Protein biasanya dikaitkan dengan orang yang ingin membina otot, orang yang ingin berdiet dan juga sangat popular untuk orang yang menyusukan anak. Sebenarnya pengambilan protein penting untuk semua orang termasuk wanita dewasa.
Ada banyak jenis protein yang boleh diambil dalam pelbagai jenis makanan. Tetapi protein dari tumbuh-tumbuhan seperti kekacang dan juga ikan lebih baik dari protein haiwan seperti daging, dan telur kerana mengandungi kolestrol jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.
Protein sangat penting kepada tubuh kerana merupakan makronutrient bagi tubuh yang bermakna tubuh memerlukan jumlah protein yang besar untuk trillion sel-sel badan. Protein perlu diambil setiap hari kerana badan tidak menyimpannya dalam tubuh seperti lemak dan karbohidrat.
Protein sangat penting kepada tubuh kerana merupakan makronutrient bagi tubuh yang bermakna tubuh memerlukan jumlah protein yang besar untuk trillion sel-sel badan. Protein perlu diambil setiap hari kerana badan tidak menyimpannya dalam tubuh seperti lemak dan karbohidrat.
Kepentingan pengambilan protein yang secukupnya kepada wanita dapat membantu melambatkan penuaan kerana protein mengandungi 20 jenis asid amino yang membina otot. kuku, rambut, darah, organ, kulit, enzim, hormon dan lain-lain. Kunci untuk kekal awet muda adalah pengambilan yang konsisten setiap hari.
Protein juga penting untuk wanita dewasa hari ini kerana cenderung dengan masalah kolestrol seperti lelaki tanpa mengira kurus dan gemuk. Protein yang mencukupi membantu merendahkan paras kolestrol seterusnya membantu merendahkan risiko sakit jantung.
Protein tidak boleh disimpan dalam tubuh oleh itu, kaum wanita perlu mengambil makanan yang mengandungi protein setiap hari. Selain menurunkan paras kolestrol, protein juga penting untuk berat badan kerana protein membantu membakar lemak dan karbohidrat.
Selain itu, untuk mengelakkan osteoporosis yang mana sering terdedah kepada wanita yang telah melahirkan anak, wanita perlu mengambil kalsium dan protein secukupnya untuk membina tulang dan otot yang kuat.
Protein juga penting untuk mengurangkan risiko kanser usus, ovari dan juga membantu dalam melegakan wanita yang dalam proses pra-menopaus.
Selain pengambilan antioksidan yang membantu menganjalkan kulit, asid amino dalam protein soya juga membantu meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan keserian wajah, mempercepatkan proses penyembuhan luka kulit seperti jerawat dan mengurangkan kesan parut.
Tidak ketinggalan masalah pigmentasi atau jeragat sering menjadi keluhan wanita. Hal ini kerana kekurangan asid amino dalam tubuh yang tidak dapat menggantikan kulit yang mati. Sebab itu pengambilan protein yang konsisten dapat memudarkan jeragat dan seterusnya mampu menghilangkan jeragat.
Bagi ibu-ibu muda dan juga kepada para wanita, protein soya membantu memberikan tenaga tambahan dalam tempoh yang panjang. Selain meningkatkan tahap kesihatan tubuh, ESP juga membantu mengurangkan tekanan, imsomnia, migrain dan juga tekanan kepada wanita dan juga lelaki. Protein dari kekacang soya membantu meningkatkan kualiti memori.
Kekurangan protein menyebabkan:-
- Kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit
- Menimbulkan masalah lebihan air yang tinggi dalam badan
- Kehilangan kepejalan otot
- Rambut cepat beruban
- Kepada kanak-kanak sistem pertumbuhan akan terbantut
- Masalah penghadaman
- Masalah penghasilan darah
- Masalah penghasilan hormon
- dan bagi kekurangan protein yang teruk akan membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya menyebabkan kematian.
Salah satu sumber protein adalah soya. Di Shaklee, untuk supplement protein, Shaklee memilih bahan kacang soya dan menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Proses ini memastikan kacang soya bebas daripada perubahan genetik (Non-GMO) iaitu daripada pemilihan biji benih hingga kepada proses pengeluaran supplement ESP nya.
Hanya makanan yang tidak diubah secara genetik dan dijaga kualiti khasiatnya dari awal sampai akhir yang memberi khasiat bukan sedikit kepada tubuh manusia dan tidak langsung memberi kesan mudarat kepada tubuh walaupun dalam jangka panjang.
Ramai yang dah guna ESP Shaklee yang mengambil secara konsisten dan pengambilan yang betul memperolehi kesan kesihatan yang sangat bagus, baik dari tenaga, kulit, dan kesihatan dalaman.
Hanya makanan yang tidak diubah secara genetik dan dijaga kualiti khasiatnya dari awal sampai akhir yang memberi khasiat bukan sedikit kepada tubuh manusia dan tidak langsung memberi kesan mudarat kepada tubuh walaupun dalam jangka panjang.
Ramai yang dah guna ESP Shaklee yang mengambil secara konsisten dan pengambilan yang betul memperolehi kesan kesihatan yang sangat bagus, baik dari tenaga, kulit, dan kesihatan dalaman.
Untuk kesihatan wanita yang mantan dicadangkan anda mengambil ESP 2 hingga 3 kali sehari dengan setiap pengambilan 2 sudu besar (jika perut kosong). Anda boleh mencampurkan dengan Mealshakes dan juga Performance Drink untuk lebih bertenaga sepanjang hari.
Walaubagaimanapun cara minum ESP yang terbaik dan mendapat semua khasiat protein dalam ESP adalah hanya minum air bancuhan ESP tanpa dicampur apajua jenis minuman lain.
Shaklee Independent Distributor-ID: 882854
Atiqah Aziz
Whatsapps: 012-5770682
Facebook: Atiqah Aziz
Emel: atiqahaziz84@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan