Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Produk Susu Soya Shaklee Sebabkan Kanser?

Walaupun dah 100 tahun produk Shaklee ada kat muka bumi ni, tapi masih ada yang meragui dan takut nak cuba produk susu soya Shaklee. Katanya sebabkan kanser dan juga tak elok kalau ambil banyak-banyak. Ya ke?

Pertama sekali, Dr. Shaklee adalah merupakan pelopor/pencipta supplement. Dan Dr. Shaklee merupaka antara orang terawal yang kaji tentang kacang soya. Selama 30 tahun produknya yang berasaskan kacang soya dibasuh dengan air sejuk.

Dan berpuluh tahun sebelum orang sedar yang kacang soya boleh yang kacang soya boleh sebabkan keracunan, dia dah tahu lama dah.



Bagaimana kacang soya boleh sebabkan keracunan? 

Adalah dari segi pemprosesannya. Orang asia terutama orang cina paling banyak makan makanan berasaskan soya ni. Lagipun asal usul soya adalah dari asia. Dan mereka tahu cara terbaik makan hasil soya ni.

Kacang soya mengandungi bahan anti-thyroid. Dan apabila kita memasak kacang soya, kita telah mengubah bahan asid amino dalam soya menjadi bahan bertoksik. Dr. Shaklee pula, telah mengasingkan protein dari kacang soya mentah dan membuang enzim yang menghasilkan bahan anti-thyroid.

Dan untuk mengekalkan khasiat protein ESP, anda digalakkan minum bancuhan ESP dengan air sejuk atau air bersuhu bilik atau air suam sahaja. Kerana asid amino dan juga isolflavones yang terkandung dalam kacang soya sebenarnya terlalu sensitif dengan suhu pemanasan. Akibatnya khasiat soya akan melebur begitu sahaja.

Sebenarnya terdapat lebih 1500 kajian positif yang menunjukkan kelebihan soya berbanding hanya 12 dari 20 kajian negatif yang menunjukkan apabila anda mengubah struktur asal soya, anda tak akan dapat khasiat soya sebaliknya hanya semata-mata ekstrak soya.

Dan sebelum kajian-kajian ini dibuat. Dr. Shaklee dah lama tahu perbezaan untuk menghasilkan ekstrak kacang soya yang selamat dan terbaik untuk kesihatan manusia. Sebab diakan orang terawal yang kaji pasal kacang soya.

Beliau menggunakan teknik pengekstratan air sejuk untuk menghasilkan soya yang paling bagus dengan semua khasiat kacang soya terkandung di dalamnya seperti pyhtoestrogens yang mana membantu mencegah kanser payudara dan juga kanser prostat.

Hanya Shaklee yang sanggup menggunakan teknik yang mahal ini demi kebaikan kesihatan manusia. Sebab itu, Hanya Shaklee juga yang sanggup melaburkan sebanyak 500 juta USD setiap tahun untuk mengkaji dan menghasilkan produk yang bermutum selamat dan berkesan.

Buat apa Shaklee laburkan begitu banyak duit kalau saintis Shaklee masih mahu menggunakan bahan-bahan beracun yang bakal mengancam nyawa manusiakan.


Bagaimana dengan desas-desus yang menyatakan soya menyebabkan kanser?

Banyak pengeluar kacang soya mahu menjimatkan perbelanjaan dalam penghasilan produk kacang soya telah membasuh kacang soya dengan menggunakan alkohol. Cara ini adalah paling murah dan mudah. 

Sebenarnya, cara ini telah memusnahkan 88% kandungan isoflavones dalam soya yang membantu mencegah kanser payudara, prostat, paru-paru dan juga kanser usus. Selain itu, kepentingan isoflavones adalah menyeimbangkan hormon dan juga meningkatkan kepadatan tulang. 

Kaedah memasak soya juga akan mengaktifkan bahan toksid anti-thyrosine/anti-growth. Sebab itu, orang asia hanya masak sekejap dengan suhu yang rendah sahaja untuk memastikan anty-thyrosine tidak aktif. Kekurangan tyrosine menyebabkan masalah tekanan darah rendah, suhu badan rendah dan sindrom kaki cepat sakit/letih. 

Tapi protein soya Shaklee tidak mengandungi bahan toksik ini kerana telah diasingkan melalui proses IPP iaitu Identity Preserved Program. Di mana proses ini memastikan kacang soya keluaran Shaklee bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada biji benih hingga kepada pengeluarannya.

Kacang soya akan menyebabkan sel-sel kanser reaktif apabila:




  1. Produk kacang soya yang dimasak terlalu lama akan mewujudkan sebatian "carcinogenic" yang menyebabkan kanser
  2. Apabila kacang soya dipanggang haba akan menukarkan lemak tumbuhan soya kepada trans-fatty acid yang menyebabkan kanser dan serangan jantung. Apabila kacang soya ini disimpan untuk tempoh yang lama, minyak yang terhasil akan menjadi lebih tengik dan "carcinogenic"
  3. Menggunakan kacang soya yang tidak ditanam secara organik di mana racun rumpai bernitrat  yang dipanggil Round-up digunakan untuk memastikan proses pertumbuhan kacang soya tidak diganggu oleh haiwan perosak. Sebenarnya racun perosak inilah yang menyebabkan kanser.
Jadi sebenarnya desas-desus itu adalah salah untuk produk susu soya keluaran Shaklee. Shaklee merupakan syarikat pengeluar yang sangat bertanggungjawab di mana lebih 80,000 ujian termasuk ujian klinikal diadakan setiap tahun, untuk memastikan tahap keselamatan, keberkesanan dan terjamin setiap masa pada produk-produk yang bakal dihasilkan dan juga yang telah dihasilkan.

Dan ujian-ujian klinikal itu sangat mahal harganya, hanya Shaklee yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang begitu besar. Sebab itu harga produk yang Shaklee tawarkan sangat berbaloi dengan kualiti dan kuantiti khasiat yang tubuh manusia perlukan.

Kacang soya memang merupakan phyto-estrogen yang mana mengandungi bahan yang menyerupai komponen seperti hormon. Tetapi kekuatan estrogen ini adalah 1/1000th daripada kekuatan estrogen manusia. Phyto-estrogen soya yang lemah ini akan menyekat reseptor estrogen daripada menerima estrogen tubuh manusia yang lebih kuat dan seterusnya sangat berkuasa melindungi estrogen daripada menyebabkan sel-sel kanser bermutasi.

Ada banyak bahan makanan mentah di dunia yang kalau tidak kena proses pemprosesannya akan menyebabkan keracunan. Dan juga walaupun sesuatu makanan itu selamat, tapi cara penyediaan, memasak dan alatan bekas yang digunakan pun boleh sebabkan keracunan juga. Jadi hati-hatilah.


Shaklee Independent Distributor - 882854
Atiqah Aziz
012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com


Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry