Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Kisah Kejayaan Ibu Bekerjaya Berjaya Exclusive Breastfeed Bayi

Kisah Kejayaan Ibu Bekerjaya Berjaya Exclusive Breastfeed Bayi



Target nak exclusive breastfeeding bayi lelaki hingga 6 bulan terlaksana. Berjaya juga saya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu tanpa campur dengan susu formula.

Sekarang Abu Ayyub telah diperkenalkan dengan makanan pejal. Tetapi susu ibu masih sumber makanan bayi saya. Setiap hari saya bekalkan stok ebm cair sebanyak 6 botol seperti biasa.

Akhirnya saya berjaya buktikan yang ada bayi lelaki tak semestinya ibu jadi tak cukup stok susu. 

Dengan ilmu, teknik penyusuan yang betul, pemakanan, supplement, semangat dan disiplin yang tinggi pasti semua ibu menyusukan bayi lelaki juga boleh berjaya susukan anak sepenuhnya seperti saya.

Macamana banyakkan susu badan? Mudah saja! Kerapkan pam/direct feeding. Hasil susu ibu takkan banyak kalau kita kurang mengeluarkan susu walaupun kita makan makanan tambahan yang termahal sekali.

Bayi menyusu dalam jangka masa lama bukan pettanda bagus. Sebaliknya bayi perlu menyusu badan dengan kerap antara 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.

Oh banyaknya saya nak kongsikan kisah penyusuan badan saya dengan pembaca semua. Jumpa di lain entry pula untuk dapatkan petua banyakkan susu badan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry