Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Testimoni Bayi Lima Bulan Guna Shaklee Untuk Eczema

Testimoni Bayi Lima Bulan Guna Shaklee Untuk Eczema


Eh, bolehkah anak bawah satu tahun makan produk Shaklee ni?. Bukankah hanya atas satu tahun je yang boleh makan produk Shaklee?. Habis macamana eczema bayi hilang jika benar bayi tu ambil produk Shaklee?

Ya betul bayi Abu Ayyub guna produk Shaklee untuk atasi masalah eczemanya akibat mamanya minum susu lembu segar (cow fresh milk). Habis satu tengkuk merebak ke bawah dagu, tiba-tiba di celah kedua-dua belah ketiak, pelipat-pelipat siku dan juga di kawasan "nappy change" pun naik rengsa atau gatal-gatal kemerah-merahan. Kesokkan harinya tengok di bahagian belakang badan dan dada pun ada timbul radang kulit juga.

Risau la saya pun. Ada yang kata ruam panas, ada yang sangka alergik dan ada yang kata juga itu eczema. Hasil pemeriksaan doktor pakar kanak-kanak mendapati rengsa kulit yang Abu Ayyub hadapi adalah disebabkan eczema. Jadi apalagi bermulalah episod melegakan eczema Abu Ayyub. Ubat mandi dan ubat sapu yang doktor bagi tidak saya gunakan. 

Doktor sendiri cakap yang ubat sapu itu mengandungi steroid. Lagilah saya tidak mahu menggunakannya krim sapu itu. Pengalaman lepas menjaga anak sulung menggunakan krim sapu yang mengandungi steroid hanya bersifat hilang seketika kemudian eczema muncul semula, sehinggakan eczema Yaya tak berkesan dengan krim sapu tersebut dan begitulah juga krim-krim sapu untuk masalah eczema yang lain. Tiada kesan.


BAYI, PRODUK, SHAKLEE, KULIT, TENGKUK, LIPATAN, MUKA, PIPI, ALERGI, ALERGIK,  GATAL, LUKA, RENGSA, RUAM, BINTIK, ANAK, KANAK-KANAK, SEMBUH, HILANG, TIPS, ATASI, TIP, RAWAT, CEGAH, BAIKI, PARUT, KESAN, BUDAK, BAWAH, SETAHUN, SATU, TAHUN



Cara-cara Atasi Eczema Bayi

Jadi, untuk eczema bayi saya yang baru lima bulan ni. Mula-mula saya berpantanglah, elakkan dari minum susu segar kerana kandungan laktosanya yang tinggi memberi kesan pada Abu Ayyub. Kemudian, saya mandikan bayi saya dengan Basic H Shaklee, setiap hari tiga kali sehari. Tujuannya adalah untuk mengurangkan rasa gatal dan juga ketidakselesaan akibat kulit yang merengsa. Basic H juga bersifat menyejukkan kulit anak. 


Kemudian selepas dimandikan, saya lapkan kepala Abu Ayyub sehingga kering untuk elakkan angin sejuk. Selepas itu saya biarkan Abu Ayyub tanpa pakaian seketika tanpa perlu mengelap tubuhnya. Biarkan kulitnya terdedah pada udara untuk proses pemulihan kulit yang memerah itu. Adalah dalam 5-10 minit saya biarkan Abu Ayyub tanpa pakaian. Sambil itu, saya buatlah cari baju anak, cari pampers, dan buat kerja-kerja yang sekejap sahaja mengambil masa sementara menunggu badan Abu Ayyub kering.

Selepas itu barulah saya siapkan dia. Oh ya. anak eczema jangan dipakaikan bedak atau tepung ya. Sebabnya tekstur tepung atau bedak hanya membuatkan kulit pesakit eczema semakin kering dan semakin teruk merengsa. Sebaliknya sapukan lembapan seperti krim, minyak atau lendir aloe vera pada kulit bayi anda. 

Macam kes Abu Ayyub sebab eczema terjadi dibahagian lipatan badan seperti tengkuk dan ketiak serta pada ketika ini air liur Abu Ayyub asyik meleleh sahaja. Jadi lendir aloe vera dan krim Multipurpose Herbal Blend Cream tidak membantu mengurangkan kerengsaan kulitnya.

Jadi apa yang saya lakukan adalah, menggunakan Vita E Complex Shaklee pada Abu Ayyub. Bukan diberi makan ye Tuan-tuan dan Puan-puan. Sebaliknya Vita-E ini disapu pada bahagian kulit yang terkena eczema itu. Saya sapukan minyak vitamin E itu rata-rata pada semua bahagian termasuk bahagian nappy. Kemudian dah siap semuanya. Masa untuk susukan Abu Ayyub pula.

Saya bersyukur sebenarnya dimurahkan rezeki susu badan yang cukup menampung keperluan anak-anak saya. Bayangkanlah jika kita tahu anak kita alergik laktosa, agak serabut juga nak cari susu yang sesuai untuk bayi kita. Susu ibu memang banyak khasiatnya. Antara keistimewaan menyusukan anak-anak adalah apabila anak-anak demam atau menghadapi masalah seperti eczema ini. Setakat ini Abu Ayyub bebas daripada ubat doktor. Saya hanya kerapkan lagi menyusu.

Untuk membantu menguatkan lagi imun Abu Ayyub dan juga membantu mengurangkan keradangan kulit akibat eczema, saya sendiri yang makan Omega Guard dan juga Alfalfa Complex yang kita sedia maklum sangat popular membantu mengurangkan masalah eczema ini. 



Keistimewaan Produk Shaklee Untuk Anak Hadapi Eczema

Yang seronoknya pasal produk Shaklee ni, disebabkan dia 100% semulajadi, maka untuk kegunaan luaran tiada had untuk anda gunakan. Tidak seperti krim-krim lain yang terdapat di farmasi mahupun yang diperolehi dari doktor. Mereka kerap memberitahu kita agar menggunakan sapuan yang nipis sahaja kerana boleh membayakan bayi. 

Tapi tidak dengan produk Shaklee. Sebab itu saya yakin menggunakannya tanpa rasa was-was. Suka hati saya nak sapukan banyak mana. Beberapa kapsul Vita-E Complex dan juga sabun Basic H saya bekalkan pada mak mentua saya yang menjaga Abu Ayyub. Dia tanya nak guna banyak mana. Saya kata "ikut mak nak guna banyak mana. Tak cukup sebiji guna sebiji lagi. hehe". Tapi satu kapsul Vita-E Complex Shaklee tu boleh cukup untuk 3-4 kali kegunaan sebenarnya.



Kesan Eczema Berkurangan Apabila Menggunakan Produk Shaklee 

Saya mula menggunakan Vita-E Complex Shaklee pada hari Selasa. Sebab awalnya saya gunakan aloe vera dan juga krim herbal blend tapi tidak sesuai dengan keadaan eczema Abu Ayyub. Produk lain-lain yang saya gunakan untuk mandian dan saya sendiri yang makan seperti Omega Guard, Basic H dan Alfalfa Complex saya gunakan dari hari Sabtu lagi. 

Hari Rabu hari kedua gunakan Vita-E. Kulit yang kena eczema tu nampak menebal sikit dan warna kemerahan sudah berkurang dan jadi seperti parut. Hari ketiga kelihatannya, eczema di bahagian ketiak kini tinggal parut. Manakala di bahagian lipatan siku dan bahagian "nappy" sudah tiada lagi kesan gatal-gatal. Sapuan vitamin E masih diteruskan lagi. 

Hari jumaat, malam tu, saya periksa bawah tengkuk Abu Ayyub. Wah, terkejut mama dik. Hilang terus tompok-tompok tebal eczema tu. Tinggal bekas eczema sahaja. Kulit kembali licin. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. ^__^


BAYI, PRODUK, SHAKLEE, KULIT, TENGKUK, LIPATAN, MUKA, PIPI, ALERGI, ALERGIK,  GATAL, LUKA, RENGSA, RUAM, BINTIK, ANAK, KANAK-KANAK, SEMBUH, HILANG, TIPS, ATASI, TIP, RAWAT, CEGAH, BAIKI, PARUT, KESAN, BUDAK, BAWAH, SETAHUN, SATU, TAHUN
Eczema Bawah Tengkuk Dah Hilang

BAYI, PRODUK, SHAKLEE, KULIT, TENGKUK, LIPATAN, MUKA, PIPI, ALERGI, ALERGIK,  GATAL, LUKA, RENGSA, RUAM, BINTIK, ANAK, KANAK-KANAK, SEMBUH, HILANG, TIPS, ATASI, TIP, RAWAT, CEGAH, BAIKI, PARUT, KESAN, BUDAK, BAWAH, SETAHUN, SATU, TAHUN
Bahagian Ketiak Kini Tinggal Parut Sahaja


Order Produk Shaklee Untuk Bayi Eczema - Klik Sini


SET NAIK BERAT BADAN ORANG DEWASA SHAKLEE



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya, Atiqah Aziz di 012-5770682 atau emel ke atiqahaziz84@gmail.com untuk 
dapatkan konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.



2 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply Comment

salam
nak tanya kapsul vita-E puan hancurkan ke n sapu pada tempat ekzema?

minyak vita-E tu camana?
terima kasih..

Niza Yusof berkata... Reply Comment

Bagus betul info ni.. memang Vitamin E elok untuk gatal2 kulit.. saya pun makan, kulit cantik gatal pun hilang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry