Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Kekurangan Protein Juga Penyebab Tinggi Kolestrol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekurangan Protein Juga Penyebab Tinggi Kolestrol. Papar semua catatan

Tau Tak Kenapa Protein Sangat Penting Kepada Wanita

Protein biasanya dikaitkan dengan orang yang ingin membina otot, orang yang ingin berdiet dan juga sangat popular untuk orang yang menyusukan anak. Sebenarnya pengambilan protein penting untuk semua orang termasuk wanita dewasa. 

Ada banyak jenis protein yang boleh diambil dalam pelbagai jenis makanan. Tetapi protein dari tumbuh-tumbuhan seperti kekacang dan juga ikan lebih baik dari protein haiwan seperti daging, dan telur kerana mengandungi kolestrol jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

Protein sangat penting kepada tubuh kerana merupakan makronutrient bagi tubuh yang bermakna tubuh memerlukan jumlah protein yang besar untuk trillion sel-sel badan. Protein perlu diambil setiap hari kerana badan tidak menyimpannya dalam tubuh seperti lemak dan karbohidrat.

Kepentingan pengambilan protein yang secukupnya kepada wanita dapat membantu melambatkan penuaan kerana protein mengandungi 20 jenis asid amino yang membina otot. kuku, rambut, darah, organ, kulit, enzim, hormon dan lain-lain. Kunci untuk kekal awet muda adalah pengambilan yang konsisten setiap hari.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry