Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Menyusukan Anak Sepenuhnya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Menyusukan Anak Sepenuhnya. Papar semua catatan

Pengalaman Pertama Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Pertama kali masa saya menyusukan anak iaitu anak sulung masa dalam labour room selepas melahirkan. Walaupun tak sampai 5 minit sebab ada komplikasi lain, tapi masa tu saya tak rasa geli. Tapi lihat matanya yang khusyuk tidur selepas dimandikan buat saya jatuh kasih. Ini anak saya. Saya mahukan yang terbaik buat dia.

Kemudian selepas itu, bila kena pam susu dalam bilik wad khas (lupa dah nama apa wad tu). Masa tu saya seorang je dan dengan bantuan nurse, pun tak rasa apa-apa, saya fikir, cukuplah anak minum susu saya 3 kali sehari. Eh, ingat perut orang dewasa ke?. Betapa zero nya saya masa tu, lain sangat bila dah ada anak sendiri depan mata berbanding kononnya dah penuh ilmu di dada bila membaca atau dengar pengalaman orang lain.

Masa pertama kali kena menyusukan anak depan suami pun maintain aje. Suami kita kan. Luar dalam dah tengok kitakan. Tapikan rasa satu perasaan sangat tenang, momen yang sangat manis walaupun sekejap, bila suami duduk sebelah kita buat pertama kali apabila saya menyusukan anak.

Pengalaman Setahun Genap Menyusukan Anak Kedua

Setahun Sudah Genap Menyusukan Abu Ayyub

Ahad lepas cukup setahun saya menyusukan Abu Ayyub. Kalaupun Adik tak boleh makan kek lagi (sebab mama tak bagi). Saya tetap nak buat acara potong kek kecil-kecilan. Kenapa?. Maksud tersiratnya, saya dah berjaya susukan Abu Ayyub sepenuhnya dengan susu badan saya. Tak tergambar dek kata-kata kepuasan seorang ibu menyusui anaknya.

Alhamdulillah, sepanjang setahun ni bekalan susu EBM yang saya pamkan untuk Abu Ayyub sentiasa lebih dari cukup. Deep freezer pulak kejap-kejap dah penuh. Siap ada dua orang anak susuan lagi. Dan kalau dicampur dengan yang anak susuan yang pertama, ada tiga orang semuanya. 

Cuma yang ketiga tu dah tak dapat nak ambil stok EBM sebab dah pindah ke Shah Alam dan memang jaranglah nak dapat datang ke sini. Sebab tiada saudara mara di Penang ni.



Fully, Full, Breastfeed, Breastfeeding, Susukan, Susu, Susui, Nenen, Minum, Banyak, Sepenuhnya,


Pengalaman Sepanjang Setahun Menyusukan Abu Ayyub

Pengalaman kedua pun, tapi setiap anak tu ada keunikkannya yang tersendiri. Pengalaman semasa menyusukan Yaya hingga dua tahun dan bersambung hingga kini lain, dan pengalaman menyusukan Abu Ayyub pula ada kelainannya. Yang pasti, dua-dua anak berikan pengalaman terhebat buat saya.

Nak cerita Adik minum susu badan banyak macam tanggapan orang yang bayi lelaki minum banyak tak juga. Adik minum 3.5oz setiap kali darab 4-5 botol selama duduk kat rumah Opah lebih kurang 11 jam lamanya. Itupun ada masa cepat habis, ada masa dekat sejam baru habis. Hehe

Set Kehamilan, Set Berpantang, Set Menyusu, Shaklee
Selepas Dilahirkan dengan berat 3.49kg
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry