Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Nasi Goreng Sorok Sayur Untuk Anak Tak Suka Sayur

Resepi Nasi Goreng Sorok Sayur Untuk Anak Tak Suka Sayur


Sebenarnya ini resepi malas. Nasi goreng ni saya buat untuk Yaya makan malam. Lauk yang masak siap-siap pagi tadi dah habis. Dah malamkan, mama pun dah letih, saya pun masak yang simple sahaja.

Nama pun budak-budak, deria rasa sedang berkembang. Kalau dulu bagi sayur apa pun, semua Yaya makan. Bawang merah, bawang putih pun Yaya makan juga. Tak banyak karenah. Sekarang dia dah pandai beritahu, 

"Mama, Yaya tak suka bawang putih" atau;

"Mama, Yaya tak suka bawang merah"

Biasanya saya biarkan sahaja. Masak tetap guna bawang merah dan putih. Sebab bawang merah dan putih ni banyak manfaatnya untuk kesihatan. Terutama bawang putih yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Murah pula tu.

Selalunya saya beritahu Yaya. "Mama bubuh bawang merah da nbawang putih untuk bagi sedap dan wangi lauk Yaya. Kalau Yaya tak suka makan tak apa, Mama letak kat tepi pinggan aja ye"

Dan selepas tu Yaya boleh makan macam biasa dah ^_-

Sekarang ni tak berapa gemarkan brokoli. Padahal brokoli tu kaya dengan sumber kalsium dan baik untuk perkembangan otak. Aha, idea mama datang. Jeng. jeng. jeng. Tengok kat gambar ni.

NASI, GORENG, SIMPLE, BROKOLI, FLOSS, HILANG, PAHIT, TELUR, SEDAP, AYAM, ANAK, SUKA,



Inilah idea mama!!

Mama ambil bahagian floss atau bulu-bulu brokoli sahaja. Ambil bahagian hujung floss sahaja. Dan bila nak masak tu jangan la letak banyak sangat. Letak bagi nampak menarik lauk sudah. Lepas tu brokoli ni pahit sikit. Sebab itulah budak-budak tak berapa suka. Tapi kalau saya, campur dalam tomyam....Fuhhhhh!!!! bertambah-tambah makannya. Sedap!!!!. hehe.

Jadi nak hilangkan pahit brokoli ni saya ikut petua chef dalam rancangan Cake Boss tu (nama lupa pula), masak lama sedikit. bagi sayur tu lembut dan senang dikunyah dan hilang pahitnya. 

Em, resepi nasi goreng ni macam biasalah campak-campak aje apa yang ada dalam peti ais tu. Mommy-mommy yang kat luar sana pun boleh la reka-reka nak tambah letak apa-apa dalam nasi goreng tu. Hehe.

Hasil eksperimen campak-campak ni, Yaya nak makan nasi goreng simple ni tanpa banyak karenah. Makan habis sepinggan. Anak kenyang, mama happy ^__^

Selamat mencuba

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry