Alamak Bayi Saya Kena Jaundis Sebulan
Abu Ayyub adik Yaya kena jaundis. Lebih kurang sebulan berulang alik ke klinik dan hospital untuk rujukan pakar barulah disahkan tahap bilirubinnya kembali normal. Persoalannya kat sini patutkah kita risau bila bayi mendapat jaundis?
Sebenarnya kita sebagai ibu bapa tak perlu terburu-buru cari penawar untuk turunkan paras bacaan jaundis bayi-bayi anda. Sebabnya, Jaundis yang dialami oleh bayi adalah berbeza daripada jaundis yang dialami oleh orang dewasa. Apa yang perlu dirisaukan apabila paras bilirubin bayi anda mencecah 300 umol/l. Tahap bilirubin yang mencapai 300 umol/l dan ke atas boleh menyebabkan kerosakan otak atau disebut kernicterus. Komplikasi daripada jaundis ini termasuk ceberal palsy, kelumpuhan, pekak dan masalah kognitif. (Semoga bayi-bayi kita sihat dan membesar dengan sempurna)
Tetapi seharusnya apabila bayi disahkan ada jaundis. Langkah pertama dan paling penting adalah kekerapan menyusu dalam sehari. Ini kerana susu ibu mengandungi laksatif yang membantu menyingkirkan lebihan bilirubin dalam darah bayi.
Bilirubin sebenarnya adalah pecahan-pecahan sel darah merah yang sudah tidak digunakan lagi selepas bayi dilahirkan. Semasa dalam kandungan bayi perlukan lebih banyak sel darah merah dari orang dewasa untuk proses pertumbuhan mereka. Dan sebaik dilahirkan mereka tidak memerlukan sel darah merah yang banyak dan sel-sel darah merah yang tidak digunakan akan pecah dan perlu diproses oleh hati dan disingkirkan melalui pembuangan najis besar dan juga air kencing.
Tapi kebiasaannya hati bayi sebaik dilahirkan belum matang dan hati mereka belum mampu mencerna bilirubin dengan efisien. Jadi dengan memberi lebih kerap susu ibu dalam jangka masa selang 1-2 jam, ibu dapat menyalurkan lebih banyak laksatif untuk menyingkirkan lebih banyak bilirubin dengan lebih cepat.
Kebiasaannya jaundis akan turun ke paras minimum 150 umol/l dalam masa dua minggu. Paras normal bilirubin adalah bawah 25 umol/l. Sebab tu kalai dalam masa tempoh 2 minggu patas jaundis anak dah turun bacaannya bawah 150 umol/l jururawat akan hentikan ambil ujian bacaan jaundis (ambil darah sikit dekat bawah telapak kaki).
Kalau paras jaundis bawah 150 umol/l tak bermakna paras bilirubin dah normal. Tapi sebaliknya bila dalam masa dua minggu paras jaundis sudah di bawah 150 umol/l maka peluang paras bilirubin untuk turun sehingga di bawah paras 25 umol/l adalah tinggi dan biasanya bila dah capai bawah 150 umol/l tu susahlah nak jumpa kes paras jaundis boleh naik balik. Maka walapun jururawat cakap boleh hentikan ujian jaundis. Tapi kita masih perlu kerap menyusukan bayi dalam tempoh sebulan tanpa had ataupun berjadual. Susukan anak setiap 1-2 jam.
Sekiranya paras bilirubin masih naik turun di atas paras 150 umol/l selepas hari ke 14 biasanya bayi anda akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak di hospital kerajaan. Ini berlaku pada Abu Ayyub. Seminggu lebih pertama, paras jaundis turun dari 200++ umol/l hingga ke 180 umol/l. Tiba-tiba paras jaundis Abu Ayyub meningkat ke 200++ kembali pada minggu kedua. T__T
Apalagi, memang dirujuk ke doktor pakar di hospital la jawabnya. Di sana kebiasaannya ujian darah akan diambil dan bayi akan didiagnosis melalui 4 punca yang menyebabkan jaundis. Antaranya:
1. Jaundis biasa - akan hilang dalam tempoh 2 minggu pertama selepas kelahiran (biasa berlaku)
2. Jaundis disebabkan hati bayi yang bermasalah (sangat jarang berlaku)
3. Sel darah merah pecah. (Sangat jarang berlaku)
4. Jenis darah tidak serasi dengan badan (sangat jarang berlaku)
Jika ujian terhadap keempat-empat kemungkinan ini negatif. Doktor akan memeriksa fizikal dan kekerapan membuang najis dan juga air kencing.
Kalau semuanya ok, macam Abu Ayyub berat naik lebih 1kg dalam masa 1 bulan, ("very very well" doktor cakap), tinggi meningkat, lekapan menyusu baik, kerap menyusu 1-2jam, kencing dan buang najis besar kerap (doktor tanya "ada dalam 10 kali tak dia berak?". Kami cakap "lebih 10 kali haihhh doktor". Doktor pun, "good".
Dah semuanya ok, bagus, good. Maksudnya Takde masalah kesihatan kat Abu Ayyub maka, jaundis Abu Ayyub ni kategori Breastfeeding jaundice. Jangan terkejut, jangan hairan. Sebabnya breasfeeding jaundis kerap berlaku pada bayi-bayi yang lahir cukup bulan.
Sekiranya anak-anak anda mengalami breastfeeding jaundis. Pertama jangan risau. Kerapkan penyusuan susu ibu macam biasa. Jangan ikut petua-petua seperti pemberian buah sengkuang cina, air kelapa dan sebagainya. Tahu tak, perut bayi sangat "fragile". Hanya susu ibu SAHAJA yang sesuai dengan sistem pencernaan bayi tau. Silap-silap mak bapak terlalu obses/risau nak turunkan cepat jaundis anak tu jadi masalah lain pulak macam kembung perut, keracunan makanan, tercekik hingga sebabkan kematian (ada kes tau). Ha, sedihkan?. Kesiankan kat anak kita kan. Kecil lagi, baru je lahir dah kena sumbat macam-macam yang sememangnya tak sesuai dengan perut dia lagi.
Breastfeeding jaundice ni biasanya ambil masa sebulan hingga tiga bulan untuk paras bacaannya turun hingga di bawah 25 umol/l. Alhamdulillah paras jaundis Abu Ayyub turun sehingga lebih kurang 75 umol/l menjelang umurnya hampir sebulan. Doktor beritahu sekiranya paras jaundis berada di paras 100 umol/l maka paras jaundis dia tidak akan naik lagi, sebaliknya akan semakin turun hingga di bawah paras normal bilirubin; 25 umol/l.
Lagi satu sekiranya bayi anda mengalami breastfeeding jaundis juga. Jangan risau, walaupun jaundis lama hingga sebulan atau lebih berada dalam badan bayi, tetapi bilirubin tidak akan masuk ke saraf otak kerana otak bayi anda ketika ini dah matang dan dapat menghalang bilirubin dari masuk ke dalam sel-sel otak. Inilah yang doktor beritahu kami sewaktu bawa Abu Ayyub untuk pemeriksaan keadaan jaundis dia.
Kebaikan dari keadaan tempoh breastfeeding jaundis yang panjang ni adalah memberi peluang badan bayi membina sistem imun yang lebih kukuh. Maknanya, badan bayi dapat memberi rintangan terhadap jangkitan penyakit kelak. Insyaallah.
Sekarang Abu Ayyub pun dah hampir 3 bulan. Malam kelmarin masa tukar pampers dia, secara tak sengaja dia mengiring sendiri lepas tu usaha bagi boleh tolak badan nak meniarap and HE DID IT!!!!. ^__^. Hairankan? tapi memang mama dia teruja sangat. Menjerit panggil abah dia kat ruang tamu suruh tengok Abu Ayyub terkial-kial nak meniarap ^__^
0 comments:
Catat Ulasan