Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Menyimpan Susu Ibu Yang Telah DiPam

Cara Menyimpan Susu Ibu Yang Telah DiPam


Ada banyak cara menyimpan susu perahan. Tetapi hari ini, Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bersama para ibu yang berjuang untuk menyusukan bayi masing-masing. Syabas atas usaha murni anda itu.


Cara Menyimpan Susu Ibu Yang Telah di Pam Sewaktu Bekerja

Ada tempat bekerja yang menyediakan peti sejuk untuk kemudahan para pekerjanya. Bagi tempat kerja yang tidak dilengkapi dengan pantry atau peti sejuk, kini anda boleh menyediakannya sendiri dari rumah. Ketika bekerja, anda memerlukan:

  • 1 cooler bag atau cooler box yang boleh memuatkan 3-4 keping ice pack/ice brick, corong pam, dan juga 4-8 botol perahan
  • 3-4 keping ice pack bergantung pada berapa botol yang ingin anda bawa
  • atau 1-2 keping ice brick bergantung pada berapa botol yangi ngin anda bawa
  • Sebarang jenis pam yang mampu anda miliki
  • 4-6 botol susu yang dilengkapi dengan penutup botol

Di mana nak cari peralatan-peralatan mengepam ini?. Anda boleh dapatkannya dikedai-kedai menjual barangan bayi atau pun membeli belah secara online. Antara kedai-kedai yang menjual secara online adalah onebabyworld.com dan fabulousmom.com. Ada banyak pilihan barang mengikut citarasa dan bajet anda.

Untuk menjimatkan masa dan supaya kita dapat mengekalkan momentum "rajin" mengepam apabila berjauhan dengan anak selama dua tahun tempoh penyusuan, ini adalah cara saya:


1. Pasangkan corong pam dengan membran siap-siap dari rumah

2. Pasangkan botol-botol kosong dengan penutup siap-siap dari rumah dan letakkan sekali dalam cooler box atau cooler bag beserta ice pack/ice brick dan juga corong pam anda.

3. Jika menggunakan pam tangan atau pun menggunakan teknik marmet, perahlah selama 10 minit bagi setiap payudara. Dan sekiranya anda kesuntukan waktu, memadai anda mengepam selama 5 minit bagi setiap payudara. Bagi yang menggunakan double pam. Pam selama 10 minit secara serentak atau 5 minit sekiranya anda kesuntukan waktu. Jika ada masa, selepas mengepam, guna teknik marmet untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Jika kesuntukan waktu memadai perah 1-3 minit sahaja sehingga anda puas hati susu badan habis dikeluarkan.

(Asalkan anda disiplin mengepam setiap 3 jam sekali, insyaallah, pengeluaran susu tidak terjejas)

4. Selepas pam, corong tersebut tidak perlu dibuka ceraian-ceraiannya atau dibilas sebaliknya simpan terus dalam bekas bertutup atau plastik bersih dan simpan sekali dalam cooler box atau cooler bag. Jadi tiada masalah pencemaran dan tidak bersih.

5. Untuk, sesi mengepam seterusnya anda hanya ambil botol kosong yang lain dan pasangkan pada corong tersebut dan mula mengepam. 

4. Susu tersebut selepas dipam, terus simpan dalam cooler box atau cooler bag.


Mudah bukan. Jimat masa, anda tak perlu pening kepala nak ingat banyak step!!



0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry