolong bantuan suami basuhkan botol-botol susu anak-anak. Lepas tu steril. Terima kasih kat sterilizer banyak mudahkan kerja saya.

Sebelum tidur juga tenggek nasi kat anak siap-siap bagi yang baby. Kalau takde slow cooker, guna rice cooker biasa pun boleh. Buat mode cook sampai nasi setengah masak lepas tu turn mode keep warm dan biar sampai pagi.

Kalau menu ayam atau daging boleh masak sekali masa tenggek nasi tu. Yang lain sediakan siap-siap dalam bekas lain simpan dalam fridge. Esok pagi campak dalam rice cooker tu dan tekan mode cook balik selama 5 minit. Lepas tu siap.

Biasanya saya ambil masa bila ditotalkan dalam sejam nak siapkan semua ni sebelum tidur. Biasalah ada anak kecik ni.  Tak boleh buat kerja terus menerus. Tambah-tambah bila encik suami kerja shift memang sorang-sorang la handle semuanya.

Walaupun start dari awal sampai rumah ni, tapi kena drag masa dan sambil layan karenah banyak cengkadak anak-anak ni. hehe. Yang nak nenen, berak, nak makan macam-macam, yang ajak sembang, yang menyibuk, yang ajak main. Full package.

Macam kawan saya dia sangat menghargai jasa periuk lunch box. Saya pun. Sangat best untuk multitask method cooking ni. Untuk anak besar atau keluarga boleh rancang menu yang boleh gunakan lunch box.

Sekarang ada 2 tier atau 3 tier. Untuk anak yang besar sikit saya selalu masak esok pagi. Sediakan bahan siap-siap sebelum tidur. Esok pagi sebelum solat subuh atau buat kerja lain sementara tunggu subuh campak je dalam lunch box. Lepas 15-20minit siap dah 2-3 hidangan. Mudahkan.

Lepas tu rancang sarapan pagi yang mudah dibuat macam sandwich, nasi goreng, pancake, cucur, spagetti, burger home made dan lain-lain. Biasanya saya sediakan juga sebelum esok pagi. Macam cucur dan pancake saya suka buat adunan untuk seminggu. Simpan dalam peti ais. Jadi kalau ada hari bangun lambat. Terus masak adunan ni bila kuali/minyak dah cukup panas.

Dengan cara ni dalam masa sejam legkap dengan pakej mandi, solat, buang air besar, tapau stok ebm untuk anak dan bekal-bekal mereka. Kemudian ada masa sikit susukan anak sebelum pergi kerja.

Aha, bab basuh pinggan lepas settel semua baru basuh pinggan atau basuh pinggal sambil buat kerja lain atau mintak tolong suami kesayangan. Sidai baju tu kita bagi tugas tu mutlak kat suami. Kalau suami takde sebelah pagi kita jemurlah atau pub sebelum tidur atau masa balik kerja. Sekali lagi take it easy.

Mudahkan. bab mandikan anak. Kalau boleh, anak yang dah masuk pra sekolah kita latih dia mandi sendiri. Insyaallah anak-anak bijak kita boleh buat sendiri. Belikanlah sabun mandian kegemaran dia untuk galakan dia mandi sendiri.

Kebaikan latih anak berdikari sedari awal, selain pupuk sifat disiplin dan bertanggungjawab dan cepat matang. Kita ada masa lebih untuk luangkan masa bersama anak-anak dan juga mengurangkan keletihan non stop kita.

Kadang-kadang sampai satu ketika kena ubah strategi juga. Ikut keadaan, kebosanan dan kesempatan yang ada. Apa yang penting setiap orang kena ada jadual yang disesuaikan dengan situasi keluarga anda. 

2 comments:

dorsett pink berkata... Reply Comment

nice tips... really useful.. nak Tanya, start anak umur brapa dah boleh latih die kemas mainan sendiri?

Atiqah Aziz berkata... Reply Comment

saya ajar dari masa umur setahun, atau boleh train dari awal lagi kalau tengok anak boleh faham arahan. Memanglah awal-awal tak kemas penuh habis pun, tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry