Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Menyimpan Susu Perahan Di Rumah


Cara Menyimpan Susu Perahan Di Rumah

Waktu cuti ataupun di malam hari kita perlu memerah susu sebagai cara untuk stimulasi penghasilan susu badan. Cara ini juga untuk membantu memperbanyakkan penghasilan susu ibu.

Oleh kerana kebanyakan kita hanya memiliki satu peti ais yang perlu dikongsi seisi keluarga bermakna ada bermacam-macam jenis barang makanan dalam peti ais. Macamana kita nak simpan susu-susu yang telah diperah ini?:

1. Kosongkan 1 para dalam peti sejuk untuk kegunaan menyimpan susu ibu sahaja.

2. Untuk mengelakkan susu daripada tumpah atau memelihara kebersihan susu ibu, simpan botol-botol susu anda dalam bekas kedap udara kemudian letak di para peti sejuk tersebut.

3. Untuk memudahkan anda mengepam bila-bila masa, selepas botol-botol, corong-corong pam disteril dan dikeringkan simpan dalam bekas kedap udara yang lain dan juga simpan di para yang anda khaskan untuk sejukkan hasil perahan susu ibu itu.

4. Anda boleh guna-pakai semula corong pam seperti dalam step 4 dan 5 Cara Menyimpan Susu Ibu Yang Telah Dipam

Mudahkan?. Peti ais tu macam coolr bag kita kan. Jadi setiap kali nak pam tak perlulah nak steril atau membasuh peralatan mengepam. Jimat masa dan lebih terurus yang penting membuatkan kita rasa mudah dan rajin nak mengepam untuk buat stok EBM dikala kecemasan.








0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry