Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Simpan Susu Badan Di Tempat Kerja Yang Betul

Cara Simpan Susu Badan Di Tempat Kerja Yang Betul

Macam remeh je entry pasal cara penyimpanan susu badan ni kan. Ada ibu menyusu bekerjaya yang keliru macamana nak simpan susu badan ni. Paling mudah, selamat dan trend masa kini adalah bawa sendiri cooler box atau cooler bag nak simpan stok susu ibu. Penggunaan Reusable icepack juga penting supaya penyimpanan susu ibu kekal sejuk sehingga 12 jam lamanya.

Kat sini saya berkongsi pengalaman terdahulu saya sebagai ibu menyusu yang berkerjaya menyusukan anak sulung dan juga sedang menjayakan proses penyusuan ibu untuk anak kedua pula.  

Setiap hari bekerja saya berjauhan dengan anak sehingga 12 jam lamanya. Jadi saya perlukan peralatan penyimpanan susu badan yang mampu menyejukkan stok susu saya sehingga 12-14jam. Saya perlukan cooler box dan cooler bag yang berkualiti.

Saya lebih selesa menggunakan cooler bag untuk menyimpan susu ibu di pejabat dan cooler box untuk membawa stok susu badan cair ke rumah mentua. 

Untuk persediaan ke pejabat, setiap hari saya membawa 6 botol susu simpan susu perahan. Sememangnya 3 reusable ice pack sudah memadai. Namun untuk memastikan kualiti perahan susu ibu terjamin, maka setiap hari saya menggunakan 3 keping ais pack dan juga 1 keping ice brick.

SUSU, IBU, SUSU, BADAN, MINUM, ESP, SET, MENYUSU, SHAKLEE, BREASTFEEDING


3 keping ice pack dan 1 keping ice brick mampu menyejukkan stok susu badan saya sehingga 14 jam. Ianya merupakan satu kelebihan masa buat saya sekiranya saya tidak simpan simpan susu badan ke dalam peti sejuk sejurus selepas pulang ke rumah. 

ICE, BRICK, SEJUK, SEJUKKAN SEHINGGA, 12, 13, 14, JAM, SUSU, IBU, BADAN, STOK, PERAHAN, HASIL, BAG, COOLER, DALAM


Jika cooler box saya gunakan brand coleman. Memang mahal tetapi ianya trusted brand, tahan lasak, tahan lama dan berbaloi dengan harga. Sudah 4 tahun saya menggunakan cooler box ini untuk kepelbagaan keadaan penggunaan. Bukan setakat bawak stok ebm beku, susu badan cair, malahan makanan anak juga.

Cara nak beli cooler bag atau cooer box. Cari yang boleh menyimpan sehingga 8 jenis botol atau lebih, Jadi anda ada lebih ruang nak simpan susu lebih dari 4 botol dan juga kepingan-kepingan reusable ice pack. 


0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry