4 Day Rules Perkenalkan Makanan Pepejal Pada Bayi
Asyik cerita pasal air susu ibu je. Hari ni nak tukar topik sikit. Nak cerita pasal pemberian makanan pepejal pada bayi berumur 6 bulan ke atas. Motif; nak share tips sebab Abu Ayyub pun dah start solid food masa umur dia genap 6 bulan (ikut tarikh lahir)
4 day rules ni memudahkan ibu mengenalpasti makanan yang sesuai untuk si manja anda. Kita boleh kenal pasti makanan yang menimbulkan kesan alergi termasuk eczema, cirit-birit, sembelit, kembung/angin, hyperactive, kelihatan lesu, muka merah kemerahan, hidung berair, alergi kepada cahaya (mata hitam), ruam kulit, ruam di sekeliling mulut atau dubur dan sebagainya.
Sebelum tu kita perhatikan tanda-tanda bayi kita dah bersedia untuk menerima makanan pepejal pertama bayi. Antaranya:
- Bayi boleh duduk sendiri
- Bayi kelihatan berminat melihat makanan
- Bayi boleh menggenggam barang dengan baik
- Bayi mungkin sudah tumbuh gigi ketika berumur 6 bulan
- dan sebagainya. Hanya naluri ibu yang tahu bila bayi mereka bersedia untuk makan.
Kemudian kita kena tahu pula makanan berisiko menimbulkan kesan alergi pada bayi.
Contoh antara makanan yang tinggi alergi untuk bayi adalah:
- Kekacang
- Putih telur
- Susu tenusu
- Tree nuts
- Ikan
- Kerang-kerangan
- Soya
- Gandum
Makanan Bayi Yang Rendah Alergi Adalah Seperti:
- Apple
- Aprikot
- Avokado
- Barli
- Beets
- Brokoli
- Beras Perang
- Carrot
- Bunga Kobis
- Ayam
- Cranberries
- Kurma
- Anggur
- Daging Kambing
- Lettuce
- Mangga
- Oat
- Betik
- Peach
- Pear
- Kismis
- Minyak Bunga Matahari
- Ikan Salmon
- Labu
- Keledek
- Ayam belanda
Tapi bukan semua makanan rendah alergi ni boleh diberi pada bayi sebaik sahaja dia berusia 6 bulan. Sebab sistem penghadaman bayi tidak matang lagi sebaik sahaja dilahirkan. Sehingga berumur 6 bulan hanya susu ibu (manusia) sahaja yang sesuai dengan penghadaman bayi. Kesannya adalah dalam jangka masa panjang seperti kebanyakkan penyakit yang sebenarnya bermula dari perut, sistem imun yang lemah dan juga mudah mendapat alahan.
Berikut adalah contoh makanan yang sesuai untuk diberi pada bayi mengikut pertambahan umurnya.
Bila kita cuba beri 1 jenis makanan yang sama dalam masa 4 hari baru kita nampak keserasian penerimaan tubuh bayi dengan puri makanan yang diberi. Portion makanan untuk bayi adalah dalam 1-3 sudu makan dewasa. Tapi kita bagi pada bayi guna sudu bayilah. Macam untuk Abu Ayyub saya beri melalui botol susu yang disertakan sudu sekali tu. Mudah!
Macam Abu Ayyub, perut dia sembelit bila diberi makan puree avokado. Huhu. Bila buang air besar keluar sekali tekstur puri buah avokado tu. Paling dia suka dan sesuai dengan perut dia adalah puri barli. Pisang pula pun macam tak sesuai dengan dia. Bayi eczema pula T__T.
Mula-mula berbalah sedikitlah pasal isu makanan bayi ni dengan suami. Yela, bukan semua orang jelas pasal cara beri makan bayi yang betul. Tapi bila beri penerangan dan rajah makanan untuk bayi ni baru dia faham. Suami saya memang boleh terima ilmu baru. Cuma kena yakinkan dialah. Saya takde talent jadi cikgu untuk murid tua, jadi ambil masa nak bagi dia faham. Hehehe.
Macam Yaya dulu walaupun saya masakkan untuk dia sepenuhnya segala jenis menu makanan yang dia makan seharian tetapi tetap ada silapnya. Biasalah pengalaman pertama jadi ibu. hehe. Jadi saya ambil iktibar dari kesilapan lalu.
Tapi sehingga 9 bulan pemberian susu badan adalah menu utama dalam jadual makanannya. Ingat tu ya. Lagi satu, seelok-eloknya mulakan makanan yang mudah di hadam kerana perut bayi hanya benar-benar matang selepas bayi berumur 9 bulan. Jadi puri makanan dari sumber bijian dan berkanji seperti nasi lambat dihadam oleh perut bayi dan mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan dan kesan alergi pada bayi anda.
Seeloknya mulakan dengan pemberian makanan puri dari sayuran dan buah-buahan yang sesuai untuk bayi 6 bulan dahulu. Biarkan mereka mengenali rasa manis, masam dan rasa berlemak tumbuhan semulajadi. Ingat, bayi berusia bawah satu tahun tidak memerlukan garam, gula dan serbuk perasa ye. Biarkan mereka kenal rasa sebenar makanan semulajadi.
Perkara biasa apabila melihat reaksi bayi yang seakan-akan buat muka pelik apabila merasa makanan atau menu puri yang berlainan pada kali pertama. Ianya adalah reaksi biasa bagi semua manusia yang belajar perkara baru. Jangan paksa bayi habiskan makanannya kerana dia baru belajar perkara baru, Cuba lagi di lain kali.
0 comments:
Catat Ulasan