Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Vitamin E. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin E. Papar semua catatan

Vitamin Cantik Vitamin E

Vitamin Cantik Vitamin E



Ramai sukakan vitamin E ni. Bagi pengguna setia vitamin cantik ni, bulan ni memang depa grab sesiap promosi vitamin E ni. Pasai pa?. Sebab boleh jadi ahli percuma dengan pembelian 6 botol vitamin E ni. Siap percuma 1 lagi. Sapa takmau kan. Harga lebih murah bila jadi ahli.

Memang kaum wanita suka makan vitamin E ni selain makan Gla Complex, Vivix, vitamin C, Collagen dan ESP untuk mencantikkan kulit muka dan lebih berseri. Takde la berkarat dan berminyak sebab jeragat, jerawat dan kulit mati berkumpul kat muka.


VITAMIN E SHAKLEE, VITAMIN CANTIK, VITAMIN UNTUK KULIT, VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK

Saya suka supplement untuk kulit cantik ni sebab ianya mencantikkan dari dalam. Tak payah dah bertapa lama-lama depan cermin tempek muka dengan macam-macam alat makeup sebelum keluar rumah.

Tambah best. Vitamin E ni boleh buat masker kalau terlebih rajin, malam-malam sebelum tidur tu boleh pakai. Esok muka lebih bersih parut jerawat pun makin pudar.

Masa dua minggu pertama pantang saya sapukan vitamin E ni pada tempat luka jahitan masa bersalin tu. Alhamdulillah, cepat sembuh dalam tempoh dua minggu pertama tu. Nurse-nurse risau luka jahitan saya koyak sebab banyak berjalan (Abu Ayyub kena jaundis, hari-hari kena ulang pegi klinik). Tapi nasib baik luka elok je. Makin hari makin baik luka jahitan ni. Luka EPI kan orang panggil.

Jadi nak cuba cantikkan kulit korang dengan vitamin E ni boleh la beli. Eh, yang dah kawin pun boleh makan suami isteri. Vitamin E ni a.k.a vitamin cantik a.k.a vitamin cinta. Nak tau penangannya meh la beli dan makan.


VITAMIN E, VITAMIN CANTIK, CANTIK. KULIT, AWET MUDA, SHAKLEE, PRODUK, PRODUCT, ORDER, BUY, PAYMENT, PRICE, HARGA, VITAMIN, SHAKLEE, ONLINE




Atasi Ruam Lampin Bayi Dengan Vitamin E Shaklee


Atasi Ruam Lampin Bayi Dengan Vitamin E Shaklee

Hai. Hai. Lama tak cerita kat sini. Baru-baru ni saya sibuk seharian suntuk dengan Blood Sugar Pressure Test (BSP test), al-maklumla mama Yaya tiap kali mengandung ada kencing manis. Huhu. Lepas tu pulak kesihatan tak berapa baik, terlalu letih dan juga sibuk jaga Cik Yaya, dia terkena ruam lampin. Huhu. 

Kulit Yaya sensitif, tambahan sebelum ni dia ada masalah eczema. Selalunya kalau terlambat tukar pampers, hanya sedikit merah dan selepas sapu Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee, esoknya kesan merah tu sudah tiada.

Tapi sekarangkan tengah kemarau. Hujung minggu lepas pulak kami balik ke kampung saya. Rumah mak saya tiada air-cond. Jadi memang agak tak selesa Cik Yaya tidur dua malam di kampung saya. Panas dan berpeluh. Tapi pampers memang kerap tukar la 4-5 kali sehari tak campur dengan salin pampers masa dia poo-poo. 

Cik Yaya ni walaupun nak masuk 4 tahun masih pakai pampers lagi. Dia selesa begitu. Sesekali mood dia tak nak pakai pampers ikutkan saja. Yaya masih dalam fasa peralihan dari pakai pampers ke tak pakai pampers. Agak perlahan sikit peralihannya sebab mama Yaya tengah sarat, tak larat nak kawal Yaya keluar masuk bilik air selalu.

Lepas tu masa kami balik ke Pulau Pinang, masa singgah untuk sembahyang di hentian rehat, mama terlupa la pula nak salinkan pampers Yaya, selalu mama ingat. Maafkan mama sayang. Abah dia??..lagi la mana nak ingatkan mama dia ni. huhu. Kebetulan hari kami balik tu merupakan hari pertama Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada orang ramai. Tol adalah percuma selama sebulan sahaja. 

Abah Yaya teringin nak lalu jambatan kedua tu. Ikutkan sahajalah, tambahan pula Cik Yaya nak pergi Akuarium Penang, sejalankan. Jadi redah sajalah. Mana nak tahu, atas jambatan kedua Pulau Pinang tu lalu lintas sangat perlahan. Jadi sampai rumah selepas singgah di sana sini, dah masuk waktu maghrib. 

Bayangkan dari pukul 10 Yaya mandi tak salin pampers sampai maghrib. Huhu. Mama dengan abah yang salah sebab terlupa. Selalu mama Yaya ni sikit punya cerewet, asyik salin pampers anak je. huhu. Esoknya muncullah ruam lampin pada punggung Yaya. Waaaaaaaa...mama sedih. Kesian anak mama.

Empat hari pertama mama gunakan Herbal Blend Cream sapu pada punggung Yaya. Tapi disebabkan Herbal Blend Cream tu tiada steroid jadi proses melegakan tu agak lambat. Punggung Yaya masih merah dan gatal. Abah Yaya bising dah nak bawak Yaya pergi klinik. Masalahnya anak awak tu dah tau malu. Dia malu doktor nak periksa punggung dia. Huhu. 

Jadi hari kelima, mama Yaya guna alternatif lain. Kesian anak mama ni. Tak selesa, sakit, gatal semua ada. Walaupun memang tak pakai pampers sementara kecuali waktu tidur sahaja. Jadi saya sapukan pada kulit yang rengsa tu dengan satu kapsul Vitamin E Complex Shaklee. 

Nak tau apa jadi?

Alternatif Pulih Luka Dan Parut Dengan Vitamin E

Alternatif Pulih Luka Dan Parut Dengan Vitamin E


Sebelum ni kalau luka apa-apa memang minyak gamat merupakan "first aid" setia saya. Maklumla, buat kerja di dapur kalau tak luka tak sah.

Tapi memandangkan bahagian tangan terutama jari yang selalu terluka, dan paling lambat sembuh lukanya kalau melibatkan luka yang agak dalam. Bak kata doktor, "kalau ikutkan luka kamu ni nak kena jahit ni". oh mak, saya tak nak kena jahit. Dan juga luka lambat baik sebab tangan "asyik basah" (buat kerja dapur dll)

Jadi saya cuba rawat luka dengan vita-E complex shaklee. Alhamdulillah luka lebih cepat sembuh berbanding dengan minyak gamat. Dalam seminggu hingga dua minggu luka dah bercantum balik. 

Vita-E Complex Shaklee Kini Ditambah Grape Seed Extract

Vita-E Complex Shaklee Kini Ditambah Grape Seed Extract

Grape Seed Extract turut mengandungi Vitamin E , flavonoid, asid linoleik dan OPS's. Antara kebaikan Grape Seed Extract adalah:

>> Melindungi jantung dengan mengurangkan kolestrol LDL
>> Mambantu atasi 'Chronic venous insufficiency' iaitu pengumpulan darah di kaki yang 
     menyebabkan rasa sakit, urat bengkak, keletihan dan juga urat timbul pada permukaan 
     kulit
>> Mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kecederaan dan juga pembedahan
>> Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan melindungi salur darah daripada rosak
>> Mengurangkan pertumbuhan kanser pada payudara, perut, kolon, prostat dan paru-paru
>> Mencegah kerosakan sel hati
>> Mengawal gula dalam darah (diabetes)
>> Sebagai anti-penuaan
>> Mencegah Alzheimer

Manfaat Vitamin E

Manfaat Vitamin E

Vitamin E antara supplement 'hot item' yang gemari pengguna untuk tujuan kecantikan dan juga melambatkan penuaan. Sebenarnya vitamin E merupakan antara vitamin-vitamin yang berperanan penting dalam memastikan sel-sel tubuh sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Contohnya vitamin E juga berperanan meningkatkan sistem imun tubuh dan meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita (zuriat).

Kekurangan vitamin E pula boleh menyebabkan kulit sensitif dan pengumpulan air dalam tisu pada bayi, penuaan kulit yang tidak seiring pertambahan usia, keguguran rambut dan juga anemia.

Vitamin Untuk Lelaki

Vitamin Untuk Lelaki

Saya lihat ramai golongan lelaki yang mula ada kesedaran mengenai tahap kesihatan mereka. Sebahagian yang saya jumpa menitik beratkan pola pemakanan harian mereka, takut klestrol tinggi, tinggi gula dan garam. Soal supplement ni mereka pandang ringan je, maklumla golongan lelaki ni memang payah nak telan ubat apatah lain supplement.

Vitamin E Shaklee

Vitamin E Shaklee



Wanita dan penjagaan kulit sukar dipisahkan. Pelbagai lambakan produk yang mencantikkan kulit dan menjadikan kulit lebih halus dan mulus seprti kulit bayi. Kebiasaannya Vitamin E terkandung dalam produk penjagaan kecantikan seperti losyen, alat kosmetik dan lain-lain untuk membantu memelihara kulit agar lebih lembut dan halus. Tapi apakah peranan sebenar Vitamin E ini?

Kuruskan Badan Untuk Sihat & Cergas

Orang sekarang amat pentingkan kecantikan dan juga tubuh sihat dan menawan. Biasalah sesetengah keadaan akan menjadikan berat seseorang itu tak lagi berada di tahap BMI yang ideal. Selain exercise anda sebenarnya memerlukan supplement kerana apabila seseorang itu berdiet makanan sebilangan nutrisi dalam badan hilang. Tambahan orang sekarang amat sibuk dengan hambatan urusan harian menyebabkan pemakanan seharian yang diambil tidak mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh badan. Jadi sebab itu lah anda perlukan suplement untuk memastikan anda mendapat berat yang ideal disamping tubuh yang sihat, segar, cergas dan menawan.



Cara Dapatkan Zuriat

Cara Dapatkan Zuriat

Tahukah anda kekurangan zat dan nutrisi dalam tubuh kita juga mempengaruhi tahap kesuburan dan kesihatan seseorang lelaki mahupun wanita. Tambahan corak pemakanan kita yang kurang seimbang disebabkan gaya hidup masakini serta cara masakan membuatkan seseorang itu kekurangan nutrisi dan zat makanan.

Hilangkan Jerawat

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Vitamin

Gabungan vitamin-vitamin ini membantu mencantikkan kulit anda agar lebih lembut, wajah lebih bersih tanpa jerawat dan jeragat, kulit lebih anjal dan berseri.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry