Group Penyusuan Ibu Bekerjaya Yang Paling Sempoi
Ada ibu menyusukan anak yang mengadu tertekan dengan post-post berkaitan penyusuan anak dalam grup menyusu sedia ada. Bagi saya pula saya gembira dapat banyak ilmu dan sokongan berkaitan susu badan dalam group penyusuan yang saya sertai ini. Jangan salah sangka, ada banyak kumpulan sokongan susu ibu di alam maya dan juga secara offline.
Asalnya kelab susu ibu ini merupakan kelab reunion bekas-bekas rakan sekuliah saya semasa di universiti dahulu.
Tak sangka, walaupun kami berlainan bidang kerjaya sekarang tetapi kami ada topik yang sama iaitu keibubapaan dan susu ibu. Kami saling menyokong dan memberi idea dalam menguruskan bekalan ebm stok. Di samping mengeratkan kembali ukhwah di antara kami.
Kami kerap membincangkan isu-isu berkaitan penyediaan susu ebm yang mengelirukan. Kami juga berkongsi rasa, pendapat dan sama-sama membantu memberi buah fikiran terbaik dalam membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah pengurusan stok ebm dan juga susu badan cair.
Oh kami juga tidak berkisar tentang cabaran ibu bekerjaya yang menyusukan anak sahaja tetapi turut menyentuh dan saling menyokong pemberian solid food atau makanan pepejal kepada bayi tersayang.
Setiap dari kami sebenarnya berusaha sanggup bangun seawal pagi untuk menyediakan sendiri makanan untuk bekalan seharian si manja di rumah pengasuh. Juga tidak ketinggalan bekalan susu ibu sepanjang berada di rumah pengasuh nanti.
Sangat seronok dan rasa tidak keseorangan dalam menempuh cabaran menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga dua tahun sekurang-kurangnya. Hanya yang menyusukan bayi sepenuhnya memahami cabaran yang kami lalui.
Susu ibu tidak mengalir dengan mudah tanpa usaha yang tidak mengenal jemu. Kerana kita manusia maka kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang Allah beri. Bukan sekadar duduk dan berdoa dan makan vitamin ibu menyusu sahaja.
Dengan sokongan padu rakan-rakan sepenyusuan seperti kumpulan susu ibu group kami selain sokongan dan bantuan suami insyallah pasti lebih ramai ibu-ibu yang bekerja mahupun suri rumah tanggah lebih jelas mengenai manfaat susu badan kepada bayi, cara-cara menguruskan susu ibu dan juga menangani mitos-mitos orang yang tidak berjaya menyusukan anak mereka.
0 comments:
Catat Ulasan