Kurangkan Masalah Muka Berminyak Dengan Nutriwhite Shaklee
Mesti anda pun ada mengalami masalah muka berminyak. Bangun pagi tu usah cakapla, rasa melekit je muka. Tengok kat cermin lagila. Berkilat.
Bila muka berminyak ni, sekitar wajah rasa tak selesa, kurang keyakinan diri dan populasi jerawat mulalah bercambah di sana sini. Tambahan tubuh kita dalam keadaann "stress", kurang tidur, corak pemakanan yang tak bagus dan sebagainya.
Saya juga begitu. Masalah muka berminyak ni bukanlah perkara lama sedari anak dara. Tapi bermula setelah berkahwin. Bila dah berkahwin "vitamin G" mula terlebih dalam badan itu yang hormon jadi tak teratur. Muka yang tak de masalah, jadi berjerawat sana sini dan berminyak.
Sampailah saya tergerak hati mencuba produk Nutriwhite Shaklee. Alhamdulillah, masalah muka berminyak dan berjerawat kini beransur kurang. Sejak saya menggunakan Gentle Action Makeup Remover Shaklee kini muka saya rasa selesa ringan dan kurang berminyak. Kalau kering sanga menggelupas pulak kulit saya ni (dahla keja dalam air-cond).
Apa yang menariknya, nama set penjagaan wajah shaklee ni, NutriWhite, walaupun ada perkataan "white", tapi set penjagaan shaklee ini tidak menghakiskan kulit sehingga kulit muka menjadi lebih sensitif di kemudian hari. Agen pencerahan bertindak secara lembut saja dan anda akan dapati tona wajah anda lebih sekata dan lebih cerah berbanding sebelum ni.
Set Penjagaan Wajah Shaklee - NutriWhite
NutriWhite telah dicipta terutama untuk anda berdasarkan kepada pengalaman anda bahawa sains adalah yang paling cantik apabila seimbang dengan alam semula jadi. 16 ekstrak tumbuhan telah dipilih dengan teliti dari seluruh dunia untuk keupayaan untuk memutihkan dan membawa cahaya muda untuk kulit anda. Bersama-sama dengan campuran eksklusif kami bahan-bahan botani, paten tertunda WhiteN-16 TM, meningkatkan kecerahan kulit anda dan seri untuk semula jadi, kulit sempurna sepanjang tahun.
Ok,Bagaimana Gentle Action Makeup Remover Shaklee ni bertindak?
Gentle Action Makeup Remover Shaklee mengandungi ekstrak nutrien campuran tumbuhan semula jadi terutama untuk penjagaan kulit wanita Asia.
Gentle Action Makeup Remover shaklee ini bertindak secara lembut dan teliti membuang solekan dari muka anda tanpa meninggalkan minyak walaupun selepas disentuh.
Gentle Action Makeup Remover Shaklee juga:
- Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
- Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
- Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
Ramuan Gentle Action Makeup Remover
Kalau sebelum ini, muka saya sangat sensitif, tak boleh pakai sebarang produk penjagaan wajah (mesti naik jerawat, merah-merah dan sebagainya), alat solek lagi la sensitif (walaupun saya bukan suka bersolek), kini saya boleh guna set penjagaan NutriWhite Shaklee yang sesuai dengan muka saya. Kini saya dah tak takut-takut nak guna "compact powder" lagi.
Walaupun waktu cuti, muka tak bersolek tapi saya tetap gunakan pencuci muka Gentle Action Makeup Remover ni, untuk buangkan daki-daki, lebihan minyak pada wajah. Gentle Action Makeup Remover bukan sekadar untuk bersihkan sisa solekan sahaja ^__^.
Satu botol pencuci muka Gentle Action Makeup Remover ni boleh jimat hampir setahun. Sudah guna gentle action makeup remover ni tak perlu nak ulang guna Gentle Deep Foaming Cleanser pula. Memadai pencuci muka Gentle Deep Foaming Cleanser digunakan semasa waktu pagi sahaja.
0 comments:
Catat Ulasan