Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Emak ku dan Diabetes

Emak ku dan Diabetes


Emak saya ni asalnya masa anak dara memang la slim kecil molek jadi intaian setiap lelaki..tu dulu masa anak dara. Bila anak dah empat orang emak jadi berisi sikit. Tapi tak obesiti. Saya suke tengok mak saya macam tu..nampak sihat je, kulit cekang, badan cergas je.
Kemudian hari demi hari, tahun berganti tahun, saya tak perasan perubahan mak. Tapi mak selalu keletihan. Dia akan tertidur kat mana-mana je yang dia duduk atau baring. kalau tgh landing kat atas lantai tu kat situ la dia tidur, kalau tgh bersandar kat dinding kat situ la dia tidur..kalau kat kerusi kat situ la dia tidur. Sampai jiran yang selalu datang rumah (dah macam adik mak pulak asyik berulang ke rumah kami), tegur "kenapa tak gerak mak tidur kat dalam bilik?". Ingat saya ni teruk sangat ke?. Bukan tak nak gerak mak, tapi tengok mak macam letih sangat, daaaaannnnn.....kalau kami adik beradik kejutkan dan suruh dia tidur kat sofa or dalam bilik sureeenya dia tak nakkkk. Sebabnya bila dia bangun automatik dia akan buat segala kerja. Bukannya kami tak tolong mak buat kerja rumah ye tapi mak memang suke buat sendiri..ada je keje yang nak dibuatnya.

Satu hari, mak tunjuk kaki mak de parut-parut luka..lambat sembuh..jadi tompok hitam-hitam..Saya belek-belek..saya bagitau, macam tanda-tanda kencing manis. Tambah pulak mak cakap dia kerap dahaga, dan suka minum air ais je..memang dari dulu mak suke minum air ais yang manis-manis. kalo air kosong pun mesti berais, tak pernah mak minum air masak melainkan kalau terpaksa. Lagi satu mak kalau buat air memang manis sangat. Macam lori gula jatuh dalam jag..Bukan nak mengata mak saya ye. Ni perumpaan tau. Saya bagitau mak pergi la klinik takut melarat tapi mak tak nak..saya tau mak takut, tapi tak boleh paksa mak.

Kemudian masa saya sambung belajar saya perasan mak makin kurus, tapi saya tak syak sangat sebab mak ambil ubat diet sama, brand apa jangan tanya saya. saya pun tak ingat dah. Lepas habis belajar saya dah mula bekerja, masa tu dah tak duduk dengan keluarga, duduk jauh dari mak. Satu hari mak bagi tau, mak pegi klinik doktor bagitau mak ada kencing manis. dan doktor star bagi ubat berlambak-lambak kat mak ada dalam 10 jenis kot. Tapi mak selalu skip makan ubat tu. Bila tarikh temujanji doktor dah dekat baru mak disiplin makan ubat. Dan mak teruskan dengan kegemaran dia minum air manis, makan makanan rapu, makanan yang manis-manis.

Saya nak syorkan ubat sembarangan kat emak pun tak berani sebab tengok cara pemakanan dia, memang tak jaga langsung, walau dah berbuih kami tegur mak..Kadang-kadang saya rasa macam tegur budak kecik je. Mak pernah masuk hospital sebab kencing manis dia. Tapi tak serik-serik dengan kegemaran dia. Dia tetap makan dan minum apa yang dia suka. Emak oh Emak!!

Sehinggalah satu hari saya diperkenalkan dengan Shaklee dan saya pun dah guna supplement shaklee (breastfeeding set) berbulan-bulan dan saya rasai kesan perbezaannya. Saya guna set breastfeeding yang mampu milik je masa tu, sebab nak jimat belanja bulanan. Sampai la Alfalfa Complex saya berbaki banyak. Takkan nak buang, saya bagi mak saya, saya cakap mak ni supplement, bukan ubat, mahal ni saya beli..dengar je mahal dia tak buang la ubat saya tu..Sebab nenek saya bagitau kat mak saya dia buat macam tu ubat-ubat kencing manis yang makcik-makcik belikan.. So, bila makcik-makcik tanya dia cakap dia makan, tapi tak makan sebenarnya, dia buang.. So, saya takut mak buat macam tu saya bagitau la mahal, biar dia kesian kat saya kumpul duit beli supplement kat dia.

Kemudian saya bagi mak Set A (basic health). Set mampu milik jugak la..Sebab itu yang mampu saya bagi pada mak dan saya pun masih gunakan set mampu milik jugak. Sebab mak dah takde selera makan dan dia sangat suka makan makanan tak berkhasiat, berselera je..Siapa yang tak susah hatikan. Hari-hari saya call tanya mak makan tak supplement hari ni?..tanya pagi ni makan vitamin bentuk ape kaler ape, tengahhari, petang pulak macammana sebab malam mak kena makan ubat hospital. 

Kemudian saya tambah kat mak saya ostematrix (kalsium). Risau mak kurang kalsium. Bukan tak teringin belikan mak ESP dan Mealshake. Tapi mesti mak tak minum, sebab kurang manis.. Sebelum ni saya belikan susu khas untuk diabetes, tersadai 3-4 bulan kat kabinet dapur, tak terusik..bila saya balik kampung baru dia minum depan saya nak jaga hati saya. Emak oh emak!!

Saya cakap mak kene minum air masak 8 gelas sehari walaupun sebenarnya kene minum tak kurang 8 liter sehari. Sebab saya kena ajar mak perlahan-lahan secara lembut. Saya bagitau sian buah pinggang mak. Mak dahla makan tak pantang, makan supplement, makan ubat..bla bla..bagi reason yang buat dia cair hati, usahakan minum 8 gelas sehari. Hari-hari saya call dan ALhamdulillah ada perubahan positif, mak makan supplement yang saya bagi ikut aturan, minum air masak 8 gelas sehari. Nanti perlahan-lahan saya bagitau mak kene upgrade minum air masak 3 liter sehari. hehe. 

Mak siap bagitau doktor ada bagi ubat untuk makan lepas sarapan tapi mak tak suka, mak jadi ngantuk sangat tak boleh buat keje. So mak tak makan ubat doktor tu, dia lebih suka makan supplement yang saya bagi. sebelah malam je baru dia makan ubat doktor yang memang kena makan sebelah malam. Sekarang, ubat-ubat yang doktor bekalkan kat mak dah berkurang dari 10 jenis tinggal 6 jenis.. Kencing manis dia pun makin stabil. dan harap-harap makin menurun dan mak makin disiplin dalam pemakanan dia. Amin.


SET A (BASIC / OPTIMUM HEALTH)

SUDAH TENTU OSTEMATRIX KESAYANGAN
SAYA, EMAK & RAMAI LAGI^__^

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Hubungi saya, Atiqah Aziz di 012-5770682 atau emel ke atiqahaziz84@gmail.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.

Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry