Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Cara Atasi Masalah Jerawat

Cara Atasi Masalah Jerawat


Jerawat sebenarnya berpunca daripada hormon androgen yang berfungsi meningkatkan minyak yang dihasilkan oleh kulit dan kemudian tersebar dalam kapilari-kapilari darah. Itu untuk punca masalah jerawat bagi wanita dan lelaki muda.

Bagi wanita yang berada dipertengahan umur pula perubahan hormon sering menjadi punca kepada terjadinya jerawat. Antara punca perubahan-perubahan hormon wanita adalah kitaran haid, pengambilan pil perancang keluarga, saat kehamilan dan juga pra menopous.

Selain antara faktor-faktor ini, jerawat juga terjadi disebabkan perkaitan genetik dari ibu atau bapa. Jika faktor ketiga ini juga bukan penyebab jerawat-jerawat silih berganti menghuni wajah anda berkemungkinan disebabkan stress, pendedahan lebih pada ultra ungu (cahaya matahari) dan juga perubahan cuaca. Penggunaan produk-produk kecantikan dan juga alat solek yang mengandungi banyak bahan kimia industri juga menyebabkan masalah jerawat berlaku.




Cara Mengenalpasti Bentuk Jerawat

  1. Jerawat Peringkat Sederhana - Berwarna bintik-bintik hitam atau putih
  2. Jerawat Peringkat Teruk atau Parah - Berwarna merah atau ungu


Cara Mengurangkan Masalah Jerawat

  1. Tukar Alat Solek - Hindari alat solet yang berasaskan minyak
  2. Baca Label Produk Kecantikan - Hindari produk kosmetik yang mengandungi lanolin, isopropil, miristat, paraben,natrium lauril sulfat, laureth-4 dan pewarna merah D&C.
  3. Bersihkan Sisa-sisa Solekan Setiap Malam - Sapu muka dengan tisu basah yang lembut dan bilas keseluruhan muka dengan air bersih
  4. Pilih Kurangkan Penggunaan Alat Solekan - Kebanyakkan alata solek mengandungi bahan kimia yang merosakkan kulit muka dalam jangka masa yang lama
  5. Hentikan Penggunaan Pil Perancang - Gantikan dengan alternatif pencegahan kehamilan yang lain
  6. Biarkan Benjolan Jerawat - Usah dipicit apa-apa jenis jerawat di muka atau di tubuh anda. Jari-jemari anda membawa infeksi kuman pada lubang jerawat anda. Memicit bintik-bintik putih sebenarnya boleh memecahkan dinding pori-pori kulit dan menyebarkan infeksi kuman ke bahagian kulit yang lain dan bakal menyebabkan timbulnya lagi satu bintik putih atau jerawat.
  7. Bersabar dengan Wujudnya Jerawat - Apabila hadir, jerawat akan hilang dengan sendirinya selama satu hingga empat minggu


Tips Mencegah Jerawat Daripada Timbul Di Wajah Anda

  • Pastikan kulit dicuci dan dibersihkan daripada sebarang kotoran dan sisa-sisa solekan sebelum masuk tidur
  • Pastikan kulit muka dibersihkan sebelum mengaplikasikan sebarang jenis ubat jerawat
  • Pastikan anda mengeringkan muka terlebih dahulu sebelum menyapu kulit wajah dengan sebarang krim, ubat jerawat atau bahan solekan
  • Pastikan anda banyak minum air putih (agen detoks) setiap hari. Sekurang-kurangnya lapan gelas
  • Kulit yang kering sangat sensitif - Elakkan bahan benzil peroksida
  • Jauhkan kulit anda daripada pancaran terus terik cahaya matahari. Sebarang krim, solekan atau ubat-ubatan pada wajah akan menyebabkan reaksi atau alahan sekiranya wajah anda terdedah terus kepada ultra ungu.
  • Dua jam sebelum tidur elakkan minum kopi atau milo.







0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry