Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Perlukah Jadual Kemas Rumah Bagi Ibu Yang Bekerja

Lain orang lain gayanya dalam memastikan rumah kemas dan bersih. Setuju tak kalau rumah tak kemas, bukan kata suami,  isteri pun rasa serabut jugakan. Rasa tak tenang walaupun duduk dalam rumah sendiri.

Bagi sesetengah orang tak perlu jadual pun nak kemas rumah ni. Tetapi dah jadi macam habit waktu sekian-sekian perlu mop lantai, basuh baju, basuh bilik air dan sebagainya lah.

Ada sesetengah orang juga perlukan jadual waktu untuk pastikan dia tak terbabas atau teralit buat apa-apa contoh menonton slot Akasia hingga terlupa nak gosok baju. Atau sibuk sangat melayan anak sampai lupa nak basuh baju setimbun.

Kalau tanya saya...


Cukuplah ada to-do-list untuk setiap hari. Jadual waktu saya adalah mengikut keadaan anak-anak sementelah diorang masih kecil dan banyak songeh lagi. hehe.

Contoh, selepas balik kerja dan sampai di rumah, perkara pertama yang wajib saya buat adalah simpan terus stok hasil perahan dari cooler bag ke dalam fridge. 

Ini adalah to-do-list saya selepas pengalaman beberapa kali terlupa simpan stok susu selepas pulang dari ofis. Dan yang sadisnya susu tu totally tak boleh guna langsung, dah berjam-jam lamanya sampai ice pack pun dah tak sejuk lagi.

Dah simpan stok perahan susu ibu dalam fridge. Pam biarkan dulu dlm cooler bag. Yang lain-lain perkara pun biar dulu. Tengok dan main dengan anak sebentar. Kalau anak perlu/mahu menyusu saya akan luangkan masa dalam setengah jam ke satu jam. Bergantung pada situasi mereka.

Bila diorang ni dah aman, tenang dan ralit bermain, jeng,jeng,jeng ini adalah masa secepat mungkin buat separuh to-do-list sambil menantikan waktu maghrib. Basuh pam, bekukan stok ebm, masak untuk makan malam, dan sebagainya. Masa ni dalam tempoh sejam kena speed buat segala-galanya.

Lepas tu stop kejap,  mandi dan solat maghrib, rehat-rehat kejap bagi anak menyusu balik lepas tu makan malam time. 

Lebih kurang macamtu lah jadual to-do-list saya. Buat sambil-sambil aja. Sebab ada hari yang waktu nak buat to-do-list ni kena anjakkan sikit. Ermmm, lebih kepada terlari-lari nak buat kerja lain bila anak teralit bermain atau tidur.

To-do-list untuk part time job jual produk Shaklee pun ada. Sebab buat dari rumahkan. Yang penting saya tak biarkan anak-anak semasa tengah berbisnes. Kena bijak gunakan masa dan pantas ambil kesempatan. Sebab tu juga suami restu saya buat bisnes Shaklee ni.

Jadi dengan bisnes Shaklee ni saya tak pernah biarkan anak-anak. Bahkan saya angkut diorang ke kelas-kelas offline Shaklee. (Suami pun pernah saya angkut juga). Begitu juga kawan-kawan iReach yang lain. Fokus tetap fokus masa kelas, layan anak tetap layan sambil beri diorang untuk explore dan bermain. Memang takde masalah.

Ada hari tertentu saya perlu hadiri kelas online dan saya boleh layan webinar sambil anak-anak bermain disekeliling saya. Sambil mata tetap awasi mereka dan menyusukan anak. Seronokkan.

Inilah konsep rumahku syurgaku yang betul. Biarkan anak-anak belajar explore dengan gembira bukannya larang dan larang mereka buat itu ini. Cuma tegur dengan cara yang betul (sebagai parent kita tahu cara tegur anak tanpa mereka tersentap sampai takut nak belajar/mencuba lagi). Ini rumah bukan penjara!

Dan perkara biasa sambil menyusukan anak atau anak main kat pangkuan atau kat keliling kita bila sedang pegang laptop atau handphone. Ini bukan stress buat saya. 

Biasanya waktu ini adalah waktu untuk saya. Tambah-tambah bila anak buat akal tak nak tidur awal. Yang penting anak-anak dah faham bila waktu perlu dan tak patut kacau mama dia. 

Biarkan. Nak main-mainlah masa ni. Saya terus sambung buat kerja (me time). Kalau diorang kacau tu adatlah orang ada anak. Tapi mata sentiasa awasi tak lupa kat diorang. Ni satu sebab lagi kenapa suami saya terus sokong buat bisnes jual produk Shaklee. 

Anak-anak tetap keutamaan begitu juga dengan suami dan rumahtangga. Sedikit disiplin dan bantuan pertolongan dari anak-anak dan suami banyak bantu saya buat kerja sambil-sambil. Asalkan semua to-do-list dipenuhi.  


Shaklee Independent Distributor-ID: 882854
Atiqah Aziz
Whatsapps: 012-5770682
Facebook: Atiqah Aziz
Emel: atiqahaziz84@gmail.com

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry