Tak Boleh Menyusukan Anak Berlainan Usia Fakta Atau Auta
Menjadi seorang wanita yang menyusukan anak memang perlu kuat mental dan fizikal kerana proses penyusuan anak itu menuntu pengorbanan yang tinggi. Bagi yang beragama islam, setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas, ganjarannya adalah pahala dan anak-anak lebih rapat dengan kita dan sentiasa menyayangi kita sehingga dewasa kelak. Insyaallah. Tapi bolehkah menyusukan abang atau kakak ketika kita sedang melengkapkan penyusuan si adik?
Pengalaman saya sendiri menyusukan si kakak hanya dengan susu badan sahaja tidak campur dengan susu formula walau setitik pun. Alhamdulillah. Sehingga si kakak berusia 3 tahun 3 bulan. Ketika dia hampir berusia 3 tahun, si adik sudah mendiami rahim saya.
Yaya masih lagi menyusu badan ketika kandungan mencapai 6 bulan |
Ketika saya menyedari kehadiran si adik dalam kandungan saya tidak menghentikan penyusuan si kakak. Malah masih meneruskan penyusuan sehingga ke hari ini. Ya benar, ketika mengandungkan si adik, ramai yang menasihatkan saya menghentikan penyusuan kepada anak sulung termasuk jururawat.
Antara alasan mereka, takut janin gugur akibat pengecutan rahim, risau si adik dalam perut tidak mendapat khasiat yang secukupnya akibat semua air susu ibu diminum si kakak dan mengikut orang tua-tua tidak baik seorang anak menyusu dengan ibunya yang sedang mengandung kerana mereka menghisap darah si adik.
Adakah saya ikut kata-kata mereka-mereka ini yang gagal menunjukkan kejayaan pengalaman menyusukan anak sehingga 2 tahun lengkap tanpa mencampurkan sebarang jenis susu selain susu ibu?
Sudah tentu tidak!!!
Kerana mereka bercakap tanpa ilmu dan fakta yang jelas!!. (maafkan saya)
Sebaliknya saya mengikut nasihat-nasihat ibu-ibu yang telah menyusukan anak sambil mengandungkan dan pandangan mereka yang lebih bertauliah. Antara rujukan saya ialah Dr. Zubaidi (lihat entry beliau)
Akhirnya adik Yaya, Abu Ayyub lahir dalam keadaan cukup bulan, cukup sihat, dan berat yang bagus iaitu 3.49kg (ketika Yaya lahir beratnya lebih kurang 3.2kg). Walaupun ketika mengandung saya mengalami GDM dan juga darah tinggi semasa hamil. Alhamdulillah, adik yaya lahir tanpa hipoglycemia yang mana ibu-ibu yang mendapat kencing manis ketika hamil membawa risiko bayi yang dilahirkan mengalami hypoglycemia.
Kemudian, ketika dalam pantang, saya selain menyusukan si adik, saya masih menyusukan si kakak, cumanya sehingga hari ketiga ketika selepas susu kolostrum yang pekat berwarna kekuningan yang bernilai seperti berlian dinikmati si adik dan telah bertukar kepada susu yang lebih cair dan berwarna putih, saya mula memberi si kakak menyusu badan semula. Kerana ketika itu, payudara mengalami bengkak susu!!!. Tiada daya untuk mengepam susu ketika itu kerana masih mengalami sakit pengecutan rahim selepas melahirkan anak. (sakit batu merian bak orang tua-tua kata)
Ketika itu juga si adik mengalami breastfeeding jaundis sehingga sebulan seminggu lebih kurang lamanya. Susu badan memang kerap diberikan kepada si adik. Lebih kurang setiap dua jam.
Adakah Abu Ayyub tidak mendapat segala khasiat yang terkandung dalam susu ibunya?
Adakah Abu Ayyub hanya mendapat 'hampas' susu ibu sahaja disebabkan si kakak tumpang menikmati rezeki susu ibu mamanya yang melimpah ruah?
Untuk pengetahuan semua, genap sebulan berat Abu Ayyub meningkat hampir 2kg iaitu 1.75kg dan seterusnya setiap bulan beratnya akan bertambah lebih 0.5kg. Sehingga entry ini dibuat, beratnya adalah 8.3kg pada usia 4 bulan!. Dia seorang yang aktif, ceria, dan cerdik seiring usianya. Semasa dia berumur sebulan di sudah boleh mengetahui siapa diseklilingnya, sangat sukakan kakaknya jika kakaknya datang mengusik atau cuba bermain dengan dia. Sudah boleh membuka mulut seperti ketawa jika ada orang yang senyum dan tegur padanya. Kalau diagah lagilah mengekek ketawa.
Jadi bahagian mana yang mereka-mereka ini kata anak saya hanya mendapat HAMPAS???. Semua ini adalah AUTA SEMATA!!!
Yang sebenarnya, saluran menyusu dan saluran menyalurkan makanan kepada anak yang dikandung adalah dua bahagian yang berbeza. Sama seperti saluran air kencing dan saluran najis. Bolehkah kita katakan saluran air kencing tempat mengeluarkan tahi?. Sudah tentu tidak boleh bukan?. Allah menjadikan sesuatu itu dengan sempurna sekali. Itu adalah perumpamaan yang paling mudah sekali untuk anda fahami bagi yang mengatakan anak yang sedang menyusu menyedut darah adiknya atau mengambil khasiat adiknya.
Bagaimana pula payudara dapat mengenali siapa anaknya? yang si kecil atau yang si besar hanya melalui hisapan mulut mereka itu? dan membezakan si abang atau kakak mendapat darah dan si adik apabila menyusu mendapat susu badan ibu mereka?. Banyak kajian yang sudah dilakukan yang ada dalam payudara seseorang wanita itu hanya tempat menyimpan susu dan juga tempat mengeluarkan susu bagaimana hadirnya pula tempat mengeluarkan darah?. Melainkan si anak mengigit puting si ibu hingga berdarah. Tetapi tergamakkah seorang ibu mahu memberi anaknya susu bercampur darah dan juga dalam keadaan si ibu menahan kesakitan akibat puting digigit oleh anaknya? Semua ini AUTA!!!
Yang sebenarnya dan fakta adalah apabila seseorang wanita yang sedang menyusukan anak disahkan mengandung. Beliau masih boleh menyusukan anaknya dengan syarat keadaat kesihatannya dalam keadaan baik. Iaitu tidak mengalami morning sickness seperti muntah yang membuatkan si ibu kurang bermaya dan juga tidak mengalami pendarahan pada trimester kehamilan kerana dikhuatiri akan menyebabkan keguguran.
Jika sebaliknya anda dalam keadaan sihat anda boleh menyusukan anak sehingga selamat melahirkan anak baru. Anak yang lebih tua masih boleh meneruskan penyusuan selepas kelahiran adiknya. Walaubagaimanapun bagi anak yang berusia satu tahun dan ke atas susu ibu bukanlah diet utamanya. Jadi ibu harus melengkapkan nutrisi anak dengan penyediaan makanan yang berkhasiat mengikut keperluan usia mereka berserta air masak untuk memudahkan pencernaan dan pelawasan makanan yang dihadam.
Sebenarnya apabila berniat ingin menyusukan bayi saat anda sedang hamil, anda perlu menyediakan diri dengan pengambilan makanan yang sihat dan berzat sesuai dengan keadaan si ibu. Sekiranya anda sukar mendapatkan makanan atau kesuntukan masa menyediakan makanan yang lengkap seharian. Anda digalakkan mengambil supplement tambahan seperti yang disyorkan oleh doktor anda.
Hal ini kerana janin yang dikandung dan anak yang menyusu menyerap zat dan mineral si ibu melalui susu ibu dan juga makanan yang disalurkan melalui tali pusat. Jadi anak dan janin anda kekal sihat dan mengalami proses tumbesaran yang baik. Namun yang menjadi risiko adalah kepada si ibu kerana ibu mengalami kekurangan zat-zat makanan yang boleh menjejaskan kesihatan ibu. Oleh yang demikian ibu perlu menjaga kepentingan pemakanan hariannya dan mengambil supplement tambahan untuk menampung keperluan harian tubuh anda.

0 comments:
Catat Ulasan