Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Nak Tahu Bila Stok EBM Expired


Nak Tahu Bila Stok EBM Expired

Cara simpan susu perahan dah tau. Sekarang saya sahaja nak beritahu lagi tentang ketahanan stok EBM yang telah anda pam atau perah dalam bermacam-macam keadaan.


Ketahanan atau Expiry Susu Ibu

1. Selepas pam apabila diletakkan pada suhu bilik (tidak diminum) tahan sehingga 4 jam

2. Selepas di pam dan terus bagi anak minum tahan 1 jam

3. Susu ibu yang dah disejukkan dalam peti ais kemudian dipanaskan sama ada beri atau tidak pada anak untuk diminum tahan selama 1 jam

4. Selepas pam simpan dalam peti sejuk bahagian bawah (bukan beku), susu tahan 3-5 hari bergantung pada pelarasan suhu peti ais anda.

5. Susu beku apabila disimpan di bahagian beku peti ais 2 pintu tahan selama 3 bulan
6. Susu beku yang disimpan di bahagian beku peti ais 1 pintu tahan 14 hari sahaja,

7. Susu beku yang disimpan dalam deep freezer atau up right freezer tahan sehingga 6 bulan

8. Susu beku yang telah dicairkan dan disejukkan di peti sejuk bahagian bawah dan belum dipanaskan tahan selama 24 jam

9. Susu beku yang sudah dicairkan kemudian dipanaskan sama ada sudah diminum atau belum diminum (dalam warmer atau rendaman air panas sahaja) tahan selama 1 jam sahaja.

10. Susu beku yang telah dicairkan sepenuhnya tidak boleh dibekukan kembali kerana susu yang dicairkan setelah dua kali pembekuan tidak lagi terkandung antibodi

11. Susu beku yang mencair sedikit tetapi masih ada ais atau belum melebihi 50% cair boleh dibekukan semula dengan syarat belum dipanaskan.



Cara Cairkan EBM atau Susu Beku

1. Lalukan air paip pada sekeliling botol sehingga susu mencair kemudian panaskan atau simpan semula dalam peti sejuk bahagian bawah

2. Jangan rendam dalam air biasa dan dibiarkan pada suhu bilik kerana suhu sejuk susu ibu akan menurun dengan cepat

3. Bawa susu beku ke bahagian peti sejuk bawah sebelum anda tidur. Susu akan mencair dan kekal sejuk apabila anda bangun keesokkan paginya

4. Sekiranya anda terlupa untuk menurukan susu beku ke peti sejuk bahagian bawah, dan kesuntukan waktu, anda boleh lalukan dan pusing-pusingkan susu beku tersebut seketika dibawah air paip sehingga nampak tanda-tanda susu mencair. Kemudian letak botol/pek susu beku yang mula mencair sedikit itu kedalam bekas berisi air dan simpan semula dalam peti sejuk bahagian bawah seketika. Sambil tunggu susu ibu mencair anda boleh lakukan tugas-tugas lain.



0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry