Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

3 Hari 2 Malam Bercuti Di Terengganu

3 Hari 2 Malam Bercuti Di Terengganu

Lama dah nak cerita pasal percutian kami ni. Tapi tak siap-siap jugak. hehe. Sekarang Abu Ayyub dah lahir, pantang pun dah selesai, puasa pun sudah, raya pun "still in the mood" lagi. hehe. Tetapi boleh lah bercerita sekarang pasal percutian keluarga di Terengganu dan Kelantan. Negeri orang kaya-kaya. Kenapa kaya sebab dekat dua negeri ni la kita akan jumpa berderet orang bukak kedai emas. Katanya sampai di tepi jalan pun mereka berjualan emas permata. Waahhhhhhhh.

Tema percutian kami ni jalan-jalan cari makan, cuti-cuti makan angin. haha. Sebab mama Yaya dah macam pengguin tak larat jalan jadi takde mood nak shopping sakan. hehe. Makan??? laju jeeeeee. Suami memang best. Bagi thumbs up sikit. Dia bawak kami ke tempat-tempat makan yang dijamin sedap oleh kawan-kawan beliau dan jugak dari komen-komen blogger-blogger lain. hehe. Kuasa internet masa kini.

SIGN BOARD, SIGNBOARD, BALING, KEDAH, BERCUTI, PERCUTIAN
IHSAN PAKCIK GOOGLE

Mula-mula kami dari Kepala Batas singgah sarapan pagi nasi lemak di kedai makan kawan suami di Baling. Nama glamour dia Tipah Cun (lupa lah tanya kat suami nama betul dia). Thank you so much belanja nasi lemak yang sedap dan layanan yang mesra. Hehe. Nampakkan. Awal-awal lagi dah mulakan program jalan-jalan cari makan.

Bila dah kenyang, Yaya pun dah selesai poo-poo kita mulakan perjalanan jauh. 



HERE WE COME TERENGGANU!!!!. 


Yaya takde selera nak makan sebab teruja sangat nak mandi kolam (mama dah cakap siap-siap, semua hotel yang mama dah tempah ada kolam renang). Jadi dia la yang paling tak sabar a.k.a, cepat jemu walaupun dah tengok macam-macam movie yang mama bekalkan untuk dia dalam kereta dan main masak-masak dalam kereta juga.


WELCOME, SELAMAT DATANG, TERENGGANU, KUALA TERRENGGANU, BERCUTI, PERCUTIAN
IHSAN PAKCIK GOOGLE JUGA

Akhirnya perjalanan yang membosankan dan melenguhkan kaki mak buyong ni sampai juga di Terengganu. Singgah sebentar di restoran ikan celup tepung di Penarik, Setiu. Nama restoran dan gambar restoran tak ambil sebab masa ni dah tak teringat. Letih!!. Restoran ni berhadapan dengan laut tau. 

Terima kasih daun keladi pada kawan satu sekolah suami yang belanja. Inspektor Idi. Masa ni mak buyong tak larat nak makan dah, sakit kaki, lenguh pinggang, sakit kepala. Nak rehat dan baring je. Kalau ada Yaya kat sebelah mana ada can nak feeling-feeling rehat-rehat. hehe. Jadi Encik Awi la yang bawa Yaya pergi makan sekali dengan kawan-kawannya tu. 

Tapi walaupun duduk dalam kereta sahaja, memang rasa tenang je tau dapat tengok pemandangan pantai yang membiru. Dapat rasa macamana angin bayu bertiup sejuk je rasa, walaupun memang sejuk sebab duduk dalam kereta pasang air cond. Hahaha. Eh, feeling-feeling macam kau tu payah jumpa laut. Padahal duduk dekat Pulau Pinang je pun. Hehe. 

Satu lagi memang hormatlah kat kawan-kawan Awi. Tak merokok pun kat meja tu sebab ada kanak-kanak. Oh, saya tidur-tidur ayam, risau juga diorang hisap rokok depan Yaya. Hehe.

Ok dah siap Awi dan Yaya makan-makan kami bergerak pula dari restoran di Penarik tu ke Kuala Terengganu untuk bermalam di hotel TH Hotel & Residence dan dah tempah awal-awal melalui AGODA. Tempah melalui Agoda dapat murah sikit. hehe. Harga bilik yang ka,i tempah asalnya RM400 lebih. Tapi dapat harga murah sikit dalam RM209. Untung RM200. Banyakkan!!!

Kenapa saya pilih sangat hotel Tabung Haji ni? Sebab ada playground dalam swimming pool dia. (Tapi tak boleh mandi kat pool yang ada playground sebab air berkeladak). Sangat sedih~~sighhhh. Eh, mak buyong yang terlebih excited walaupun tak boleh mandi. Nanti lemas siapa nak tolong, sudahlah bawak pelampung tak boleh timbul-timbul. hahaha. 



TH HOTEL & RESIDENCE, HOTEL TABUNG HAJI, TERENGGANU, KUALA TERENGGANU, GONG BADAK, PLAYGROUND, TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK, KOLAM RENANG, HOTELTH HOTEL & RESIDENCE, HOTEL TABUNG HAJI, TERENGGANU, KUALA TERENGGANU, GONG BADAK, PLAYGROUND, TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK, KOLAM RENANG, HOTEL



TH HOTEL & RESIDENCE, HOTEL TABUNG HAJI, TERENGGANU, KUALA TERENGGANU, GONG BADAK, PLAYGROUND, TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK, KOLAM RENANG, HOTEL


Malam tu saya tidur awal. keletihan dan gastrik. Awi dan Yaya yang pusing-pusing dalam hotel sambil tangkap gambar. Oh bilik hotel memang luas dan selesa dan memang ikut islamik. Jangan harap nak tengok Astro dan internet dalam bilik ye. Melalaikan. Hehe.






TANGKAP GAMBAR MALAM-MALAM, GAMBAR, ANAK, TH HOTEL, TERENGGANU, TABUNG HAJI HOTEL, HOTEL TABUNG HAJI
Yaya yang kebosanan menghabiskan tenaga sebelum melelapkan mata
Esoknya hari kedua kami di Terengganu, pagi-pagi lepas habis subuh dua beranak tu mandi di kolam renang lagi. Yaya la yang paling senang bangun. Nak mandi kolam!!!. Abah pula demi nak gembirakan anak sanggup juga nak berendam awal-awal pagi. hehe. Selepas bersarapan kat hotel dan berehat-rehat sebentar, kami check out dan melawat Muzium Terengganu. Hmmm, patut kena sediakan lif la untuk warga tua dan orang-orang yang tak berkeupayaan macam ibu mengandung nak panjat tangga yang ala-ala Kuil Batu Caves tu.



TERENGGANU, MUZIUM, MINI, KUALA TERENGGANU, PULAU, WAN MAN, TERENGGANU, NEGERIKENANGAN, KOLAM, IKAN, MUZIUM, NEGERI, KLASIK, TRADISIONAL, ASAL, RUMAH, GABENOR, ISTANA, LAMAMERIAM, REPLIKA MERIAM, ISTANA, RUMAH, TIANG, TINGGI, LAMA, HADAPAN, MUZIUM, SEJARAH, WARISAN

MUZIUM, NEGERI, TERENGGANU, KUALA, REPLIKA, KAPAL, TERBANG, MINI

LAMA, KENDERAAN, RAJA, SULTAN, BRITISH, INGGERIS, KERETA, MOTOKAR, MUZIUM, NEGERI, TERENGGANU, ANTIK
kereta-kereta antik dan kapal terbang pun ada tau.
Tapi Yaya jadi takutla pula tengok kapal terbang depan mata.
Selalu tengok kapal terbang tinggi melangit

Seronok tu memangla seronok melawat Muzium Terengganu tu. Tengok Batu Bersurat. Ikutkan hati ni nak je melawat semua muzium-muzium mini dalam Muzium Terengganu tu. Tapi disebabkan tak boleh sampai dengan menaiki kereta dan kena jalan kaki. Jadi, Awi cakap tak payahlah. Dia kesian pada isteri dia yang tengah mengandung ni. Yaya tak kisah sangat. Dia kalau lenguh baring je dalam "stroller". hehe. Hmm, kami tengok ada mini keretapi tapi mungkin hari tu hari Selasa, mini keretapi tu tak beroperasi. Kalau tak boleh la melawat mini-mini muzium tu. 


Ok, sudah tiada rezeki nak lawat muzium-muzium mini, kami bergerak pula ke Taman Tamadun  Islam. Lagi sekali kecewa. TAMAN TAMADUN ISLAM TUTUP SETIAP HARI SELASA!!. Huaaaaaa. tak mengapa. Sabar, Lain kali ada rezeki mari lagi. hehe.

Kami melawat pula Masjid Kristal, sambil solat sekali. Disebabkan kami ni kategori musafir jadi buat solat jamak taqdim (zohor dan asar). Dah siap solat kami bergambar kenang-kenangan di luar Masjid Kristal. Pemandangan kat luar masjid memang cantik. Taman tamadun dan masjid kristal ni letak sebelah menyebelah tau sekali dengan  jeti untuk sesiapa yang nak naik bot untuk menelusuri sepanjang Sungai Terengganu. 

Tapi lagi sekali kecewa tak boleh naik bot. DITUTUP!! Patutla pun kantin di Muzium Terengganu tak buka, taman tamadun tak buka, kiosk-kiosk di Masjid Kristal pun tak buka. Rupanya, mungkin setiap hari tempat-tempat ini di tutup. Kami pula pergi melawat main terjah sahaja. Tak google siap-siap bila waktu melawat yang dibenarkan. Huhuhu.


TERENGGANU, SOLAT, SEMBAHYANG, TEPI SUNGAI, PULAU, WAN MAN, TERENGGANUKUALA TERENGGANU, DEKAT, SEJALAN, MUZIUM, TERENGGANU, NEGERI, TAMAN, TAMADUN, ISLAM, TEPI, SUNGAI,

MASJID, JAMEK, CANTIK, INDAH, TEPI, SUNGAI, TERAPUNG, SULTAN, ZAINAL, ABIDIN, LANDSKAP, SIHATMACAMYAYA, TERENGGANUSELAMAT, DATANG, BERGAMBAR, PEMANDANGAN, INDAH, CANTIK, TEPI, SUNGAI, ATAS, KUALA, TERENGGANU, PULAU, WAN MAN,


Selesai semua urusan termasuk salin pampers Yaya, tiba saatnya untuk MAKAN!!!. Acara yang paling ditunggu-tunggu dan antara terpenting dalam semua acara selain solat. Kami pun gigih la cari kedai makan yang menjadi sebutan ramai dan menjadi pilihan para bloggers. Cari punya cari dengan bantuan Encik Belok Kanan Belok Kiri (GPS). Akhirnya sampai lah kami di kedai yang dicari dari tadi ni. Nama kedainya. Restoran ICT Haji Pok Long. Kedai ni popular dengan makanan ikan celup tepung, sotong celup tepung dan beberapa seafood lagi yang boleh dicelup tepung.

Komen?. Sedaplah!!!. Thumbs Up. Mana nak dapat ikan sesegar ini walaupun hanya ikan temenung sedang besar. Manis dan segar!! . Tapi yang tak bestnya nasi putih tiada. Aku mana boleh makan seafood takde nasi. Tak puas makan. Yaya pun. Huhuhu.

IKAN, CELUP, TEPUNG, SEDAP, MARVELOUS, DELICIOUS, SEAFOOD, KETAM, UDANG, SOTONG, BIHUN, GORENG, AIS, JAGUNG, TEPI, LAUT, CANTIK, SEDAP, PARI
Pinjam Gambar Pakcik Google

Selesai makan dah. Rilex-rilex pun sudah. Semua dah kenyang seadanya (sebab penat berjalan makan lebih kurang pun dah kenyang). Masa untuk cari hotel pulak. Ha, kenapa tak tempah hotel awal-awal macam hotel TH kat Agoda tu?. Sebabnye satu, pelan asal nak bercuti selama seminggu dari kelantan terus ke Terengganu, dari Terengganu gerak pula ke Pahang dan dari Pahang bercuti di Kuala Lumpur yang menjadi destinasi terkahir percutian kami sebelum balik semula ke Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tapi sebab masa awal tahun 2014 ini kecoh Kelantan, Terengganu banjir (masa kami sampai banjir dah surut) dan Pahang akan tiba gelombang kedua banjir. Maka disaat-saat akhir terpaksa buat pembatalan tempahan hotel di Bukit Fraser dan satu lagi hotel di Kuantan. Jadi rugilah lebih kurang RM100 kot sebab buat pembatalan tempahan hotel tu. Huhu. Sudah saat-saat terkahir tukar pelan. Tak tentu lagi mana nak berjalan. Jadi, jalan sahaja lah, sambil melawat cari hotel.

Itulah jadinya. Konon nak ke Rantau Abang. Kata kawan-kawan di situ seronok. Tapi sampai sana. Keadaan sepi dan sangat-sangat tenang. Penyu tak naik bertelur. Chalet pun sunyi sepilah. Alamak. Seram la pulak. Dah la bawak anak kecil dan ibu mengandung ni, Tengok nak membeli belah, berjalan-jalan, makan-makan pun macam tak banyak pilihan je. Nak ke Pahang macam saya kata tadilah risau banjir pertama tak habis tadi dan risau gelombang kedua nak mari. Jadi patah balik. Menuju ke Batu Burok pula.

Di Batu Burok kami menginap di Resort Batu Burok. Resort ni kami pernah menginap masa honey moon (sedang mengandungkan Yaya). Jadinya kira "flash back" la ni. Hahaha. Bilik yang kami menginap dulu pun sebelah je dengan bilik yang kami menginap kali kedua tu. Hehe. 

Malam tu, lepas buat jamak Taqdim (maghrib dan isya) kami membeli belah sikit di Arfa Batik di pekan berdekatan Batu Burok tu. Selepas membeli belah (yang beli belahnya Yaya; borong anak patung). Hehe. Kemudian balik ke resort dan makan malam di restoran bersebelahan resort sahaja. Seram ooo. Angin laut masih keras menderu. Dengar bunyi seakan-akan bunyi hujan hanya di belakang kita sahaja. Segera terbayang gambar-gambar tsunami di Acheh. Takut dan insaf seketika. Kebesaran Allah. Subhanallah.

Balik dari restoran Awi beli bawa balik sate 20 ayam cucuk beli di kedai makan betul-betul bersebelahan resort juga. Tapi sampai hati makan tak ajak kami. Makan sorang-sorang je. Huaaaa. Nak buat macamana kami dua beranak dah keletihan tahap ultraman dah habis lampu. Huhuhu.

Esoknya pagi-pagi sebelum mandi pagi Yaya bangun dengan senyuman sebengkok pisang sampai telinga (senang sangat nak bangun ada maksud). Sebab nak mandi di kolam renang!!!!. Itulah sebabnya kenapa kami pilih hotel-hotel yang ada kolam renang aje kali ni. Seronok tengok Yaya gembira dapat mandi kolam. Hehe.

RESORT, BATU, BUROK, TEPI, PANTAI, TERENGGANURESORT, BATU, BUROK, TEPI, PANTAI, TERENGGANU

Bagi can yaya main pasir di tepi pantai selepas selesai bersarapan

RESORT, BATU, BUROK, TEPI, PANTAI, TERENGGANU, HARGA, BERPATUTAN, MURAH, CANTIK, PEMANDANGAN, INDAH, LAUT, CHINA, SELATANRESORT, BATU, BUROK, TEPI, PANTAI, TERENGGANU, HARGA, BERPATUTAN, MURAH, CANTIK, PEMANDANGAN, INDAH, LAUT, CHINA, SELATAN

Bergambar kenangan sebelum balik


Lepas sarapan pagi (ada dalam pakej penignapan), kami check out dan bertolak ke Kelantan pula. Tapi sebelum tu menyinggah dulu. Hajat hati nak beli cenderahati buat kawan-kawan dan juga keluarga. Jadi ke Pasar Payang lah kami. Memang seronoklah bagi yang kaki membeli-belah, macam-macam ada. Tapi, Saya tiada selera nak beria-ia membeli belah macam kali pertama datang ke Pasar Payang ni. Huhu. Jadi beli apa yang patut kemudian balik.

PASAR, PAYANG, CENDERAHATI, HADIAH, SHOPPING, BAJU, GIFT, SOURVERNIER, BANYAK, SERONOK, MURAH, TAWAR, HARGA, TELEKUNG, BARANG, KEMAS, BAJU, MELAYU, KEROPOK, LEKOR, BATIK, TERENGGANU

Eh, dalam perjalanan ke Pasar Payang tadi ada lalu di Jalan China Town, cantik juga kalau keluar dari kereta dan bergambar di situ. Tapi tak laratlah kami, dengan nak dekat tengahhari, suhu pun semakin panas, jadi tangkap gambar dalam kereta je la. Jadilah, ada jugak kenang-kenangan. Ada rezeki datang lagi ke Terengganu ni.


TERENGGANU, LITTLE, JALAN BAS, ANTIK, CANTIK, UNIK, TRADISIONAL, PUSING, MELAWAT, TERENGGANU, SEKITAR

Belum keluar lagi dari Terengganu ni. Selagi keropok lekor tak beli lagi, selagi tu lah tak boleh keluar dari negeri pengeluar minyak ni. Tapi hairanlah kenapa banyak tempat di Terengganu dan di Kelantan tak boleh kesan melalui GPS ye?. (ada isu pilih kasih ke kat sini..tettttt). Setelah bersuah payah memanjangkan tengkuk macam angsa, akhirnya sampailah ke kedai paling TERKENAL DAN TERSEDAP yang menjadi pujaaan ramai iaitu kedai BTB 

KEDAI, KEROPOK, LEKOR, PALING, SEDAP, TERENGGANU, LOSONG,

Lagi sedap dari makan keropok losong tau. Memang nikmat makan keropok lekor ni. Sambil menjamu selera mata asyik perhatikan orang keluar masuk beli keropok lekor sampai berbaris. Eh, lupa nak beritahu lagi, di kedai BTB 2209 ni kena ambil nombor dan beratur baru boleh beli keropok lekor ye. Kalau main terjah, tak dapat keropok lekor dek non. Dapat penampor jepon ye. hehe. Borong jangan tak borong. Suami la suka sangat dengan keropok lekor basah ni. berkilo-kilo jugak dia borong. huhu. I tak kisah, I makan aje, bukan kena beratur. Mak buyongkan, sentiasa dapat layanan first class.

Selesai agenda di Terengganu, perut pun dah lapik kami nak ke Kelantan sekarang. Nantikan cerita bercuti di Kelantan pula selepas entriy ini.



Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.




0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry