Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Tanda-Tanda Bayi Mahu Menyusu dan Kenyang

Tanda-Tanda Bayi Mahu Menyusu dan Kenyang

Kita sering tertanya-tanya bayi kita laparkah dia?. Tidak cukup susukah dia?. Kadangkala orang disekeliling kita sering mengasak memberitahu "anak kau tu tak cukup susu" atau "anak kau tu nak susu" (padahal baru setengah jam yang lalu anda menyusukan anak anda. 

Bayi walaupun tidak pandai bercakap lagi (kalau pandai bercakap mesti mak dia pengsan bangun balik dan pengsan semula. hihi) tapi sebenarnya bayi juga pandai memberitahu apa yang dia mahu berdasarkan isyarat-isyarat perlakuaannya.



Tanda-tanda Bayi Mahu Menyusu (Feeding Cues)

  1. Membuka mulut dan mencari-cari payudara
  2. Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka
  3. Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir
  4. Menghisap atau memamah jari, tangan, selimut, kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya
  5. Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan
  6. Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis


Tanda-tanda Bayi Kenyang

  1. Pada permulaan penyusuan biasanya bayi menegangkan tubuhnya setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur dalam keadaan rehat
  2. Kebanyakkan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merada kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan sehingga tertidur
  3. Beri bayi menyusu di sebelah payudara sehingga habis, sebelum memberikan payudara yang sebelah lagi, supaya bayi mendapat susu akhir (hind milk) yang tinggi dengan lemak yang membantu meningkatkan berat badan bayi dengan cepat.
  4. Untuk mengeluarkan payudara, letakkan jari kelenking ditepi mulut bayi dan tekan sedikit untuk mengeluarkan puting payudara.
Sumber: Unit Pemakanan - Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

1 comments:

ayra berkata... Reply Comment

bagus tips ini.. kadang si ibu tidak dapat bezakan sama ada anaknya kenyang atau pun lapar.. ingat bayi menangis saja, lapar. Padahal, banyak kemungkinan menyebabkan bayi tu menangis, mungkin kerana ingin di dukung atau kena gigit dengan semut ke..

alhamdulillah, perkongsian ini sangat bermanfaat untuk saya..terima kasih.

salam kenal dari saya, ayra

entry terbaru saya, http://www.mqvitashop.com/2014/09/amalan-ibu-mengandung-petua-mudah-bersalin.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry